Cinema & New Hobby


Akhirnyaa....
Tahun 2010, inilah kali pertama aku & habi nak menjejakkan kaki kembali ke panggung wayang. Nerves pon ade rasanya nih. Hahaha. Mcm nk amek exam pulak yer. Kali nie aku sungguh2 nak jugak g tgk Harry Potter & The Deathly Hollows-Part 1 (HP). Tak pernah lg rasanya missed tgk film HP kat cinema. Last year adlh film HP yg paling membosankan dlm sejarah filemnya. Masa tu aku tgh pregnantkan Naurah. Tgk dekat The Mines malam2. Habi punye boring sampai tertido dibuatnye. Kekeke. Aku sbb dah minat, layan jelah sampai habis. Kalau tak concentrate, takot miss pulak point2 penting dlm cerita. Takot tak paham lak bile film yg seterusnya keluar. Cehh..yer-yer je aku nie. Hahah.

Kalau tak kerana Naurah kene CP, kami berkampong di rumah in law & Naurah tak byk ragam bile tido sama Wan & Atok, rasanya aku akn miss jugak film HP nih. Kebetulan ada peluang, rembat jelah ticket midnight punya tayangan. At least Naurah dah tido & taklah rasa kejam & tak sampai hati nak tinggalkan dia utk keluar berjimba. Sejak Naurah kene CP, pergi mana2 takdelah nak berangkut bwk Naurah sekali. Jalan2 pegang tangan dgn habi spt mengimbas kembali saat2 bercinta. Nak makan senang. Nak pilih2 barang senang. Semuanya pantas & tuntas. Kdg2 rasa mcm best. Kdg2 rasa mcm something missing somewhere. Kekok pulak dibuatnye. Apa2 pon rindu sgt nk bwk Naurah outing mcm sblm nie. Mesti Naurah dh boring gile tak dpt g jalan2. Kan Naurah kan? Naurah kan kaki jalan. Tengok jelah tahi lalat  besar setepek kat pergelangan kaki tue. Semua yg nmpk kompem ckp dia kaki jalan. Heheh.

Bercerita ttg jalan-jalan. Aku suatu ketika dahulu bukanlah seorang yg suka berjalan. Outing I meant. I'm a homey person & eventho sllu merungut boring bile asek terperap kt rumah. Makan, tgk TV, tido, makan, tgk TV, tido. Aku tetap akan terperap jugak kt rumah sbb nak keluar rumah bersiap semua adlh sgt MALAS. Pastu takde tujuan yg spesifik utk keluar ke mana2. Tak tau ape nk beli. Tak tau nk makan ape. Tak tau nk pegi mana. Hidup aku adlh sgt membosankan bg sstgh org. Tp aku OK je rasanya. Heheh. Tp bile dah berkahwin & ada anak, i'm totally changing into a new person. Aku sgt suka keluar jalan-jalan ok!! Lagi pulak dgn habi yg rajin melayan karenah aku yg mencipta hobi baru nih. Tp kdg2 habi declined jgk permintaan aku yg agak tak munasabah. Cthnya nk pegi IKEA tp duit dlm purse tinggal 20 hengget. Hahaha. Bisa? But most of the time, habi adlh sgt baik & melayan saje permintaan isteri yg selalu menggunakan alasan 'Naurah boring lah ddk rumah'. Kekeke. Ayat baek punyer kann. Guna nama anak utk kepuasan diri sndiri. Maafkan Ibu yer Naurah. Hik hik. Ibu mmg sengaja...hahah...(eventho habi dh tau tactic aku, dia layankan jugak..hehe).



Semalam makan2 dgn opismate. 3 org perempuan & topik yg dipilih adlh mengumpat suami. Tak senonoh betol kan? Payah klu isteri2 org dh berkumpul. Ringan je mulut nk bercerita ttg ketakpuasan hati dlm melayari hidup berumahtangga masing2. Aku nie baru setahun+ kawen. So takdelah byk cerita dr aku. Lgpn aku pk, tak baek giler nk cerita lebih2 ttg keburukan habi. Dah la semua org kt opis kenal laki aku sape. Tak sggup lak rasanya nk cerita ttg keburukan dia terang2an mcm tue. Kesian lak klu dia dipandang serong. Bile dengar cerita masing2, aku rasa sgt bersyukur dgn apa yg Allah takdirkan utk aku. Eventho habi dah ada berubah sket2 bila dah taknak sgt beralah dgn aku, pd aku itu takde ape sgt lah. Ada suami org yg ganda2 lg teruk perangainya. Yg aku tak boleh nk bayangkan mcm manelah klu aku dpt habi yg mcm tue. Boleh makan hati dibuatnya. Ada juga isteri yg garang nak mampos & suka buat apa2 sesuka hati. Kesiannya kat suami. So pengajaran yg aku dapat, bersyukurlah dgn psngn anda skrg. Sikit2 gaduh tu, biasalah. At least bkn gaduh2 psl suami ada affair or isteri suka baling2 pinggan mangkuk.

Aku kena bersyukur dgn habi & habi jgk kene bersyukur dgn aku. Tapi aku nk tulis lebih2 pon mcm tak layak sgt sbb usia perkahwinan aku pon baru setahun jagung. Jauh lagi perjalanan yg kami akn tempuhi. Mungkin byk lg keburukan2 yg masih di simpan. Tggu masa utk meletus jer. But for the time being, aku BERSYUKUR dgn takdir Allah. Habi & Naurah are the best thing ever happen in my life. I love both of u so much. Lets make our life enjoyable & meaningful for each other. Insyallah =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat