Suatu Ketika Dahulu - Part 1

Tiba2 mcm nak mengimbas kembali kenangan lama. Macam mana akhirnya skrg nie aku boleh tercampak jauh ke negeri org. Negeri yg aku tak bape nk suke masa muda remaja dulu. Tp tuelah, kalau dah ketentuan Tuhan, mengelak macam mane pon last2 kat situ jugak. Sekali dapat laki pon dr negeri yg tak digemari. Lagi poyo. Hahaha. Ntah pape. 

Dari kecik aku mmg ingat masa dah pindah ke Felda Linggiu. Masa mak cerita kitorang pernah berpindah randah dari kampong ke bandar, semua aku tak ingat. Tapi tang kecik2 aku suke berbogel pastu gayut mcm tarzan kt dahan pokok gajus sambil kaki menendang reban ayam aku masih ingat. Hahaha. Itu kompem tak boleh lupe sbb itulah permainan yg paling digemari masa kanak2. Syok oooo. Kekeke. Masa dah pindah felda, antara yg aku ingat adlh masa pegi kebun kelapa sawit tolong mak ngn abah kutip biji sawit yg dah terlerai dari buah induknya. Best giler kalau dapat ikot abah g kebun. Itu pon tak lama. Abah malas nak bawak dh lama2. Nape ntah. Poneng kepalo nk diajak balik rumah kot. Masing2 berangan nk ddk dlm kebun sawit buat pondok. Ntah pape. Hahaha. So kehidupan aku sampaila ke sekolah menengah, hanyalah di Felda Linggiu.

Kat sekolah kira agak popular jugaklah. Terutamanya masa sekolah rendah sbb ada kakak & abang yang bijak laksana. Tp sayangnya adik2 mereka taklah sebijak mereka. Terutamanya aku kot. Kekeke. Asek nak main je kejenya. Padan la kan. Tp xdelah teruk sgt. At least sederhana. Range pekse dpt nombor 1-10 la. Hihi. Masuk sekoleh menengah kene membina reputasi sendiri. Sbbnya abg & kakak yg pandai semua masok boarding school. Kite yg x bape nk pandai nie ddk felda jelah yer. Huhuh. Ape2 pon kira ok jugaklah mase sek.men. tue. Eventho suke main2, masa SPM result tahun 1999 keluar, aku jadi 2nd best student kt sek. tue. Mcm lawak giler. Masa tu SPM blm sijil terbuka. Yg last sekali b4 start sijil terbuka tahun 2000. Aku dapat SPM Pangkat 1, Aggregat 13. Sama dgn agregat abg aku yg sekolah kt SM Sains Muar. Cuma aku aliran sains social, abg aku sains tulen. Yg pasti takkan dapat challenge Kak Ya yg dah pergi oversea b4 result SPM keluar pon. Dpt result trial SPM, Petronas dah hantar dia belajar kt Melbourne, Australia. Beshnya klu dpt otak mcm kakak aku tue kan. Genius.

Lps abes SPM, aku & a few gengs dpt panggilan menduduki exam utk masuk program matrikulasi. Masa tu baru nk diperkenalkan matrix under Kem. Pelajaran Msia. Sblm nie kan matrix kan under university masing2. So aku & the gengs yg dpt panggilan masok exam nie pon dgn blur2 tak bape nk phm menjawab jelah soalan2 yg ditanya. Sampailah 1 hari surat dr KPM sampai menawarkan program Accountancy matrix di sebuah kolej swasta di Ipoh, Perak. Kolej Premier Yayasan Perak (KPYP). Dlm  blur2 aku pergilah mendaftar masok kt sane. Bbrp bulan belajar, result SPM keluar. Masa tu lebih separuh dr student matrix nie di 'tendang' keluar sbb tak menepati syarat kelayakan. Contohnya mcm tak dpt kredit dlm subjek BM, Maths or English. Kesian giler ooo. Aku pn punyelah riso masa tue. Dahla tak dpt balik amek result. Kolej pagi2 tampal semua result student atas ketas A3 kt tepi dinding dewan jer. Punyelah berebut nk menengok result masing2. Pastu adalah yg hepi, menangis, termenung dsb. Aku termasuk dlm kategori pasrah. Sbbnya aku punye Prinsip Akaun (PA) adalah FAIL. Hahaha. Matrix Account tp subjek akaun fail. Camne siot. Tp miracle nya aku menepati syarat oke! Kredit semua subjek yg kritikal. Elektif pon diorang nak 2 je kredit. So tolak tepi PA, Perdagangan aku dpt A2 & Lukisan dpt C3 for subjek elektif. Mcm lawak je kan syarat yg diorang tetapkan nie. Ada budak yg PA dpt A1, tp English tak credit, kene tendang keluar. Aku fail PA, English credit boleh stay. Sampai skrg rasa mcm tak paham. Hohoh.

Tak lagi rasa bersyukur, aku banyak main masa kt matrix. Tp aku rasa masa belajar kt sanalah the best moment in my life. I live my life to the fullest. Sgt happy, sgt enjoy dgn kwn2 yg sempoi. Hidup mcm takde masalah lansung. Belajar tu mcm sampingan jer. Heheh. Kira aku dah puas la buat mcm2 benda nakal kt sane. Nakal aku adlh nakal suke merambu g JJ (dulu Jaya Jucso skrg Jusco je) ptg2 naik bas makan sizzling noodle paling sedap pernah aku rasa. Smpi skrg xde yg boleh challenge itu sizzling. Marbeles. Pastu nakal sbb suka ngorat2 lecturer muda yg baru keluar U. Haha. Xdelah ngorat camne. Cuma suka teased jer. Sampai lecturer yg naik malu. Hahha. Boleh plk mcm tue yer? Tulis surat cinta pd student lelaki yg pemalu. Hah, ini best giler. Org sebok ulangkaji masa prep. aku sebok karang surat. Bagi time2 tu jugak. Dpt yg bdk laki lain, diorang baca 1 kelas. Semua gelak guling2. Adoii..ntah pape. Aku suke betol buat 1 kelas ketawa. Yg bestnya semua pon tau aku suke teased people. So nobody take it seriously. Termasuklah yg kena teased. Itu sbg hiburan je buat kami semua. Bile ade bdk lelaki approach aku jd girlfriend, aku teros mati kutu. Serius mmg tak pandai & kekok bab coupling nie. Aku suke main2 jer. Klu serius, aku surrender. 

Paling tak lupe ade mamat laki nie sampai sggup toreh tangan dia dgn pisau lipat tulis nama aku. Gilo hapo? Mcm la aku nie lawo sgt smpi dia sungguh2 buat mcm tue kan? Worth it ke krn seorg ppn, lelaki bertindak gila? Lagi aku lari dr mamat tue adalah. Phsycho siot. Bajet aku terharu kot dgn perbuatan dia tue. Tak dapek la kan. Sedih jugak sbb dia kawan baik aku sblm dia jd gila mcm tue. Sayang je persahabatan yg dh terjalin musnah sbb benda2 merepek. Masa tu dh final semester. Dia takot aku terlepas begitu saje kot. Tu yg sungguh2 pursue nk buat aku terima dia tue. Hisshh..gile lah klu ingat2 balik. Kesian, tp aku mmg xleh terima la couple2 nie time tue. Tak kene dgn jiwa cool aku. Cewahh. Byk main punye pasal, separuh dr kami kantoi utk masuk ke U. Tak lepas 2.00 pointer ok! Bkn sebb bodoh, tp sbb byk main. Malas belajar. Esok exam, stay up lansung tak tido smpi masa exam. Kerja gile. Tp sampai skrg aku tak menyesal aku x dpt masok U masa tue. Sbb aku rasa masa kt sana adlh moments yg paling indah dlm hidup aku. Terbaekkk!!! =)

Lps tak dpt masok U, balik kampong, tanam jagung. Hahaha. Takdelah. Aku keje kilang kejap. Sebulan kot. Itu pon da kumpul byk peminat Nepal & Bangla. Hahaha. Pantang budak baru masok, tak lawo pon diorang nak usha. Lawak gile. Adelah mamat2 melayu yg suwitt2, bagi surat bagai. Spt biasa, hati aku belom terbukak. Tak sesuai dgn jiwa lagi. Haha. Hgga 1 hari aku dpt surat dr KPM utk repeat semester matrix kat Kolej Matrikulasi Perlis. Perghh..jauh giler. Tp aku mmg suke adventure. Suke merantau tgk negeri org. So aku pegi naik bas ke sane, lepak rumah member yg kantoi gak kt Sg. Petani & sama mendaftar masok dgn dia. Kami di sana dipanggil student semester khas. Kdg2 rasa mcm student cacat. Kekeke. So dlm tempoh 4 bulan, kami bertarung utk menaikkan pointer melepasi 2.00 utk mendapat tawaran ke U. Kali nie aku tak main2. Lgpn aku dah puas berjimba masa kt Perak. So skrg masa utk redeem balik apa yg aku dah missed. Masa kt Perlis nie peristiwa paling aku xleh lupa ttg roomate yg mengandung (dia dakwa kene busung....cehh) anak boyfren dia yg juga sama2 masok sem.khas. Diorang nie couple masa kt kolej lama diorang lagi kt Kol. Matrix P.Pinang (KMPP). Dua2 kene repeat & masa tu the girl tgh pregnat tp the boy tak tau. Bisa? Aku ingat lg mase aku tgh study pagi2 lps Solat Subuh, the girl yg ddk katil atas mengerang sakit. Aku cuak dah time tu. Aku bkn reti bab2 mcm nie. Terus aku pegi side sebelah kiri bilik, kejutkan roomate yg lain tgh syo tido. Aku & member sorang g panggil warden sbb tau the girl dah nak beranak. Sempat dia dibw ke hosp. & beranak sorang anak lelaki yg comel. Sebijik muka ayahnya. Blur je the boy bile dpt tau dia dh jd ayah. Serius dia mmg xtau the girl pregnant. Drama sungguh.

Selain dr kes pregnant, kes lesbian pon boleh tahan hot jugak. Aku masa study mmg suka berambut pendek mcm lelaki. Rimas lah pjg2. Aku kan cool. Heheh. Tp sbb penampilan aku yg cool & boyish tuelah aku difitnah lesbian. Siot betol. Pdhal aku tak campor org sgt pon kt sane. Buat hal aku je. Basuh baju sorang2 dgr walkman lagu Nirvana. Smells Like Teen Spirit. Yeahhh!! Itu pon kene fitnah. Kesian aku. Tp ade sorang bdk ppn nie dia suka sgt dgn aku. Naik bulu roma klu dia ddk rapat2 nk dekat2 dgn aku. Kawan baik dia roomate aku, so dia sllu gaklah dtg. Aku pesan dgn roomate yg lain, klu nmpk bdk tu dtg bilik, bgtau aku cepat2 spy aku boleh lari pegi bilik lain. Hahaha. Serius aku mmg cuak gile klu nmpk dia dtg. Dia mcm manja2 sket bdknya. Aku dgr lagu Nirvana beb, mane layan manja2 nie. Kui kui. Itulah atr pengalaman menarik masa aku kt Perlis. Eventho cuba bersikap low profile, ada lagi jeritan2 bdk lelaki yg memanggil nama glemer aku stp kali nmpk aku beli Nasi Ayam kt cafe. Bikin malu saja. Ada mamat sorang nie ntah mcm mane tangkap cintan lak ngn aku. Tp dia suke berlawak. So pd aku dia cuma main2 nk pekena aku jer. Taklah psycho mcm bdk kt Perak dulu. Huhuh. Dia kata aku cool, thats y dia suka. Tp lps aku terus terang aku x pandai bab couple2 nie, dia memahami. Cuma dia mintak izin nk kacau2 aku sbb dia suka tgk muka aku merah sbb tahan malu. So i'm fine with that =) Roomate aku lak suke ikot aku klu nk turun cafe sbb diorang kata aku popular bdk laki jerit2 nama. Nk tumpang glemer skali. Boleh plk mcm tue. Kenangan.

Ok, aku stop sini dulu. Nanti2 aku sambung balik life aku lps habis stadi kt Perlis & seterusnya. Kalau bosan, jangan baca k! Saje nk bernostalgia zaman muda2 =D

Popular Posts