Its Hard

Bilerlah luka2 chicken pox Naurah nak baek sepenuhnya ek? Rasa tak sabar dah nk bawak dia jalan2 mcm dulu. Dgn ruam2 yg kejap hilang, kejap timbul semula. Tension pulak tgk. Rasanya this coming Monday masih belum boleh hantar Naurah ke nursery. Eventho suda ada luka2 yg start mengering, masih ada juga yg masih berair. Merah2 je lagi kebanyakannya. Naurah pon asek menggaru kegatalan. Kesian gile tgk dia mcm gelisah je bila tido. Skrg dah tambah dgn flu yg dtg ntah dari mana. Batuk2 pon sudah menjelma semula. Terutamanya waktu malam. Asyik terjaga je Naurah bila terbatuk-batuk tue. Terganggu tidonya. Makin hebat dugaan penyakit Naurah nie. Sedih hati Ibu melihatnya. Haihh...

Ibu & Ayah pn sbnrnya dah kena gatal2. Rasanya sbb terjangkit sikit dgn chicken pox Naurah. Bezanya tidaklah sampai keluar air2 tue. Since kami berdua dah pernah kena chicken pox masa kecik2 dulu. Tp dia punya gatal2 tue...subhanallah. Habis melecet kulit bila digaru. Pernah 1 malam aku menangis sbb tak tahan gatal sgt2. Garu2 kulit melecet. Dah garu, gatal masih tak hilang. Rasa mcm gatalnya dari dalam daging. Bukan dekat kulit. Seksanya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Habi pon dok ajak g klinik. Tp aku mls sbb  dh pukul 2-3 pagi. Tggu esok pagi jelah. Pergi pharmacy, dia bagi ubat alahan pulak. Poyo betol. Tak mendengar aduan pesakit lansong. Dh aku kata sbb CP, dia nk bg gak ubat alahan. Sudahnya aku makan pon xde kesan. Tetap tergaru-garu mcm berok mak yeh. Haihh...pressure jadinya.

If Naurah masih belum sembuh sepenuhnya, aku & habi nak pegi klinik. Kalau Dr. kata mmg kami pn dah terkena CP cuma tak serius sgt, maybe blh dpt MC bbrp hari. Dapatla nak jaga Naurah. But if x dpt MC, hantar jelah rumah Wan Andak (adik MIL). Berkampong lagilah kami kat Semenyih nampaknya. Akhir2 tahun nie byk pulak dugaan utk kami sekeluarga. Kdg2 rasa mcm fed up dgn ujian yg bertimpa-timpa. Ya Allah berikanlah aku kesabaran. Permudahkan urusan kami & berikan kebaikan kpd kami di dunia & di akhirat. Amin.

Popular Posts