Perihal Org Malas

Aku akui aku bukanlah org yg rajin dari segala segi. Ade benda aku rajin & ada yg tidak. Utk mencapai misi Naurah membesar more than 95% dgn susu badan selama 2 tahun bukanlah perkara yg mudah. Itu bagi aku, wanita yg bekerjaya. Kalau aku tak bekerja, mau hempuk je diri sendiri kalo masih tak berjaya heheh. Kalau org lain ada misi yang lebih mulia, fully breastfeed, aku cuma mintak 95% jer. Aku tau tahap keupayaan aku. Aku tau aku bukan org yang rajin mem'pumping' strictly 8 times in 24 hours. So, itulah misi aku. Realistik enough for me. Rasanya aku pernah cerita yg aku dgn senang hati telah melanggar hukum pumping more for more milk. Senang kata if ikut rules 8 times a day, aku cuma separuh je dr tue. 4 times a day. Around 6 hours per pumping. Pemalas tak aku? heheh. Tapi syukur ke hadrat Allah, dibulan puasa yg mulia ini, sehingga ke hari ini aku masih mampu membekalkan EBM ke nursery Naurah 4 bottles x 3-3.5oz  per day. Percaya tak? Ker aku tipu nie?? hahaha...

Well, sebenarnya dgn jadual pumping aku yang hampeh tue, aku cuma dapat bertahan sampai hari Ahad lepas jer. Dan pagi Isnin lepas, stok beku secara rasminya telah habis digunakan. Stok beku akn ada masalah bila datangnya hari Isnin. Sbb hari Sabtu & Ahad, susu aku mmg habis di lenjan Naurah. Bagi chance la dia merasa susu fresh puas2 kan hihi =p Tu psl stok ada masalah. So bermula Isnin lepas jugak, aku merajinkan lah diri aku mem'pumping' mengikut rules sejagat iaitu 8 times per day. Dgn harapan hari Rabu next week bila aku kene hantar Naurah ke nursery, kuota tetap berjaya dipenuhi. Insyallah, amin. Ohh, hasil pumping 3 times at the office agak ok jugaklah. Per session dpt 3-3.5oz. Ok ke tu hahh? Aku pn xto sbb sllu buat sekali jer teros dapat banyak. Cuma bln puasa buat sekali jer x bape memberansangkan. Tu psl teros insaf tue. Itu pn mengenangkan xde fozen ebm lagi. Cube klu ade. Kompem aku stick dgn cara si pemalas..heheh =B

Hari nie masok hari ke 15 kita akan berpuasa di bln Ramadhan. Sudah separuh. Cepatnya masa berlalu. Bendera merah den masih belom menonjolkan dirinya. Sdg menghitung hari sbnrnya. Tp klu x dtg pon ok jugak kan. Dpt puasa penuh. Ralat lg last year masa pegnen, tak mampu jugak nk puasa full. Atas ketakupayaan diri mengatasi loya2 & muntah2 yg bermaharajalela. Redha jelah. This year, alhamdulillah. Berkat bersahur nasi penuh sepinggan setiap hari, sangat berjaya mengatasi rasa lapar hingga ke petang. Cuma lately cuaca tersangatlah panas di Cyberjaya. So tekak mmg ala2 kering gitu. Ujian lebih kat situ jelah. Tapi ada 1 yg aku suka ttg cuaca nie. Masuk je bulan puasa, matahari mmg terik. Tp berangin. I like wind. Eventho panas, selagi ade angin, aku suka. Atas alasan ape, aku pn tak tau. Tp mmg suka =) Jalan2 kt koridor opis, angin kuat2, pokok2 melambai....i like =D

Sebelum terlupa. Update lauk berbuka semalam =D

Daging Masak Sambal
Labu Masak Lemak Kuning Black pepper
Ikan Kerisi Goreng
Telur Masin
Bergedil Kentang (MIL bagi)
Nescafe 4 him & lychee in tin for me & him jgk

Hari nie plan nk berbuka kat luar. At last. Sbb ape? Sbb gaji dah masok...kakaka. Nk shopping solid food Naurah sket & sabun pencuci botol2 susu dia yg dh tinggal sikit jer. So alang2 dh keluar, teros jelah berbuka kat luar. Lokasi: Nilai Square, Giant laaa..tempat permainan kitorg spt sllu. Kuih raya yg di order dr kawan2 opis sudah mula di hantar. Duit lagi......kompem kene potong duit raya anak2 buah tahun nie...kui kuii =B

Sebelum tutup entry...saksikan....

Tadaaaa....=p

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat