Ujian Yg Membawa 1000 Rahmat

Ya Allah, melalui musibah hub.aku & Sepul, sesungguhnya Kau telah mengangkat darjatku sbg seorang ppn. Pd mulanya aku tewas, tp berkat rahmat & hidayah yg Kau kurniakan padaku, aku bangkit memperbaiki tali hubunganku dengan-Mu. Sebaik memperbaiki tali itu, kebaikan demi kebaikan berlaku padaku. Aku berjaya memperbaiki akhlak & sifatku. Kehidupanku lebih terurus & sentiasa diberkati. Aku belajar menjadi seorang ppn yg sabar & tabah dgn dugaan-Mu ini Ya Allah. Tali persaudaraan dgn ahli keluarga, kawan2 & org2 yg berada disekelilingku menjadi lebih bermakna & harmoni. Alhamdulillah. Dgn meninggalkan segala dosa & maksiat, aku jd ppn yg terpelihara & bermaruah. Aku sama sekali tidak menyesal dgn ketetapan ini Ya Allah. Dgn ujian ini, aku dpt mengenali sifat2 negatif dr seorang lelaki yg kuanggap budiman. Dgn ujian ini aku belajar utk tidak menyandarkan harapan pd seorang manusia. Dgn dugaan ini aku yakin dgn kebesaran & kekuasaan-Mu terhadap semua makhluk ciptaan-Mu. Kami semua tertakluk di bawah kekuasaan-Mu. Bila Kau katakan 'jadi' maka jadilah. Tidak ada yg mustahil sekiranya Engkau berkehendak. Tiada yg mustahil bg org yg jahat blh menjadi baik & sebaliknya dgn kehendak-Mu. Ujian ini membawa aku lebih dekat pada-Mu. Ujian ini membuatku sedar bahawa Engkau adalah sebaik-baik sandaran.

Ya Allah, terima kasih diatas ketetapan ini. Sesungguhnya Kau adalah sebaik baik pengurus kehidupan hamba-hamba-Mu. Aku bertawakkal pada-Mu Ya Allah ttg ketetapan diriku di dunia & di akhirat. Aku hanya perlu menjaga-Mu spy Engkau sentiasa menjagaku. Insyallah, amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat