Naurah's Not Well


Balik keje petang semalam Naurah tgh tido. Atas kepala dia ada kain lampin. MIL tgh tepuk2 montot dia atas toto. Nape pulak nie? Habi sembang2 dgn MIL, guwe sudah bz di dapor. Basuh segala botol susu stok EBM ke nursery & kemas brg2 dapur hasil shopping di Giant yg masih belom selesai. MIL balik jer teros mengadap si kecit yg sedang lena tido. Tanya habi Naurah demam ker? Habi ckp MIL kata td badan bdk tecik tu panas sket. MIL dh bg mamam Paracetamol 120. Bagi susu, dia teros tido. Guwe rasa kepala si kecit, emm mmg ada panas sikit. Tp badan biasa jer. Kejap je dia lena, tiba2 mata membulat & pandang Ibu. Teros depang tangan tanda soh di angkat. Naurah main mcm biasa. Cakap2 dalam bahasa dia kuat2. Lega Ibu tengok. Demam sikit jer kot. 

Around 1.30am Naurah terbangun mintak susu. Ibu noticed dia tidak lena tido. Asyik merengek & tertido sendiri. But kejap2 akan merengek lagi. Ayah pn dh tak boleh tido bile tgk anak kesayangan dia serba tak kena. Teros2 mata kami berdua membulat. Rasa2 badan dia, hmm panas jugak nie, kepala pon sama. Guwe teros kejut Naurah & dia dgn senang bukak mata besar2. Bulat je pandang Ibu dlm samar2 cahaya dr bathroom. Tak menangis pulak dia. Tp Ibu & Ayah mmg dh risau giler. Habi turun bawah amek ubat & syringe. Ibu bg Naurah mamam & dia relax je telan. Ubat tu kan manis. Dah tak payah nk paksa2 dia makan mcm dulu. Dia dgn senang hati bukak mulut mau mamam itu ubat. Good girl =)  Habis ubat, Ibu bagi susu fresh. Dia tegok sungguh2, berbaring semula & main kaki senyap2. Guling2 sampai dia tertido sendiri. 

Pukul 5.00am, Naurah merengek lagi. Ibu & Ayah bangun, teros check suhu badan dia. Normal. Kepala, pun normal. Alhamdulillah. Nampaknya ubat sudah memberi kesan. Lepas menyusu, Naurah tido semula bersama-sama Ibu & Ayah =) Adushhh..sudah terlajak tido sikit. Kejut habi ckp sdh pukul 6.30am. Naurah merengek tp dgn mata terpejam. Ibu tenangkan dia, dia tido dlm pelukan Ibu. Ibu nak letak kt tilam, dia merengek semula. Haihhh....suhu badan semua dah normal. Nape dia merengek lagi nie??? Mimpi sedih sampai terbawak2 ke dunia nyata kott?? Ibu kejutkan Naurah betol2. Dia pandang muka Ibu, teros senyap tp masih cebik2 bibir mahu menangis. Ibu & Ayah agah2, akhirnya dia senyum & start mengekek. Syukur. Kalau tak burn lagi 1 hari cuti Ibu. Sampai dihantar ke nursery, bdk tecit itu sudah kembali normal spt biasa. Pesan pd pengasuh suruh bg je mkn ubat dlm 2 kali lagi. In case demam jadi semule. Better berjaga-jaga.

Ibu tak sabar nk balik keje hari nie. Ibu harap Naurah sudah sihat seperti biasa. Ibu nak tgk Naurah tersenyum & main guling2 mcm tenggiling dgn Ibu spt biasa. Insyallah =) Esok plan nk g shopping dgn voucher RM250 yg habi dpt masa Lucky Draw pegi Team Building hari tue kt Jusco Cheras Selatan. Hrpnya Naurah sudah cukup sihat utk keluar berjimba dgn Ibu & Ayah =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat