The Best 4 Her

Boleh dikatakan setiap ibu bapa mahukan segala yg terbaik utk anak-anak. Aku sendiri mahukan Naurah membesar mengikut acuan yang aku tetapkan utk dia. Terbaik pd aku la. Pd org lain maybe tidak. Aku bagi contoh la yerr. Most of other babies selalunya pakai pacifier, but me & hubby tak bape gemor. FIL pernah belikan pacifier biasa kt Tesco utk Naurah masa umur dia belom masok 1 bln pun lg. Mcm tahu2 her parents tak suka, dia akan luah keluar balik everytime disumbat masok. Seronok betol Ibu tgk respond dia mcm tue hihi. Bila Naurah 2bln+, me & hubby rasa kesian pulak tgk dia asek hisap jari jer to soothe herself. So belikan jugalah pacifier Pink jenama Avent but end up dia sudah tak mahu hisap. Rasanya sbb dia dh boleh berfikir yg benda alah tu cuma tipu jer. Takde keluar susu pon hehe. So mcm tuelah dia. Sampai skrg x pakai pacifier. I like =))

Kisah buai pon lebih kurang mcm tue jugak. Berdodoilah dia dgn buai tangan Ibu. Kt nursery pakai rocker. Itu pon masok umur 4bln+, dia dah taknak dah. Now diorang bagi dia bantal peluk & tepuk2 montot je sampai tido. Tp yg tensennya klu dgn Ibu taknak pulak mcm tue. Still merengek nk dodoi dgn tangan jugak. My Dear, berat kamu bkn mcm dulu lagi. Kasihanilah Ibu mu ini...huhuhu. My parents in law agreed with our decision yg taknak bg Naurah tido buai. But my Mum pulak yg asyik suruh beli buai. Katanya spy Naurah tidur lebih lama & bolehlah aku berehat lebih. Takpelah Mak. Rasanya tangan nie masih mampu lagi menampung berat si debab tue. Dan bila Naurah dh besar sket nih, Mak akhirnya bersetuju dgn cara aku. Naurah sgt senang utk ditidurkan hanya dgn menepuk montot di atas tilam. I like lagi =))

Tentang penggunaan susu formula, skrg dah tak menjadi isu sgt. Anmum Rumusan Bayi 0-6bln dgn berat 650gram saja yang digunakan hampir 6bln usia Naurah skrg. Itu pun sbnrnya byk yang terbuang begitu saja sbb dia taknak menom. Lebih2 lg klu dia tak berapa nak lapar. Dibuat main2 jer hisap puting tue. Susu siap leleh2 tepi mulut. Anmum Rumusan Susulan 6m-1 yr sudah pn berada dlm simpanan. Ini utk emergency case jugaklah. Lebih2 lg dh nk menjelang Ramadhan nie. Eventho dh berjaya kumpul stok beku EBM sikit2, utk emergency sebulan, rasanya belom cukup byk lagi. So, begitulah dia. Sebelum nie aku mmg obsessed giler dgn susu ibu. Sakitnya hati bila tgk Naurah menom FM. Tp lama kelamaan aku jd pasrah dengan keadaan yg memaksa. Sbbnya aku dah berusaha sebaik mungkin utk bg susu ibu. Kalau tak cukup sikit2, takkan aku masih berkeras hati kan. FM or menangis kelaparan? Mana aku pilih? Tp klu ada org saja2 sua FM sedangkan susu aku masih ada, itu masih menjadi kepantangan aku sampai skrg. Bab nie, my MIL mmg laju jer sua FM. Yg buat lg hangin tu sbb Naurah bkn lapar pon. Saje je nak bagi FM. Ntah pape...Seb baek bdk tu pandai taknak hisap sgt. Bravo Naurah!!! =D Aku ckp terus terang je dgn habi ttg aku tak suka MIL asek nak sua FM jer. Sbb sgt sakit hati oke. Tak tau nak luah pd siapa dah. Seb baek habi sokong aku dlm hal ni. Tp skrg dh x jd issue sbb Naurah dah mamam Cerelac. Susu mmg kurang la. Selalu berlebih EBM tuh. Syukur Alhamdulillah =)

Dlm kes perubatan pulak, aku lebih cerewat dlm memilih klinik mana nk bawak Naurah klu dia demam or sakit. Utk injection bulanan, aku tak kisah sgt sbb semua injection pon dibagi ubat yg sama. Nasih baek jumpa Poliklinik An Najihah, Nilai yg mmg klinik keluarga. Environment klinik pon best. So, pilih situ je utk injection bulanan Naurah. Itu pn kalau la Klinik Pakar Kanak2 An Nur, Bangi tu dekat, mmg nak bawak sane jer. Pakkal je jaoh huhuh. Tp klu ada penyakit yg pd aku agak kritikal mcm eczema yg tak berhabisan tuh, akhirnya ke An Nur jugaklah. Ubat kan ade mcm2 jenis. Instead of pakai Hydrocortisone, Dr. kat An Nur suggest pakai Betnosone. Bezanya klu Hydorcort seminggu baru baik, Betnosone ambil masa 2-3 hari jer. Yer, dua2 ubat pon based on steroid. Blh menipiskan kulit. Tp nk wat cenggane? Aku pakai cream utk eczema from Buds Organic lansong tak jalan. Ape yg blh dibuat, pakaikan Naurah moisturizer utk lembutkan semula kulit yg menipis & agak kasar slps kene eczema. Susahnya nak jaga muka bdk tecit tue. Sgt mudah kene eczema. Berpeluh panas2 pon blh kene. Apetah lg klu ibu termakan apa2 yg ada kaitan dgn udang. Kesian kt anak Ibu nih. Err..Naurah genap 6bln nnti baru nk bwk g sunat sekali ngn injection. Lambat ek? Sbnrnya aku mcm dh terlupa. Habi pon sama. Hampes parents ko ni Naurah huhuh. Ok ker sunat buat skali ngn injection ehhh? Tetibe aku terfikir....emmm...cam kesian jer..huhuh

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat