Beratnya Beban Yg Di Tanggung

Assalamualaikum
Bismillahhirrahmanirrahim

Last Friday aku start emel Sepul utk ajak hati dia mencintai akhirat dan zuhud pd dunia. Aku harap sgt dia baca emel yg aku bagi tue. Semalam (Isnin) pagi aku sent 1 emel, petang aku sent 1 lagi emel (based on emel Hakikat Pernikahan) yg pd aku ada kene-mengena dgn dugaan yg kami lalui sebelum ini. Dan pagi tadi aku tulis emel pendek ttg kerisauan aku tentang keadaan diri dia skrg, ada perubahan yang baik atau tak, baca ke tak emel2 yg aku bagi tue, jgn la smpi sia-sia jer semua buah fikiran & nasihat aku tue, nauzubillahiminzalik. Aku akn belajar utk bersabar utk dia. Aku bukan ape, aku taknak dia bazirkan masa yg ada nie dgn sst yg lansung x bermanfaat kat akhirat sok. Setiap detik masa yg berlalu amatlah berharga. Allah pn dh ingatkan kita dalam Surah Al-Asr (Demi Masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian...) Aku pn bukanlah fully takde buat pkr yg sia-sia tp sekurang2nya aku beringat ttg tue. Aku cuba elak sedaya upaya dr bersembang kosong ttg pkr2 yg tak perlu, Insyallah.

So aku sedih la klu Sepul still bazir masa lalai & leka. Tak improved keadaan diri dia sdgkn aku every after Solat doakan dia, usaha lg bg emel utk tingkatkan kesedaran diri dia. Utk apa aku buat semua tue? Demi Allah yg Maha Mengetahui bkn krn aku nak dia cinta/kasih pd aku semula, tp sbb aku mmg ambil berat ttg dia. Dia bekas tunang aku, aku masih yakin hati dia baik sama mcm aku dulu. So klu aku boleh buat semua nie, kenapa dia tak boleh? Dia lagilah lelaki, akn jd pemimpin keluarga, akn jadi suami pd isteri, ayah pd anak2. Sepatutnya dia kene lebih berusaha dr aku. Ya Allah, berat jugak aku rasakan beban yg dgn rela hati aku pikul nie. Berat sungguh rasanya tugas nak mengajak org ke jalan kebenaran nih. Agaknya inilah perasaan yg di alami oleh pendakwah2 Islam dulu kan? Aku nie baru jer nak ajak sorang manusia jer nih. Diorang lagilah nak menarik hati ramai umat manusia yg jahil, tak tahu apa2 ttg agama. Aku teringat pulak ttg dakwah Rasulullah SAW. Bayangkan betapa hebatnya baginda dapat menyeru ramai umat manusia memeluk agama Islam. Hari nie tgk jelah berjuta2 umat Islam di dunia nie. lagilah time Rasulullah SAW dulu baginda dicaci, di maki, pelbagai dugaan yg baginda hadapi utk menyebarkan ajaran Islam. Ya Allah, kerdilnya aku rasa skrg nie. Tak terbanding dgn keadaan baginda & para sahabat & para ulama' & pendakwah yg menyeru manusia kepada agama kebenaran ini.

So adakah aku akn berputus asa setakat emel aku pd Sepul yg ke-4 ? Tidak. Aku mohon bantuan Allah utk memberikan aku kesabaran & ketabahan hati, amin. La haula wala quwata illa billahil aliyul azim. Wassalam.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat