Kiamat, Kematian, Nafsu & Lidah

Ya Allah, sedang aku baca balik post Ayat Quran Surah Al-Mukminun ayat 32-90, tetiba aku dpt ilham yang aku nie termasuk dlm umat/kaum manusia akhir zaman. Umat manusia yg terakhir sblm tibanya Hari Kiamat. Ya Allah, masih berapa lama lagikah masa yg Engkau berikan pd kami sebelum tibanya Hari Pembalasan itu? Buat hati aku rasa gentar kerana aku rasakan aku juga adalah sebahagian drp sejarah. Sejarah telah pn tercipta utk kaum-kaum yg lalu. Kaum Nabi Musa, Nabi Isa dan kaum2 Nabi-nabi yang lain. Dan aku adalah umat Nabi Muhammada SAW iaitu Rasul yg paling utama. Alhamdulillah, aku bersyukur krn menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Dan Rasulullah SAW telah meninggalkan kita umatnya selama lebih kurang 1430 H. Telah berlalu bebapa ribu tahun yg lalu kewafatan Rasulullah SAW. Panjang dah masa tu. Teringat pd kisah Isra' Mikraj di mana dlm perjalanan Nabi SAW dr Masjidil Haram ke Masjid Aqsa dimana Nabi SAW ada melihat perempuan tua yg sudah bongkok 3 pada waktu itu dan Malaikat Jibrail katakan pd Nabi SAW yg itu adalah umur dunia. Ya Allah, setelah beribu tahun berlalu, masih panjangkah masa utk kami umat Nabi SAW yg terakhir ini ada sebelum Hari Pembalasan-Mu?

Tanda-tanda Hari Kiamat sudah semakin jelas dan semakin banyak dari hari ke hari. Dan umat Islam telah semakin ramai yg leka & lalai dengan kehidupan di dunia. Lihat sajalah dunia pd hari ini di mana kejahatan semakin bermaharajalela, yg benar & yg salah sudah tidak dpt di pastikan, akhlak & moral umat Islam semakin meruntuh. Dan atr tanda besar adalh dgn tertawannya Masjid Aqsa tempat pelepasan Nabi SAW menaiki kenderaan Buraq naik ke atas langit hingga ke Arsy' bertemu dgn Allah SWT. Masjid Aqsa skrg di dlm tawanan org2 Yahudi, Israel tapi dlm Al-Quran Allah telah menjanjikan tiba masanya Masjid Aqsa akn di tawan kembali oleh org Muslimin & org2 yg membebaskannya ada berdekatan dgn Masjid Aqsa. Wallahualam.

Ya, aku gembira sekiranya Masjid Aqsa menjadi milik umat Islam semula tp dlm masa yg sama hati ada sedikit gentar krn ini menunjukkan tanda2 Hari Kiamat akn menjadi semakin besar. Entah sampaikah umur aku menyaksikan segala peristiwa tanda2 Hari Kiamat, hanya Allah yg Maha Mengetahui. Bila-bila masa, bahkan sewaktu aku menaip di blog ini, Allah berkuasa menarik nyawaku. Atas keyakinan janji Allah inilah aku sentiasa memperingatkn diri ttg kematian yg pasti akn stp yg hidup merasainya. Dan aku tidak boleh lalai & terus leka dgn kehidupan di dunia yg sementara nie. Aku kene manfaat masa yg hampir 26 thn aku sia-siakan utk dunia. Sudah cukuplah masa yg terbuang sblm ini. Skrg adalah masanya aku bersungguh2 beribadat pd Allah menuju jalan keredhaan-Nya. Aku impikan Syurga di akhirat kelak. Utk mendapatkn Syurga aku perlu berusaha dgn lebih gigih lagi. Aku mohon Allah berikan aku ketabahan & kesabaran utk melalui jalan kebenaran ini.Paling aku takuti sekiranya hati aku berpaling semula dr jalan Allah ini. Inilah satu pkr yg aku paling risaukan sekali. Tp dalam buku Jangan Melampaui Batas, Dr.'Aidh ada menyatakan Allah tidak akn palingkan hati manusia yg telah diberikan petunjuk & hidayah darinya melainkan org itu sendiri yg memalingkan hatinya sendiri. Ya Allah, aku berlindung dari-Mu daripada kejahatan diriku sendiri. Bantulah aku mengekang hawa nafsu dlm diriku ini & bantulah aku mengawal kejahatan lidah yg berkata seenaknya. Ya, lidah mmg sukar utk di kawal. Aku akuinya. Laju je lidah nie kdg2 berkata2 tanpa sempat memikir akn buruk & baiknya :( . Inilah kelemahan aku yg paling aku takuti. Aku mohon bantuan-Mu Ya Allah utk menjinakkan hawa nafsu dlm diriku & lidahku, amin.

Popular Posts