Abah


Entry nie mmg nk citer psl Abah saje. Surgery for angiogramme balloon smlm adalah tidak berjaya atau dlm ertikata lain, GAGAL. Maka prosedur terakhir utk memulihkan kesihatan jantung Abah adlh dgn membuat bypass surgery. Which means dada Abah akn dibelah, 3 salur jantung yg sdh 'blocked' akn dibuat bypass dgn menggunakan salur urat dr peha atau tangan kanannya. Abah adlh spt sgt nervous utk surgery ini gara2 terbayang2 bagaimana dadanya akn dibelah & dikopak spt dlm post mortem siri2 kegemarannya iaitu CSI. Hakikatnya mmg lebih kurang spt itulah yg akn berlaku & sape yg x takot siot dgn major surgery mcm tueee????

Bercerita ttg angiogramme smlm, surgery tu dibuat pd waktu pagi. Hasilnya para Doktor dpt mengesan terdapat 3 saluran darah ke jantung Abah yg blocked. 1 saluran sdh 97% & 2 saluran lagi sdh 70% blocked. Surgery angiogramme hnya akn berjaya or blh diteruskn sekiranya blockage adlh dibawah 50% blocked. Makanya dlm kes Abah, ia sdh tidak blh dilakukan lagi. Dan sbb itulah by pass surgery diperlukan. Mlm td dlm pkl 9.30pm, kami adik beradik telah berkumpul di Wad 6C, Katil No.3 - Wad Pemulihan Jantung, HUKM utk mendengar penerangan dr Doktor Bedah ttg pembedahan bypass nih. Segala kemungkinan & risiko telah diperjelaskan & keputusan samada utk membuat surgery adlh bergtg kpd persetujuan pesakit & family.

Pd kitorang adik beradik & menantu, mmg surgery ini sajalah usaha terakhir utk memulihkan kesihatan Abah. Kematian itu sdh pasti utk stp yg bernyawa, tp usaha perlu jg ada. Mmglah Abah xkan blh sihat 100% id surgery ni berjaya. Tp sekurang kurangnya semua org lega krn telah berusaha sebaik mungkin utk kesihatan Abah. Berjaya atau tidak adalah ketentuanNya jua. Klu Abah x buat surgery nie, kira mcm tunggu masa jelah kate org utk kematian tu berlaku. Bila2 masa Abah blh kene strok atau kegagalan jantung. Jadi stlh semuanya berfikir panjang, kami semua bersetuju utk Abah buat surgery nih. However kata akhir tentunya bergtg pd Abag juga. Alhamdulillah eventho nervous, Abah tiada bangkangan & seakan redha dgn apa pn yg akan berlaku.

So skrg nie persetujuan utk melakukan surgery telah diberitahu kpd pihak yg berkenaan. Kes akn dibawa kpd big boss yg akn memberikan green lite bilakah slot pembedahan akn dilakukan. Kata Dr. paling lambat dlm tempoh sebulan dr skrg surgery sdh blh dibuat. If big boss kata urgent, dlm seminggu dua nie jer dh blh buat surgery. Kata Dr. tu lagi, lagi cepat lagi bagus. Aku membayangkan klu surgery blh dibuat mggu depan pn dah kira ok. At least bg Abah sikit masa utk mengumpul kekuatan & semangat sblm surgery take place. Hari nie Abah masih ada kt wad & menunggu kptsn samada blh keluar dr hosp. atau tak sblm dpt tarikh surgery. Abah nmpk sihat & bersemangat. Itu jelah yg buat hati nie rasa tenang sikit. Itu pn pagi td cam dh nk sakit kepala sbb asyik terfikir psl Abah. Runsing jgk sbb dh la aku pn tgh tggu masa je nk bersalin. Di tambah lg dgn keadaan Abah dgn big surgery nie. Mcm masing2 menunggu masa jer. Dlm keadaan mcm nie, aku pn xtau samada aku blh berpantang kt Jhr. Kesian plk kt Mak nk kene jaga 2 org sekaligus. Ntah la ekkk. Kite tggu & lihat jelah nnti mcm mane. Pk byk pn x gune -_-"

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat