Allah Permudah

Ptg Jumaat tanpa di plan aku ikut Mamat, Kak Som & En.Aziz beraya rmh K.Anis. Aku excited nk pergi juga sbb nak jumpe dgn Erin lepas tue. Kompem Erin+Mamat akan kawen. Tak sangka betul kan? Aku gembira utk mereka. Dua2 pun kawan aku. Lepas kawen diorang dduk rmh lama Mamat. So maybe boring2 after kerja aku leh la lepak sane ajar Erin masak ker..hehe...minah tu mmg tak berubah lansung. Sama mcm dulu. Happy go lucky. Manja2 gitu.. heheh...heppi dpt sembang panjang dgn diorang mlm tu. Mcm2 la cerita ttg Sepul yg aku dgr & Alhamdulillah aku dpt terimanya dgn dada & fikiran yg lapang. Masa yg berlalu telah membuatkan aku jd semakin sabar & tabah. Aku redha dgn ketentuan Allah. So aku terima semuanya dgn fikiran yg terbuka. Tak ada apa yg perlu aku kesalkan. Cuma aku kasihan mendengar cerita ttg Sepul. Ttg betapa rendahnya maruah dia sbg seorg lelaki yg menagih cinta seorang ppn yg hatinya berbelah bagi atr 2 lelaki. Inilah cinta runtunan hawa nafsu. Sampai akal fikiran sdh tidak berguna lagi. Mana pergi iman & takwanya? Sudah tersesat agak jauh Sepul nie. Kasihan sekali. Dan aku. Walau aku org yg dianiaya & masih keseorangan. Dada & fikiran aku lapang. Hidup aku aman & tenang. Kepala tak serabut. In fact hidup aku lebih baik & teratur berbanding masa dgn Sepul dulu.
So mcm aku pulak yg paling beruntung skrg nie even di mata kasar aku adlh org yg paling bersituasi buruk krn tak mampu lakukan apa2 dlm kes nie. Aku dpt perbaiki akhlak aku, aku dpt perbaiki hub.aku dgn Allah & dgn semua org di sekeliling aku. Adakah malang utk aku tak dpt laki sekejam Sepul?

If pun Sepul & ppn tu proceed kawen. Aku rasa diorang takkan sebahagia mana. First sekali sbb aku yg Sepul aniaya. Beban bersalah terhadap aku akn dia tanggung hingga ke akhir hayat dia. Dlm buku Dr.'Aidh ada tulis, mana mungkin dpt hidup bahagia org yg menganiaya hidup org lain? Aku yg teraniaya, pasti aku akn dpt lelaki yg lebih baik dr Sepul & dpt hidup tenang di dunia & di akhirat, Insyallah :)

Mamat & Erin tahu keseluruhan cerita. Diorang dah dengar cerita dr Sepul & juga aku. Aku pasti diorang boleh nilai sendiri pihak mana yg benar & yg salah. Aku tak nafikan aku bersalah jg dlm hal ini. Cuma kesalahan aku tu taklah sebesar mana sehingga aku layak utk dinafikan peluang kedua & dianiayai sebegini rupa. Sepul taknak bg aku peluang kedua sbb dia dah ada ppn yg bertahta di hati. Hati dia dah beralih arah pd ppn lain. Ppn tu pn aku dpt tahu tidaklah sehebat mana akhlaknya. Sbb Erin kata masa kerja je pakai tudung, kat luar free hair. Ppn yg blm sempurna imannya. Itulah pilihan Sepul. Erin pn cakap ppn tu jenis cemburu gile. Itulah yg thrill pd Sepul agaknya. Aku nie mane ade jeles2 sgt. Relax & cool sbb aku nie jenis percaya. Tambah lagi skrg aku tak suka bersangka yg buruk2. Klu pn diorang bernikah, mmg sesuailah ppn yg kurang baik diganding dgn lelaki yg kurang baik spt janji Allah dlm Surah An-Nisa'.

Dan aku. Adakah aku org yg rugi dlm kes ini? Tidak sama sekali. Aku yakin aku dah jd ppn yg lebih baik dr dulu. So aku layak dpt laki yg better dr Sepul. Means Sepul tak sebaik yg aku sangka & dia tak layak utk ppn yg baik mcm aku cewahhh hehe. Dia layak utk ppn yg kurang baik spt dia. Erin & Mamat kata ppn tu dah tolak Sepul & bf dia dua2. Entah lah. Aku pn tak tahulah ppn tu jenis mcm mane. Tp bile tau dia free hair bile keluar, aku taulah dia tak sebaik spt yg Sepul kata dulu. Rajin puasa & solat tak tinggal, itu biasa jer. Ramai ppn yg mcm tue. Lemah lembut..Sepul kata Ya. Peramah..Erin kata Ya. Pd aku tak guna semua sifat2 yg baik2 tu kalau iman & takwa pd Allah kurang. Dlm bab agama maknanya ppn tu mmg ada kekurangan lah. Dia ada pengetahuan ttg kewajipan menutup aurat tp dia tak buat. So? Itu bukti kekurangan iman. Lagi pulak, ppn yg tak boleh nk decide hatinya milik siapa. Mcm mana satu hati boleh di bahagi kpd 2 rasa sayang? Ini pun satu lagi kelemahan hati. Aku rasa mcm sama kes je dgn hati Sepul. Sbb aku yakin dia masih ada perasaan syg pd aku. Cuma dia turutkn sgt hawa nafsu. So bila akal kalah dgn nafsu, setan yg beraja di hati, pilihan yg bodoh la dia buat hehe. So Insyallah aku mmg ppn yg better skrg nie banding dgn ppn tue ^_^ . Alhamdulillah, ini semua berkat hidayah dr Allah jua.

Aku tak tahulah apa yg Sepul fikir. Sbb hawa nafsu, akal fikiran ditolak tepi. Maybe juga dia ego & malu if dia berbalik semula pd aku. Even dlm hati dia dah ade keraguan ttg ppn itu dpt menjadi isteri yg baik & maybe dia dah nampak aku is better from that ppn, ego menghalang dia dari berpatah balik. Mcm dah ludah aku, then nak jilat balik lah. Inilah yg Mamat mention mlm tue. Mmg ada byk permainan yg Sepul buat. Now aku rasa aku betul2 org yg dianiaya. Byk yg Sepul tak jujur dgn aku. Ckp dia dgn ppn tu kawan biasa jer, tp still on bulan puasa lepas bwk ppn tu jumpe Mamat & Erin. Buat apa nk perkenal if kwn biasa jer? Sungguh2 kata dia single, tp dlm masa yg sama dah ppn pergi ke rmh parents ppn tu utk berkenal2an. Ape semua nie? Dahsyat betul perangai Sepul. Aku mmg tak sangka smpi teruk mcm nie perangai dia. Dia yg aku kenali dulu is totally different person. Aku tak cari info ttg dia, tp Allah berikan jalan utk aku tahu siapa sbnrnya Sepul. Betapa buruknya kelakuan & sikap Sepul skrg. Inikah lelaki yg aku percaya & sayangi dulu? Lelaki spt inikah yg aku nk jadikan suami? Lelaki spt inikah yg akn menjadi bapa kpd anak2 ku?

Aku tahu Sepul msti cam cuak jugak bile tahu aku jumpe dgn Mamat & Erin. Meaning aku akn tahu cerita sebenar ttg perangai dia. Mmg betul aib Sepul sudah Allah bukakan seluas-luasnya pd pengetahuan aku. Tak sangka lelaki yg budiman dulu sggup buat seorang ppn teraniaya. Maybe betul jugak kata Sepul dulu. Dia tak layak utk ppn sebaik aku. Ya, mmg dia tak layak utk waktu skrg nie. Allah dah selamatkan aku sbnrnya dr lelaki yg kejam nie. Alhamdulillah. Klu la aib2 Sepul nie terjadi after kitorang nikah, mmg lagi seksa lah aku. Semua nie buat aku yakin mmg ketentuan hidup aku skrg inilah yg terbaik dr Allah. Allah sayang aku sbnrnya. So Dia timpakan musibah atas aku & Sepul. Sepul jd makin hampeh, aku jd makin bagos :) Alhamdulillah.

Aku di pihak yg benar. Maka kebenaran akn selalu menang pd akhirnya. Ini yg aku dpt rasakan dr pembongkaran sikap Sepul yg sebenar. Even Sepul cuba sedaya upaya utk keep aku in the dark ttg segala perbuatannya, akhirnya aku dpt tahu juga even aku tak cari. Aku yakin Allah sentiasa bersama org2 yg benar :) Alhamdulillah. Klu mmg betul Sepul & ppn tu takde jodoh. Means Sepul yg akan sengsara sekali. Dia dah lepaskan aku & ppn tu tinggalkan dia. Dialah yg rugi. Aku mohon dgn sengsaranya dia slps ini, dia akan kembali pd jalan Allah. Dia akn bersandar pd Allah. Si Erin & Mamat pulak dok promote aku pulak pd Sepul. Saje diorang reka citer aku nk g UK dgn lecturer UPM awal tahun nie. Pdhal aku kata kunun2 aku nk ke UK ikut K.Ya ke sane maybe awal tahun nie. Aku pn tak pasti sbb tak sure bile K.Ya pegi. Takde niat pn nk tipu. Bile tanya K.Ya after that dia kata lambat lagi. Koman2 dlm 2 tahun lagi. Klu nk g tempat tak besh sgt maybe blh cepat lagilah. Aku ckp klu dia nk pegi mane2 aku nak ikot & K.Ya pn mcm okay jer. Dia kata ok je klu aku tak kawen lagilah. Sbb aku pn tak pasti ttg jodoh aku bile, so aku andaikan target aku utk ikot K.Ya jelah. Kot2 jumpe dgn lelaki lain manelah tau kan..hehe..serah pd Allah je semuanya.

Anyway let say lah Sepul nak balik kt aku. Aku pn tak tahulah. Tak berani nk ckp. Maaf mmg aku dah lama maafkn dia. Tp sikap dia pd aku after musibah nie amat2 menakutkn aku. Klu Sepul betul2 blh berubah, mmglah kami akn lebih bahagia if kawen sbb aku pn mmg dah berubah. Aku fikir2 utk apa kenang semua kesilapan Sepul yg lalu? Semua tu dah pun berlaku & tak boleh ubah2 dah. Dia dah pun aniaya aku. Yg paling penting is pengajaran. Apa pengajaran yg dia dpt dr musibah diri dia kitorang nie. Apa kesannya pd sikap dia yg akn dtg. Itu yg paling penting sekali. Yg sudah2 tu sudahlah. Dan aku taknak mcm 'pulang paku buah keras'. Sepul tak bagi aku peluang kedua dlm pertunangan kami, so aku taknk buat mcm tu pd dia. Tak baik kan? Buku2 Dr.'Aidh mmg byk beri kesan pd cara aku berfikir. Aku jd org yg mudah memaafkan & berhati besar. Tak rugi jd org baik. Allah akn sentiasa jaga kita if kita jaga Allah :) Insyallah.

Ape2 pun, now aku teruskan life aku mcm biasa. Malas nk fikir banyak. Serahkan semuanya pd Allah saja. Aku cuma mohon ketentuan yg terbaik utk aku in future. Allah adalah sebaik baik pengatur hamba-Nya. Aku hidup pd waktu ini, masa ini, ketika ini. Yg lepas aku lupakan coz nothing can be done. Yg future, Allah saja yg tentukan yg terbaik. Aku hanya perlu jaga hubungan aku dgn Allah baik2. Fokus utk amalan2 bekalan akhirat. Itu saja. Mudah kan? :)

Mggu nie aku nk settlekan saman. Dah emel K.Ya cover note ambank last year & jpj road tax. Semalam beli henpon baru K660i sama mcm henpon Inah yg Lisa nk beli. Last2 aku yg beli dulu...hua hua..tp mmg puas hatilah sbb gambo pon 2mp. Sharp lah. So hobi aku nk amek gambar dah leh terlaksana plus henpon pon canggih & modern :) Barulah mcm org muda & berkeyakinan..hua hua. Sesuai dgn orgnya yg menjadi 'org baru' Alhamdulillah. Harga RM590. Nnti balance duit rebat subsidi petrol ada lebih, leh cover hutang pd K.Ya. So leh bayo sikit2 la. Ada dpt duit from CIMB after loan settled bln 12 kang, bleh settle penuh teros. Alhamdulillah, murah rezeki. Klu ada balance lg, simpan dlm TH yg dah susut tue. Ya, perjalanan hidup terasa lebih mudah bila takde maksiat & dosa kita lakukan pd Allah. Semuanya Allah permudah. Alhamdulillah. Takde apa yg perlu aku kusut & bimbang. Ttg jodoh, serah pd Allah saja. Tahun depan baru 27. Takdelah tua sgt lagi. Kak Nita tu dah 36 relax jer. Kak Niza pn 32 next year. Kak Ya pn 31 sempoi jer. Ada jodoh tak kemana. Yg penting jodoh tu yg terbaik utk kita. Aku try jd ppn solehah, nnti dpt la suami soleh. Yakin dgn janji Allah. Insyallah ^_^ Jagalah Allah, nescaya Allah Menjagamu.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat