Akhirat...akhirat...akhirat...

Ya Allah, sesungguhnya permasalahan aku ttg kehidupan di akhirat lebih merunsingkan berbanding permasalahan kehidupan aku di dunia. Alangkah kacaunya hati & fikiran aku bile mengenangkan kehidupan aku selepas kematian kelak. Bagaimanakah keadaan aku waktu tue? Dimanakah roh aku akn ditempatkan? Adakah kuburku akn menjadi taman2 Syurga atau jurang2 Neraka? Runsing..sungguh merunsingkan.....

Aku mahu perasaan runsing ini sentiasa bermain2 di fikiran aku. Spy aku lebih tekun dlm berusaha meraih keredhaan Allah. If boleh mmg aku nak tinggalkan semua yg berkaitan dgn dunia. Fikiran2 yg merunsingkan sblm ini spt jodoh etc. Aku malas nak ambil tahu. Aku serahkan semuanya pd Allah. Tp akhirat, masih blm mampu aku gapai sepenuh daya aku. Masih terlalu byk kelemahan diri yg aku perlu perbaiki. Dunia sudah tenat & parah. Aku takut dgn dunia. Sementelah kematian pn bila2 masa saja blh menjenguk aku. Jd knp perlu runsing2 dgn dunia? Masa sentiasa berdetik. Hari sentiasa berganti. Malam & siang sentiasa bertukar ganti. Tp apakah yg aku telah perbuat pd hari2 yg sudah lepas itu? Yg tidak mungkin akn kembail lg sedangkan umur aku semakin meningkat. Kematian sentiasa berada di semua sisi kehidupan aku. Dunia adlh tempat utk menanam kebun amalan & hasilnya akn dituai di akhirat kelak. Sdgkan kematian adalah penghubung di antara 2 alam itu. Mengapa perlu ragu ttg alam akhirat? If kita yakin bhw kematian pasti akn berlaku pd diri kita, mengapa perlu persoal alam akhirat? Ttg syurga, neraka, balasan baik, balasan buruk. Semuanya adalah peringatan yg nyata dr Allah Yang Menciptakan Langit & Bumi. Yang Mengetahui apa yg di depan & di belakang. Yang Mengurus kehidupan seluruh alam ciptaan-Nya. Yang tidak pernah mengantuk mahupun tidur.

Hidup kita adalah di tangan Allah, atas kehendak Allah, atas ehsan Allah. Denyut nadi, hembusan nafas, kudrat & daya. Semuanya kepunyaan Allah. Allah yg menjadikan kita, maka Dia amat berhak atas segala kehidupan kita. Hidup & mati kita adalah ketentuan-Nya. Kita tertakluk pd kekuasaan-Nya. Allah adalah Tuhan & kita adalah hamba-Nya. Segala Pujian adalah untuk-Nya. Hidup di dunia ini hanyalah utk taat pd perintah-Nya & meninggalkan segala larangan-Nya.

Ya Allah, alangkah jahilnya aku sebelum ini. Alangkah lalainya aku dgn dunia. Alangkah hinanya aku di pandangan-Mu waktu itu Ya Allah. Sudah terlalu lama aku bergelumang dgn dosa. Bertahun-tahun Ya Allah. Sepatutnya inilah masanya utk aku melupakan dunia & mengejar akhirat. Aku perlu tebus kembali masa2 lalu aku yg sia-sia. Aku perlu kumpul sebanyak2nya amalan sbg bekalan aku di akhirat kelak.

Ya Allah, redhakanlah akn aku. Rahmati & berkati niat & tekad aku utk memperhambakan diriku pada-Mu. Peliharalah keimanan & ketakwaan yg aku usahakan dgn izin-Mu utk meraih redha-Mu padaku. Amin ya rabbal alamin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat