Malu & tak layak

Hari nie after Dhuha aku sedih & rasa malu sgt pd Allah bile teringat dosa aku mase dgn Sepul dulu. Sampai nk angkat muka pun aku rasa malu sgt. Tak layak rasanya aku memandang wajah-Nya yg Maha Mulia. Aku nie ppn yg hina. Ppn yg tak layak diperisterikan oleh seorg lelaki. Ppn yg kotor & tak bermaruah. Walaupun semua nie pd satu masa dulu, kesannya masih aku rasakan hingga skrg. Aku bayangkan kat akhirat sok waktu di hisab dosa & pahala, adakah dosa2 aku tu akn terpampang pd semua? Ya Allah, malunya aku pd waktu tue. Malu utk berhadapan dgn-Mu & Rasulullah SAW iaitu Rasulku. Bagaimana mungkin aku dpt mengangkat kepalaku sdgkn Engkau Maha Mulia. Seakan tidak layak rasanya aku utk bertemu dgn-Mu Yang Maha Esa.

Ya Allah, ketetapan diriku samada Syurga atau Neraka sudah pn tertulis di kitab-Mu di Luh Mahfuz. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui akan segala sst. Aku hanya mampu berdoa satu ketetapan yg terbaik utk diriku samada di dunia mahupun di akhirat. Hanya ada 2 kemungkinan iaitu Syurga atau Neraka. Nikmat atau azab. Bahagia atau duka. Masih lagi aku yg hina ini tidak tahu apa2 yg ditakdirkan utk diriku. Membuatkn aku rasa begitu kerdil didepan-Mu Ya Allah. Aku yg tiada daya, tiada kekuatan, tiada kekuasaan barang sedikit pun. Aku yg hidup pd hari ini atas ehsan-Mu. Aku yg telah melakukan byk dosa sdgkan Engkau yg menciptaku. Aku yg pernah melupakan-Mu krn lalai & lekanya aku dgn dunia.

Ya Allah, siapakah aku ini dimata-Mu? Siapakah aku di pandangan-Mu?
Mampukah aku meraih redha-Mu?
Mampukah aku menggapai Syurga-Mu?
Mampukah aku ppn yg biasa ini?

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isi hatiku.
Bkn aku sombong tidak dpt mengangkat wajahku ketika menghadap-Mu.
Tp krn malu & rasa hinanya aku ketika berhadapan dengan-Mu.
Tidak layak utk aku mengangkat muka yg hina ini memandang wajah kemuliaan-Mu.
Utk memuji-Mu pun seakan tidak layak utkku...
Utk meminta kpd-Mu pun seakan tidak pantas bagiku...

Ya Allah...tanpa-Mu, siapalah aku....

Tuhanku..
Aku tak layak masuk Syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup masuk ke Neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Maha Pengampun

Popular Posts