Penyusuan Anak Melebihi 2 Tahun & Ulasan

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)

Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak dikira.
------------------------------------------------------------
Ada lebih kurang 3 bulan je lagi sebelum Naurah berusia 1 tahun. Genap tempoh tue, ada 1 tahun lagi utk aku teruskan dengan penyusuan susu badan utk Naurah. Alhamdulillah, eventho tidak secara direct, Naurah masih lagi consuming my milk until today. Walaupun sudah tidak fully minum susu badan saje, sudah campur sekali sekala dgn FM Anmum Langkah 2 (950gram/ 1 tin=tahan sebulan), aku tetap bersyukur dgn susu badan yg masik efektif walau hanya dgn mengepam. Klu ikot rasa malas, dah lama aku stop keje2 pumping nih. Sgt leceh oke! Tp mengenangkan ingatan terhadap ayat Al-Quran di atas, aku gagahkan juga diri. Genap 2 tahun spt yg Al-Quran sarankan, aku nekad akan berhentikan pemberian susu badan kpd Naurah krn dikatakan juga bermakna telah sempurna. Hrp Allah bg peluang utk susu badan aku sentiasa ada sehingga Naurah berusia 2 tahun. Hrp juga Naurah tak reject susu badan after dah start makan macam2 nnti. Huhuh. Dh dengar byk kes, tu psl agak riso jugak. Heheh.
Aku tahu ramai juga para ibu yang meneruskan penyusuan badan pd anak yg masih mahu menyusu eventho after berusia 2 tahun. Kebanyakan ulama' bersepakat mengatakan tempoh 2 tahun yg Al-Quran telah tetapkan sbg sempurna penyusuan adalah yg terbaik. Krn apa yg Allah sudah nyatakan, pasti ada hikmah disebaliknya. So bg aku, lebih afdhal mengikut saja kaedah dlm Al-Quran. Tp bg ibu yg masih mahu teruskan penyusuan badan, terpulanglah pd diri masing2. Ada yg rasa kasihan pd anak yg masih mahukan susu badan. Terpulanglah pd diri anda para ibu2 krn Al-Quran tidak menyebutkan hukum meneruskan penyusuan Ibu selepas 2 tahun. Sekian.

----------------------------------------------------------
dipetik dari sini :-

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:

Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

--------------------------------------------------------

Entah kenapa kadang2 aku rasa agak 'meluat' pd sesetengah ibu/individu yang condemn giler2 formula milk utk bayi. Anak dah sempurna penyusuan badan selama 2 tahun, still condemn formula milk. Macam segala khasiat & nutrien yang ada pd susu formula hanyalah propaganda syarikat2 yg nak mengaut keuntungan saja.  Menyatakan sumber kalsium utk tulang yg sihat banyak lg boleh diperolehi melalui makanan lain selain dari formula milk. Apa teruk sgt ke penggunaan formula milk nie pada anak2? Kdg2 diorang punya condemn tu mcm nak menjatuhkan hukum HARAM pon ada aku rasa.

Bukan ape, sungguh2 menyokong penyusuan susu badan pd anak mmg sgt bagos. Semua yg Al-Quran sarankan, pastilah yg terbaik. Tanpa ada fakta2 saintifik, aku takkan pernah ragu2 dgn apa yg Quran dah nyatakan. Krn itu adlh ayat2 dari Pencipta kita & sekalian alam. No doubt at all abt that. Tp kdg2 bila dah taksub sgt, melebih-lebih pula nak condemn benda lain. Byk lagi ayat2 dlm Quran yg berkaitan dgn anak2. Byk juga contoh2 dari Rasulullah SAW dalam menyemai tauhid dlm jiwa anak2. Kenapa tentang susu ibu je sibuk nak tekankan? Bagaimana pula dgn didikan anak2 secara Islamik? Tak ramai pulak aku baca cerita ttg para ibu yang bersungguh mendidik anak spt yg ibu Darwish&Darwisya usahakan. Menanam jiwa anak2 dlm usia yg muda dgn ilmu akhirat. Bukankah itu juga penting selain penyusuan susu ibu?

Let say anda diberikan rezeki oleh Allah dapat breastfeed anak tanpa campur setitik pon formula milk. Syukur Alhamdulillah. Ok, anda telah mendapat anak yg sihat walafiat & jarang kene penyakit. Syukur pd Allah. Tp cukupkah sampai itu saja? Adakah dgn pemberian susu Ibu secara eksklusif sehingga 6 bulan, kemudian diteruskan sehingga sempurna 2 tahun, cukup utk menjamin anak anda membesar menjadi anak yg berjaya di dunia dan di akhirat? Cukup utk menjamin dia takkan ditimpa sbrg penyakit kronik spt barah & seumpamanya? Cukup utk menjamin anak anda patuh segala yg anda suruh dia lakukan? Cukup utk menjamin anak akan membesar sbg anak yg pintar? Cukupkah?? Cukupkahh???

Cukup2lah dengan ketaksuban itu. Semua ibu mencuba yang terbaik utk menyusukan anak dgn susu badan. Tp ramai juga yg Allah uji dgn ketiadaan susu & kekurangan2 lain. Fikirkan juga perasaan para Ibu yg rela dlm terpaksa dlm memberi formula milk pd anak2.

Tak mustahil 20 tahun akan dtg, anak yg disusukan dgn susu formula menjadi ulama' terkenal dunia & anak yg disusukan sepenuhnya dgn susu ibu menjadi penghuni pusat serenti. Ini krn ibu yg memberikan susu formula juga mendidik anak2 dgn nilai2 murni Islam. Dan ibu yg menyusukan anak dgn susu badan sepenuhnya hanya tenggelam dlm ketaksuban pemberian susu badan tanpa mengambil berat ttg didikan agama & pendidikan awal anak2. Sekian.

p/s: kecik2 minum susu ibu saje. lansung x sentuh FM. dah beso bwk anak makan McD, KFC, Burger King. ape kejadahnye? mungkin keburukan fast food hanyalah propaganda sstgh pihak.....
- mcm emo je aku tulis mcm nie kui kui -

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat