Jomm Balik Kg.

Aisehhh. Tukar venue last minute la pulak majlis berbuka puasa kompeni habi nih. Sudahnya makan kt hotel sebelah opis aku nie jer hahh. Belasah jelah. Yang penting makanan banyak, sedappp & ada Surau. Dan FREE hohoh. Esok je majlisnya. Hari nie masih kene memasak. Sabtu lepas, after balik dr An Nur Specialist, singgah opis habi jap. Ade keje sket katanya. Sempat la Naurah kene gomol dgn wife superior habi yg sebok menaip resipi kuih raya. Naurah rasi pulak dgn kakak tue. Budak tu kan da kenal org. Klu tak kene gaya, mmg boleh melalak dibuatnye. Klu kene gaya pulak, gomol la mcm mane pon. Dia dok relax jer tenung2 muka org mcm nak makan hihi. Tenung xpe, asal jgn menangis. Nasib lebih baek, dia senyum tersipu-sipu malu nak nyorok muka kt belakang. Hohh..sgt sweet la ko nie Kudik. Acik tu sampai taknak balik kalau boleh heheh. Pas balik opis, rehat kejap kt rumah utk Solat Zohor. Letih sgt rasanya. Terbongkang 3 beranak kt living hall. Habi ckp tak payahlah masak. Kite beli jer hari nie. Aku pon angguk jelah. Cuaca panas, byk berjalan pulak. Terasa sungguh sdg berpuasa. Sejam kemudian gagah jugak keluar lagi ke Mydin Kota Seriemas. Nak beli cerelac utk Naurah yg dah habis. Kesian lak dia x mamam solid pagi tue. Pukul 1.30am, terkejut utk pumping. Teros bangun & masak lauk & nasi utk bersahur. Dapatla masak 1 dish jer. Telur Goreng Mata Masak Kicap+Kentang. Air milo panas. Kenyang, Alhamdulillah.

Semalam Naurah asek nk melekat dgn ibu jer. Dgn Ayah pon dah pandai taknak. Adoiii...manjanya budak tecit nie. Budak kecik, walau ape pon ibu dia tetap No.1. Pantang nampak kelibat ibu. Kalau tgh berbaring, depa tangan soh dukung. Klu org laen tgh dukung, senget-senget badan ke arah ibu suruh diambil. Kalau ibu buat x layan, memekik 1 rumah menangis. Adoiii...poneng kepala ibu. So semalam habi terpaksa amek peranan memasak. Habi buat Nasi Ayam. Ibu bg instruction jer. Nasinya ibu jugaklah kene masak. Habi kurang terer sket nak agak2 utk taruh air. Sekali sekala masak hidangan ber'set' ok jugak. Cuma kene buat masa weekend jelah. Nk buat weekdays takot tak cukup masa.

Minggu nie keje 4 hari jer. I like =D Jumaat negeri Selangor cuti sempena Nuzul Al Quran. Hari Isnin aku dh apply cuti siap2 membawa teros cuti Hari Merdeka on Selasa. Yahooooo!!! Naurah, kite balik Johor jumpe ngn Atok yerr. Kesian Atok da rindu sgt da tue kt ko huhuh.

Hahh..dok gapai2 ape tangan tue??
Hmmphh....kegemaran ko kann...misi mengoyak paper
Siap senyum senget bile dah dapat ape yg dihajati
Bile dapat ape lagi......habes koyak rabak
Bile dah penat....susu ibu yer kat dalam botol tue...=B

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat