Pemusnah Kelazatan Hidup

Insyallah hari Sabtu nie dah boleh balik rumah sendiri di BBST. Tak sabar rasanya nak menjalani hidup berdikari semula for just the 3 of us. Ayah, Ibu & Naurah Zayanie. And we really need a break. A short trip maybe utk melupakan semua part2 yg tak best bbrp minggu kebelakangan nie. Nak keluar jalan2, happy2, tenangkan jiwa & relaxkan minda. Hujung minggu nie mungkin tak dapatlah. Next week Insyallah. Hari Selasa 7/12 cuti Awal Muharam. Maybe boleh keluar jalan2 time tue. Tgklah nnti mcm mana. Wedding pon byk akhir2 tahun nie. So nk plan apa2 takut tak jadi pulak. So kita tunggu & lihat jelah yer.

My mom sudah keluar dari hospital petang semalam. Syukur Alhamdulillah. Sampai je rumah, mak terus called ckp bagitau dia dah ada kt rumah. Lega sgt2 bila dengar suara mak semalam. Asyik teringat-ingat je mcm mane keadaan dia kat sana. Tp mak kata masih ada pening2 juga lagi sikit2. Biasalah tue kan. Takkan nak terus 100% tip top. Mak kata doc ada bekalkan ubat semua. Hrp mak cepat sihat & jaga makan. 5 hari mak kena tahan dekat wad. Kalau dekat, boleh jgk aku jenguk2. Ini nak balik ke Johor mkn masa hampir 4 jam. Dgn keadaan Naurah yg mcm tue, mmg tak dapatlah nak balik jenguk mak. Tak lupa juga mak bertanya ttg keadaan Naurah. Tak dpt nk bg mak dengar suara dak tecit tu sbb dlm kereta nk balik ke Semenyih masa dia called tue. Dia pn teringat-ingat jugak gaknye kt Naurah yg kene CP. Cucu & nenek dua2 tak sihat. Dugaan berganda bagi aku tuh. Huk huk.
 
Ada 1 lagi benda yg aku kena settlekan skrg nie. Habis je settled benda tue, aku rasa mcm nak terbang g ke bulan. Hahaha. Perasaan tak hengat yer. Mcm la boleh pon. Bkn ape. Every month aku sllu dihantui dgn bbrp masalah yg dtg secara tiba2. Kalau tak tiba2 pon, masalah tu mmg dh sedia menanti. Mcm tunggu masa jer. Sampai aku rasa fed up betol. Ehh..bila la aku nak rasa lapang nih? Asek ada aje benda nk kena settled. Penat tau!! Lepas satu, satu menunggu. Pressure dibuatnya. Itulah kehidupan kan? Ada aje cabarannya. Klu xde cabaran, bosan pulak yer? Ye ker bosan? Entah. Heheh. Klu xnak cabaran, dah mati soklah kot. Hah, itu da cabaran kat dalam tu pulak yer. Cabaran menerima balasan atas perbuatan kita masa hidup kt dunia. Gulp -__-"

Kematian tu tak mengira umur, waktu & tempat. Bila-bila masa kita boleh mati. Balik keje nie pn klu mmg Allah dah takdirkan aku akan mati, maka matilah aku. Bersedia ke tak bersedia ker, mati jugak aku. Mesti kesian kat habi & Naurah kalau aku mati kan? Sedihnya. Samalah klu salah seorang dr mereka mati. Semuanya mmg menyedihkan lah. Tsk tsk. Bagi org yg mati, lain pulak cabaran utknya. Bg yg hidup, life must go on. Satu masa nnti yg mati akan dilupakan juga. Yg hidup akan mati juga. Life cycle. Spt kata Dr. Aidh Abdullah Qarni, pemusnah kelazatan hidup adalah mati. Sebut je mati, semuanya takut. Diam. Kelu.

Popular Posts