Satu Penyesalan

Ya Allah, bagaimana aku ini nantinya? Adakah aku akn termasuk dlm gol.yg Kau murkai? Adakah aku akan di azab di kubur & di neraka kelak? Adakah aku termasuk di atr.org yg rugi? Sudah terlalu byk dosa yg aku lakukan kepada-Mu Ya Allah. Adakah Kau telah mengampunkan semua dosa-dosaku yg lalu? Bagaimana pula dgn dosa2ku yg akn datang? Aku pasti akn membuta dosa kpd-Mu lagi Ya Allah. Manusia apakah aku ini? Sdgkn Kau memberikan aku nikmat kehidupan yg cukup banyak. Tp aku masih tetap berbuat salah pada-Mu. Sifat-Mu pula terlalu agung. Engkau Maha Pengasih, Penyanga & Pengampun. Kau menerima taubat hamba2-Mu yg memohon keampunan-Mu. Tp masih lagi manusia lalai & leka dgn keindahan dunia. Masih lagi aku juga termasuk dlm gol.ini. Apb Kau tarik nikmat kehidupan dariku, akan terputuslah segala amal ibadah yg ingin aku persembahkan pada-Mu. Aku tidak akn dpt lg menunaikan Solat, Bersedekah.....tibalah masanya semua amalanku kpd-Mu sms di dunia di hitung samada mampu utk aku lepas dr azab kubur. Amalan, Ilmu yg diberi kpd org lain & di amalkan, doa org yg masih hidup (anak2 yg soleh/solehah). Hanya 3 perkara ini yg berguna di alam itu. Dimanakah harta, rupa paras memainkan peranannya? Tiada peranan lg. Peranannya sdh tamat semasa di duniawi. Meraunglah, menangislah, menjeritlah sedaya aku meminta utk di kembalikan ke dunia utk memperbuat lebih byk amal. Semua ini tiada gunanya lagi. Masa inilah, masa nafasku masih berhembus, nadi masih berdenyut inilah spttnya aku pergunakan utk membuat segala amal ibadah pd-Mu Ya Allah. Mampukah aku Ya Allah? Sudikah Kau berikan sedikit kekuatan pdku utk meneruskan perjuanganku meraih Syurga-Mu? Aku ini manusia yg hina dina Ya Allah. Masih aku teruskn hidup aku di hari ini menanggung dosa yg aku cipta sewaktu aku jahil. Aku mohon keampunan-Mu Ya Allah. Seandainya dosa ini tidak melibatkan aib pd diriku, sdh pasti aku sdh menjelaskn kpd mrk pkr yg sbnrnya. Aku malu pd mrk, aku malu pd Mu Ya Allah. Apa yg perlu aku buat utk menghentikan tenggungan beban dosaku ini Ya Allah? Aku tidak ingin selamanya menanggung dosa ini. Perlukan aku buka aib ku kpd mrk? Ya aku boleh memohon maaf kpd mrk sempena sambutan hari raya yg akn dtg. Tp sudah terampunkah dosa itu? Dan aku stop cerita ttg itu, lupakannya & lebih menjaga lisanku kpd semua org selepas itu? Bolehkah dgn cara ini Ya Allah? Aku bertaubat tidak akn mengulanginya (berkata bohong) & aku teruskan dgn ibadatku kpd-Mu. Bolehkah begini Ya Allah? Betulkah cara ini Ya Allah? Inikah jwpn kpd rasa dosaku kpd mrk ini?

Tp aku masih perlukan bantuan-Mu dlm hal ini Ya Allah. Tp Kau sndiri tahu betapa serba salahnya aku utk membuat perubahan yg drastik dlm pekerjaanku. Ya Allah, berikanlah aku jalan keluar utk masalah ini. Aku ingin lepas dr beban dosa ini Ya Allah. Bantulah hamba-Mu yg lemah & hina ini, amin amin ya rabbal alamin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat