Next Step Please...

Hari nie aku dah tak dpt puasa :( Sedey laa...and hari nie aku akn berckp dgn Sepul pukul 3.30pm Insyallah. Aku nak tanya perkembangan terbaru dia mcm mane. Mcm mane life dia skrg. & aku nk tanya dia ape pendapat dia ttg future kitorang. Apa yg dia nampak & rasa. More to akan OK or more to TAK OK. Aku harap sempena keberkatan Ramadhan nie, dia akan lebih jujur & jelas bila berkata2, moga datangnya kata2 dr hati yg bersih & tenang. Dan dari perbualan nie nnti aku akn dpt decide & lebih jelas mana hala tuju aku lepas nie. If Sepul kata more to OK, kami masih tetap akn mcm nie, aku pn tak nak ada perubahan sgt. Selesa dgn keadaan skrg yg tenang. Cuma kita rasa ada mcm matlamat yg jelas berbanding skrg nielah. If dia kata TAK OK, aku kene usaha spy jarakkan diri aku dr dia even by emel only. Maybe once a month je emel tanya khabar. Aku taknak ada ikatan sgt dgn dia or family dia. Mmg kene jarakkan diri dr skrg utk kebaikan kitorang berdua jugak. Apa pn pendapat Sepul, Insyallah dgn bantuan Allah, aku dpt terima dgn hati yg terbuka. Allah sentiasa ada utk aku mengadu segala kesedihan & keperitan. If Allah takdirkn mmg kami takkan bersama, aku redha sbb aku tetap akn memilih Allah lebih dr segala2nya. Ujian aku utk berumahtangga masih akn menjadi ujian yg berterusan sehinggalah aku berjumpa dgn jodoh aku yg sebenarnya.

Bulan Syawal aku perlu maju selangkah lagi dlm kehidupan aku. First sekali ttg hub.aku dgn Sepul yg masih tiada nama nie. Nk kata tunang bukan, bkn tunang, blm ada romb.pihak dia, so mcm takde nama hub.nie. Family dia masih berharap akn kami, bgt juga family aku rasanya. Semuanya suka klu kitorang berbaik semula & ini terpulang pd Sepul. Dia yg memulakan semua kekusutan nie, dia jugalah yg blh meleraikannya. Kata putus ON or OFF. Aku dah serahkan semuanya pd Allah saja. ON pun ok, OFF pn ok. Mana2 pn aku redha jelah Insyallah.

Aku mohon yg terbaik saje dr Allah utk perjalanan hidup aku yg seterusnya. Aku yakin dgn janji Allah, kebahagiaan akhirat yg aku cari akan membawa kebahagiaan aku di dunia juga. Aku perlu bersabar & tabah dgn stp ujian yg mendatang. Sentiasa bersandar pd Allah krn Dia tak pernah mengecewakan hamba-Nya yg meminta pertolongan dari-Nya. Insyallah semuanya akn baik2 saja, amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat