Kubuktikan Cinta

Ya Allah, penuhilah hati & fikiranku dgn sentiasa mengingati-Mu. Tiada yg lain ingin hati & fikiranku ini dipenuhi Ya Allah melainkan dgn hanya mengingati-Mu.

Apb mengingati-Mu, aku rasa terpelihara.
Apb mengingati-Mu, aku rasa terlindung.
Apb mengingati-Mu, aku rasa hatiku hidup.
Apb mengingati-Mu, aku rasa tenang & aman.
Apb mengingati-Mu, aku rasa bahagia.
Apb menyembah-Mu, aku rasakan ketenangan, kedamaian & kemanisan.

Ya Allah, aku ini terlalu hina. Aku ini terlalu kerdil di hadapan-Mu. Aku ini spt debu yg dipijak2 & berterbangan di tiup angin. Alangkah malunya aku ingin menghadapkan wajahku yg hina ini pd wajah-Mu yg Maha Mulia. Alangkah malunya aku ingin meminta apa2 pada-Mu. Alangkah malunya aku apb membandingkan pujianku dgn pujian malaikat2 yg saban masa memuji-Mu.

Ya Allah, layakkah aku menggapai Syurga-Mu?
Layakkah aku menatap wajah-Mu di akhirat kelak? Layakkah kuburku utk menjadi taman2 Syurga setelah Kau ambil nyawaku?
Layakkan aku bertemu dgn Rasul-Mu yg mulia yg juga Rasul ku?
Layakkah aku ditempatkan bersama-sama ahli keluarga & para sahabat Rasul-Mu?
Layakkah aku ditempatkan bersama para syuhada & wali-wali Mu?
Layakkah aku ppn yg biasa ini Ya Allah?
Layakkah aku ppn yg pernah berbuat dosa besar ini Ya Allah?
Layakkah aku mendapat nikmat yg Kau berikan padaku ketika ini?
Layakkah aku utk terus meminta itu & ini utk diriku?

Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn menepati waktu Solat.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn bertahajjud & berwitir di sepertiga malam.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn berpuasa sedaya upayaku.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn berzikir sebaik aku mengingat-Mu.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn Dhuha di keindahan pagi-Mu.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn menelaah terjemahan ayat-ayat suci-Mu.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn menelaah sunnah Rasul kekasih-Mu.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn mengikuti sedayaku sunnah Rasul-Mu.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn memperbaiki akhlak & budi pekertiku.
Kubuktikan cintaku pada-Mu dgn bersedekah kpd anak2 Yatim semampuku.

Masih lagi aku rasakan gapaianku pd Syurga-Mu itu jauh.
Masih lagi aku rasakan bersalah atas dosa-dosaku yg terlalu besar dulu.
Masih lagi aku rasakan blm cukup segala amal ibadah yg ku usahakan utk mencapai redha-Mu.
Masih lagi aku rasakan betapa berdosanya aku apb menghadap-Mu.

Ya Allah, Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terimalah diriku. Terimalah perhambaanku. Terimalah hatiku. Sambutlah cintaku yg tulus ikhlas pada-Mu. Sesungguhnya Kau Maha mengetahui isi hati hamba-Mu ini. Redhalah akan daku. Amin ya rabbal alamin.

Popular Posts