Ambillah Madu, Jgn Hancurkan Sarangnya

Sikap lemah lembut dlm sgl sesuatu adlh perkara yg sgt terpuji. Sementara sst yg tidak didapati sikap lemah lembut, maka hasilnya akan tidak baik dan bahkan tidak akan terlepas drp celaan dan cemuhan.

Sikap lemah lembut dlm stp perbincangan adlh terletak pd senyuman yg menawan pd wajah dan sapaan yg baik ketika saling berjumpa. Ini adalah sopan santun yg indah, yg selalu diamalkan oleh org yg mendapatkan keberuntungan. Ini merupakan sifat dan ciri orang mukmin.

Allah SWT berfirman:

" Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yg lebih baik, maka tiba-tiba org yg antaramu dan antara dia ada permusuhan seoleh-oleh telah menjadi teman yg sangat setia" (Fusshilat 34)

Rasulullah SAW bersabda:


" Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku supaya bersilaturrahim kpd org yg memutuskan hubungan kepadaku, supaya memaafkan org yg bersikap menzalimi kepadaku dan supaya memberikan sedekah kepada org yg selalu bersikap bakhil kepadaku"

Allah SWT berfirman:

" Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org, Allah menyukai orang-orang yg berbuat kebajikan" (Ali Imran 134)

Mereka telah mendapat khabar gembira dgn pahala yg akan segera diterima alam dunia ini, iaitu dengan ketenangan, ketenteraman & kesejahteraan.

Org yg selalu mengadakan perdamaian dgn org lain, maka dia akan selamat drp gangguan mereka.

Dia akan dpt tidur dalam keadaan nyenyak serta dalam suasana yg tidak akan pernah diganggu org lain.

Mereka juga akan mendapat khabar gembira dgn pahala yg akan diterima di alam akhirat nantinya, iaitu dia akan berada di sisi Tuhan Yang Maha Pengampun di dalam Syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai. Iaitu pd sebuah kedudukan yg berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Kuasa.

~ 30 Punca Kebahagiaan Hidup, Dr.'Aidh Abdullah Qarni ~

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat