Naurah Admitted

hari nie deepavali. now ade kat kampong tercinta my johore. naurah tgh nyenyak tido kat sebelah nie hahh. seminggu x update blog. sbb seminggu aku tak keje. EL for 2 days & MC for 2 days also. sbbnye? my naurah admitted at An Nur Specialist, Bangi. dia kene Bronchitis dear readers. dari flu yg berpanjangan hampir sebulan. sampailah ke kemuncaknya demam panas. pagi2 buta monday morning. pukul 4am me & habi keluar dr rumah kami di salak tggi menuju ke bangi. sampai2 sana my in law dah menunggu. after cerita history kesihatan naurah, doc suggest for her to be admitted at ward. blur jap aku & habi. psl duit kami x bape nk riso sbb naurah protected dgn insurans prudential. so klu nk senang cerita, masok je hosp. panel which is KPJ Kajang Specialist yg paling terdekat. ape2 pn sbb aku & habi sama2 blur pagi2 bute tue, my in laws suruh admit kat An Nur jer. since aku dulu bersalin kt situ & naurah pn dh ade rekod semua kt sane. so nak tak nak kenelah dahulukan duit sndiri b4 can claim kat insurans. ini pn masih blur2 blm pasti nk claim insurans company or personal. xpe, itu cerita kemudian hari.

so pagi2 isnin tu aku sms bos & kak niza bgtau status keje aku utk hari tue. mule2 naurah dibagi masok ubat melalui dubur utk turunkan panas badannya. pastu tangan kene cucuk jarum utk ambil darah & masuk air. giler2 naurah nangis. sedih giler tgk. dah la tangan kecik2. comel2. dh nk kene cucuk2. tp aku mmg hati kering sket bab kesakitan demi kesihatan nih. kesian mmg kesian. tp dr sakit berpanjangan, better sakit sket skrg. klu ibu2 lain maybe rase nk tumbuk je doc yg buat anak sakit cucuk2 tue. tp aku x pernah rasa mcm tu sbb pd aku ia 1 keperluan utk masa depan anak aku jugak. sbb tu aku kate aku hati kering sket bab nie. huhuh. pendek cerita pas amek darah, naurah kene x-ray lak kt bah. paru2. pastu baru naik bilik. naurah duduk bilik sorang jer. my in law yg suruh sbb kbtln bilik lain semua penuh kecuali bilik 4 org. utk keselesaan naurah & privacy pd kami yg menjaga serta pelawat, masoklah kami di ward orchid 1.

4 hari 3 malam kami berkampung di sana. naik semak otak aku & habi. anak punye pasal, tahankan jelah. nasib baik in laws sometimes dtg utk bg peluang kami berehat. 3 mlm aku tido sipi2 atas katil dgn naurah. 3 mlm habi tido atas lantai beralaskan selimut hosp. kesian habi sakit2 badan sampai skrg. selain kene masok air, naurah dibagi sedut nebulizer gas jugak. 2-3 kali kene pakai topeng gas naurah relax lagi. lama2 dia jadi fobia. nangis sungguh2 bile kena paksa sedut gas. klu hati tak kering mcm aku, kompem dh leleh2 air mata tengok. syahdu oo tgk air mata anak leleh2 pastu pandang muka kite mintak kesian. bukan ibu tak kesian sayang. tp utk cepat sembuh, ibu & anak ibu kene tabah & kuat. be strong ok naurah!! naurah good girl kann? our paed of course dr.khairul. sgt suke dgn dia. sgt prihatin & cool =) tq doc for treating naurah nicely & make her recover tremendously.

tulisan yg ini adlh dari opis. aritu kt kampong mcm malas lak nk post bile dh off laptop. rase cam blur jer masok opis bile seminggu bercuti. keje pon dah melambak tggu di siapkan. dah buat yg urgent, pastu xleh tahan nak update blog. dah terlalu lama tak berupdate. ade pulak yg ingat aku plan nak stop writing. ohh..sehari sblm Naurah admit hosp. aku kene flu buat kali kedua tak sampai tempoh sebulan. poyo giler. nak jaga anak, diri sndiri pon x sehat. flu adalah sama teruk mcm yg 1st case haritu. hingus banyak giler. tak selesa sungguh. hari nie masih ada hingus tp dah kurang sketlah. anak dah baik demam, aku tak baik2 lagi. xpe, kesihatan anak lebih penting. aku nie da beso, kuat nak melawan. klu anak yg kecik tu tau ape siot? menangis jelah dia kan. so utamakan ape yg terpenting dulu.

aku ade snap a few pics masa kat ward. dah menggila sbb kebosanan. snap jelah ape yg patot. nnti2 aku letak gambo. skrg henpon perlu dicaj sbb bateri kong. otak agak beku skrg, kepala mcm nk sakit pulak. till then...

Popular Posts