Sudah Tiba Masanya

Ya Allah, aku pasti Kau mazih azab lagi hati SBAM. Kasihannya dia Ya Allah. Dia sudah menjadi lelaki yg buruk pekertinya. Panas baran, suka bersangka buruk, hatinya masih lg kotor. Aku dpt rasakan itu sewaktu bercakap dgnnya. Dia tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Alangkah malangnya lelaki ini. Buat aku takut Ya Allah. Lelaki ini amat tidak sesuai utk aku Ya Allah. Aku tak snggup bersuamikan lelaki ini. Dia lelaki yg busuk hati. Hatinya kotor & tidak mahu pula bertaubat pd-Mu dgn sesungguhnya Ya Allah. Adakah 3 tahun bergelumang dosa & maksiat telah mengubah dia menjadi lelaki spt hari ini?Kasihannya dia Ya Allah.

Aku takut Ya Allah sekiranya lelaki spt ini yg akn menjadi suamiku. Sikapnya yg aku kenali dulu byk yg telah padam. Byk yg telah hilang. Yg menonjol adalah sikap yg buruk & hati yg kotor. Ya Allah, telah tibakah masanya utk aku lepaskn dia & mohon pd-Mu lelaki yg soleh & beriman?
Ya, hatiku telah tetap utk meminta pd-Mu lelaki yg soleh & beriman sbg pasangan hidupku. Akan aku mulakan doa ini sebaik aku dpt bersolat kembali Ya Allah. Inilah yg sebaiknya. Terima kasih Ya Allah krn dgn perbualan td, aku dpt melihat kecenderungan Saiful utk terus berada dlm kesesatan. Aku tak mahu lelaki spt itu. Dia lelaki yg lalai & leka yg cenderung pd dunia. Aku sdh ragu2 utk memohon pd-Mu spy dia jd suamiku.

Ya Allah Ya Tuhanku, pertemukanlah aku dgn seorang lelaki yg beriman, yg mampu membimbingku menuju jalan keredhaan-Mu. Satukanlah kami dlm 1 ikatan pernikahan yg sah di sisi-Mu & bahagiakanlah kami dunia & akhirat. Serta kurniakan kami zuriat yg soleh & solehah. Amin ya rabbal alamin.

Ya, sudah tiba masanya doa utk jodoh aku berubah. Aku yakin pd segala yg terbaik Kau telah pn tentukan utkku Ya Allah. Aku yakin ppn yg baik utk lelaki yg baik juga.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat