Tetamu Lagi

Petang semalam kawan habi, his wife & their 1st doter, Alya came to our house beraya. Woww, sudah 2 hari berturut ade org dtg beraya. Rekod nihh =p Sbb baru je balik keje & sampai rumah, so xdelah lagi acara nak masak2 bagai. Makan kuih & teh o panas lagi jelah yer huhuh. Oo..their doter Alya adlh sgt cute. Sudah 9 months+ itu budak. Tua 2 bln+ dgn Naurah. Mase sampai rumah guwe, dia tertido atas bahu umminya. Letak atas toto yg mmg sedia terbentang di depan TV, lena terus si kecit tuh. Sembang2 with her ummi. Senang nak sembang bile masing2 ada anak kecik. Macam2 boleh share. Takdelah tak tau nak sembang psl ape. Dh la aku nie bknlah peramah sgt orgnya. Lagi dgn org yg baru 1st time jumpe. Tp bile dh ade anak, ok sikitlah. Ringan sket mulut nak berkata-kata.

Ntah hape kene malam td Naurah susah pulak nk tido. Dari pukul 7.00ptg habi try tidokan dia, sampailah aku dh siap mandi & solat, dia masih nk tido di pelukan habi. Letak bawah jer, merengek. Bile turn aku pon mcm tu jugak. Lama-lama aku give up. Kejutkan dia & dia teros sengih2 cam kerang busuk. Cett..taknak tido ko kudik?? Main-main sama Ibu & Ayah ehh? Ibu babap kang baru tau! So mainlah kami ber-3 dgn dia sampai pukul bape tau..Pukul 10.30pm & dia masih xnk tido. Masa tu aku dh tertido depan tv & habi kata dia paksa gak si Naurah tido eventho dia cam protes nak main ngn telepon yg Atok Semenyih belikan aritu. Pukul 11pm habi kejutkan guwe & semua naik atas tido. Naurah masih tak lena. Dok merengek. Bagi susu, baru tido. Aku agak dia akan tido pengsan sampai ke pagi sbb lambat tido malamnya. Cehh..tekaan aku sgt2 salah. Pukul 2.30am dia bangun lagi. Bagi lagi susu. Pastu pukul 5pagi dah bangun balik. Bagi susu lagi tapi taknak tido dah. Nak main2 lagi. Adoii....sakit satu badan aku dibuatnya. Pukul 6am aku tidokan dia balik bile dia dh start merengek & dia tido sampai 6.45am. Seb baek aku dh solat subuh time tue. Pumping pon sama-sama dgn dia. As usual dia akan try nk main2 dgn tiub Spectra 3 nk masok mulut. Haihh..susah sungguh Ibu nak pump. What happen to u Naurah? Mane pegi budak yg tido pukul 6.30pm & bangun hanya utk menyusu mlm2 & pagi2 buta tu?? Kamu buat Ibu & Ayah exhausted la sayang....

Ohh..nk citer sempat jugak aku basuh dinner plate. Sbg persediaan menjamu tetamu hari Sabtu nanti. Tetamu opis jer. Aku nak jemput kawan2 blogger, tp lps opismate dtg rumah aku, kitorang pon akan berjalan sekali ke rumah opismate2 yg lain pulak. Plus ade open house anjuran nursery Naurah. Haih...klu tak blh jemput skali kwn2 blog huhuh. Ohh..pd sape2 bloggers yg bace nie, klu nak dtg rumah den beraya & jumpe si kudik, SILA DATANG yer. Tapi roger2 la dulu. Jgn main serbu jer. Nnti panic lagi mcm mlm kelmarin hihi. 

Address: No.74, Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora, Bdr Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor
My h/p no.: 019 - 798 790_ ..ehhh xpe ker letak? tibe2 cam takot hihih =p

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat