Another Test =)

Semalam aku EL daa. Hari Sabtu berangkut balik dari rumah PIL. Tp masa kemas2 brg seme habi dah cakap dia rasa lain macam. Dah tak sedap badan la senang kate. So singgah kt klinik Tmn Seroja. Doc tu mcm jenis kureng sket. Aku & habi ceritalah history Naurah yg baru baek from chicken pox. Doc check habi's temperature pon dah 38.4. Kire dah demam lah tu kan. Di tambah dgn rashes semua. Spttnya doc dah boleh bagi antivirus utk melawan CP. Tp dia ckp hold dulu sbb takde rashes yg mcm berair tuh. Boleh ker mcm tuh? So semalam habi mmg dah teruk jugaklah. Nak drive semua dah tak larat. Aku fikir2 takkan anak tak sihat je aku sanggup EL. Habi tak sihat pon perlukan penjagaan jugak kan? So tolak tepi sayangkan annual leave, aku pon amek EL utk pantau keadaan habi. Naurah terpaksalah hantar juga ke nursery. Bagi tumpuan pd habi yg tak sihat.

Masa Naurah kene CP, aku rajin men'google' tentang penyakit CP nih. So byk jugaklah info aku dpt. Sbnrnya antivirus utk CP kene bagi seawal yg boleh bila dah ada tanda2 awal nk kene CP. Bila dah keluar byk rashes, antivirus tu senang ckp mcm dah tak functional lagi lah. Antivirus tugasnya utk tak jadikan CP lagi teruk. Tp klu dah terlambat bagi, mmg teruklah jadinya. So itulah yg terjadi pd habi. Kejap sejuk giler mcm nk beku, kejap kang panas giler sampai berpeluh-peluh. Sendi2 semua sakit. Tak larat nak buat apa pun. Selera makan lagilah mati. Lapar tapi tak selera. Kesian giler aku tgk habi. Dgn gatal2 & miang 1 badan. Perghh..patutlah org kata klu dah besar2 kene CP lagi teruk kesannya dr masa kecik2. Malah lebih merbahaya CP nie if terjadi pd org dewasa berbanding kanak2.

Alhamdulillah. Eventho aku kene jugak rashes yg gatal2 tue, tp aku tak demam & betul2 kene CP. Mcm kene sipi2 jelah. Klu x salah, aku dah kene CP masa darjah 5. Maybe sbb tuelah aku tak kena lagi. Org kata CP nie penyakit sekali seumur hidup. Tp ada juga yg kata if dah pernah kene CP, tp virus tak keluar habis, ade kemungkinan jugak akan kena CP lagi if terdedah dgn virus varicella nih. Apa2 pun aku tawakal jelah. Buat masa skrg aku masih larat lagi eventho tergaru sana-sini. Naurah pon dah semakin ok. So tumpuan mmg more to habi. So habi sudah dpt MC for this whole week. Rasanya next whole week pon dia masih akan MC melihatkan keterukan CP yg dia kena. Stp kali tak tahan gatal, habi mintak tlg sapukan calamine lotion kat seluruh badan dia. Eventho aku sometimes mcm seram2 kuku nak sapu sbb takut terjangkit sama, aku tabahkan hati & tawakal pd Allah moga aku tak kena CP. Klu aku & habi dua2 sakit, mcm mane siot? So lps sapu ubat semua, aku basuh tangan bersih2 & baru pegang Naurah. Habi pon tak bagi Naurah dekat2 dgn dia. Eventho Naurah kira dah ada protection sbb dah kene CP, langkah berjaga-jaga harus jg diambil. Klu dua2 sakit, mati kutu aku nak jaga mana satu. Huk huk.

Eventho aku masih lagi diuji dgn penyakit yg dtg silih berganti, aku mcm sudah bersedia dgn segala kemungkinan. Mcm dah lali pon ada dgn penyakit2 nih. So mcm lebih tabah utk hadapi keadaan habi yg sakit pulak. Redha jelah dgn apa pn yg mendatang. So punahlah impian aku nak jalan2 lepas Naurah sakit. Baik si kecik, si besar pulak yg sakit. Ape nak buat. Terima jelah seadanya. At least 3 org tak sakit serentak kan? Look at the bright side Sharena!! =) Klu ada pom-pom girls bersorak utk aku, maybe akn lebih bersemangat =D kekeke.

Pagi tadi for the 1st time hantar Naurah sorang2 ke nursery tanpa habi. For safety, Naurah ddk dlm car seat kat sebelah. Bdk tu mane reti ddk diam dah kan. Seb baek dia tak meragam. Baik je ddk sambil makan baby bites & layan kereta mainan. Heheh. My MIL sampai skrg masih berdegil taknak letak Naurah dlm car seat bila dia amek Naurah petang2 kt nursery. Bahaya kan drive sambil pangku baby kat lap??? Tp nak buat mcm mane? Bile habi pasangkan car seat dlm kete MIL, dia pulangkan balik. Hmm...tak tau nk komen ape dah. Aku tulis lebih2 kang ada pulak yg ckp aku anti MIL. Hohoh. Tp korang pon boleh pk sndiri kan? Org2 tua nie kkdg degilnya mengalahkan kita yg muda2 nieh. At least yg muda2 boleh dimarah. Yg tua2 nie kkdg ckp lebih sikit, merajuk & dikatanya kita kurang ajar pulak. So, sampai skrg me & habi diamkan jelah. Nk diskas lebih2 pon tak guna sbb takde penyelesaian. Kang dibuat bergaduh pulak laki bini. So aku ABAIKAN jelah sampai skrg. Doa moga Naurah selamat pergi & balik dr nursery. Mohon perlindungan dr Allah. Pull Stop.

Nota tgn:- Best jugak pagi2 drive kete sorang sambil dgr lagu Maher Zain =) Terasa mcm bujang kembali =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat