Naurah & Her New Gadget

Last nite Naurah tido x bape nk lena. Asek merengek dgn mata terpejam. Mcm x selesa dgn sst tp ibu pn x tau ape. Susu dh bagi, diaper dah tukar. Sometimes Naurah mmg mcm tue. Bile jd mcm nie, mmg 2-3 jam jelah ibu blh tido sbb Naurah sllu terjaga & start merengek mcm tue. Bile ibu angkat, dukung & tepuk2, baru Naurah dpt tido balik. Letih & mengantuk bile Naurah jd mcm tue. Kdg2 jd pressure sgt lebih2 lg bile tgk hubby sedap je tido. Tp nk marah hubby pn xde gune sbb klu hubby bangun pn dia mmg xleh nk buat ape. Naurah bkn nak dgn hubby pn. Silap2 boleh bergema 1 rumah bile hubby yg dukung. Balik2 melekap dekat ibu jugak. But i noticed eventho penat, mengantuk & tensen mcm tue, ade 1 perasaan mcm mesra & sayang bile Naurah melekap kt badan mcm tue. Dgn rengekan manja dia tu, rasa mcm kasih sgt kt Naurah. Lama2 Naurah pn tido & rasa puas dpt tenangkan dia. Susah nk described perasan tuh. Perasaan yg rasanya seorang ibu je yg memahaminya :)

Hari ke-3 Naurah ke nursery, keadaan lebih baik dr hari2 sblmnya. Sempat main2 dgn Naurah yg dh start nk berborak dgn orang bile di agah. Sukanya bile tgk Naurah senyum dgn mata bulat dia tuh. Smpi nmpk gusi anak ibu nih :)) Kesian kt Ayah sbb xleh main2 dgn Naurah sbb tgh drive. Anyway muka Naurah naik ruam lagi. Taklah seteruk ruam yg sblm nie. Tp ibu tetap risau ok! Kesian tgk muka Naurah merah2 mcm tue.

Ohh..nie ade gambo Naurah mlm td tido dgn gadget terbaru dia. Bear F1 hadiah dr Mak Long Naurah. Naurah nyenyak bile Bear F1 diletak atas dia. Kunun2 cam tangan ibu la yg pegang Naurah ekk? heheh. Hepi bile Naurah asek tenung je Bear tu pastu cam nak pegang2. Dh cerdik anak ibu nie. Dh pandai nk main2. sbnrnya Naurah ade 2 bear. 1 lagi mcm girly sket but still merchandise F1 2009 la. X sempat nk snap pic sbb battery h/p kong. Next time ok!



Popular Posts