Suatu Ketika Dahulu - Part 2

Lepas aku abes study kt Perlis, balik kampong tanam keledek pulak. Heheh. Takdelah. Aku keje kilang lagi klu tak silap. Area2 felda aku tue keje kilang jelah yg femes. So itu jelah yg ade dlm otak. Cuti pjg, keje kilang. Nak melanguk kt rumah dah sampai tahap bosan tahap beruk mak yeh pulak. Haha. Tp aku akui aku bukanlah seorang yang berjiwa cekal utk bertahan lama berkerja dlm industri perkilangan. Mak kate aku lembik. Kui kui. Tak kene dgn jiwa la keje kilang nie. Bosan sbb asek buat kerja yg sama & masa yg amat pjg sgt meletihkan fizikal & mental. Plus persekitaran kilang yg asyik2 nak couple. Asyik2 nak no.tel. Asyik2 nak ngorat. Adoiii..poneng kepalo den. Tak berkembang lansong minda aku. Keje kilang yg kali nie tahan sebulan jer. Masa nie aku keje shift malam. Masok pkl 12tghmlm, balik pukul 8pagi. Dah mcm zombie kampong sawit jadinya aku. Siang tidur, malam berjaga. Ntah bape kali aku termuntah tepi mesin kilang. Seksa gila rasa masa tue. Dpt je gaji sebulan, aku teros cau cin cau. Tinggallah adik aku si Lisa yg masa  tue tgh tggu result SPM sorang2 g keje lagi. Dia mmg urat dawai tulang besi. Tahan betul keje kilang. Gua suspect sama lu sister!! Heheh =B

Akhirnya aku dpt surat dari UPM, Serdang menawarkan tempat utk program Bachelor of Economy. Kire 1st choice yg aku mintak, dapatla. Masa tu ada 3 pilihan. 2 lagi Pengurusan Perniagaan & Accounting. Account dah sah2 aku tak minat & tak pandai. Business lak aku tgk subjeknya byk juga kene amek subject account. So aku pilih economy since tak byk kene buat account & buat presentation. Aku nie darah gemuruh. Rase cam nak koma klu kene present depan kelas. Kekeke. 3 tahun setengah aku blajo kt UPM & grad dgn 2nd Class Upper. Syukur, alhamdulillah. Pdhal blajo poyo2 jer. Huhuh. Kt UPM jugaklah aku berjumpa dgn ex-tunang. Masa tu aku dah final year. So kerja sambilan kt Pusat Alumni UPM. Dia pegawai kontrak kt sane. Lama jugak couple dgn dia. dr 2004 sampai 2008. Hampir 4 tahun. Bertunang 4 bulan je pastu dtg masalah yg akhirnya membawa pd putus tunang. Perghh...inilah saat2 gelap dalam hidup aku. Cinta pertama yg tak kesampaian. Wakaka. Ayat tak hengat. Kui kui.

2004 tahun aku start berkapel. Tak lama lepas couple, Abah & Kak Ya bantu aku beli kereta Kelisa LE Blue & Black. My JHT 3253 =D Next year habis bayar. Yeayyy!! (Sori lari tajuk kejap heheh). Lepas aku habis belajar kt UPM, aku balik kampong sblm dpt tawaran bekerja kontrak kt Bendahari Zon C, UPM. Aku keje sane dlm bbrp bulan sebelum dpt keje kt tempat skrg. Kat Cyberjaya pd akhir 2005. Masa tu ulang alik dari rumah Kak Ya kt Villa Laman Tasik, Bdr Permaisuri - Cyberjaya hari2. Perghh...dengan tol lagi pergi balik total of RM2.60. Rasa sengkek giler. Tahun 2007 klu tak silap, aku pindah rmh sewa kt Serdang & ddk sane dlm setahun sblm bulan 9 tahun 2008 aku pindah rmh sewa kt Putrajaya. Lagi dekat dgn Cyber. Best giler. Tp sewa bilik mahal. Tu yg menyampah tue. Aku pindah Putrajaya sbb nk lupakan kenangan2 dgn ex-tunang. Pastu nak mencari udara segar yg baru. Mcm nk mulakan hidup baru lah. Lepas aku putus tunang, aku bajet lambat lagi aku nk kawen. Sbbnya aku bkn org yg senang terima ssorg dlm hidup aku. Siap dh plan nk pergi buat umrah dgn Kak Ya tahun 2009. Wakaka.

Tp tuelah kan, saat2 kita tak sangka, tak mengharap apa2, pasrah dgn keadaan yg tak memihak pd kita, bantuan Allah sampai. Dari mendung, matahari tiba2 keluar. Bulan 10 tahun 2008, aku start berkawan dgn habi. Mule2 dia call aku guna phone opis, sembang2 buat2 lawak. Pastu keluar makan ramai2 dgn opismate lain sampaila keluar berdua jer. Proses nie tak lama sbb bulan 12 thn yg sama, aku bertunang dgn dia. 2 bulan je kawan, kitorang sepakat utk men'seriuskan' perhubungan. Bertunang menunjukkan kami commit & tak main2. Mmg serius nak kawen. Aku syukur sgt sbb proses nie tak lama. Sbb aku kire mcm dah serik la nk kawan lama2. Pastu at the end takde pape. Membazir masa, membazir duit. Segala-galanya membazir lah. Dosa pon menggunung. Pastu habok pon tarak. Tahun lepas 23/5, kami pon dinikahkan. Tak sampai 6 bln pon bertunang. Best =D Cepat sgt semuanya berlaku. Pastu tak lama pegnen & bln 2 tahun nie dah pon dapat Naurah Zayanie. Alhamdulillah.

Bile imbas2 kembali kenangan lama, tak semuanya smooth. Ada gagal masa study. Ada gagal masa bercouple. Keje tak ok dulu pastu baru dapat yg ok. Ekceli bab kerja nie aku tak berapa bertuah sgt sbb belom dapat kerja yg betul2 sesuai dgn degree yg aku ada. Ramai yg ckp rugi je aku ada degree tp kerja takde kena mengena dgn degree yg aku ada. Aku tahu aku layak utk dpt kerja yg lebih baik dari skrg. Tp bila aku fikir2 balik, apa yg aku kejar? Gaji yg ada setakat nie masih cukup. Aku masih dpt beli brg2 yg aku nak.  Masih boleh saving dlm Tabung Haji. Masih mampu mpnyai personal insurance. Kerja tak pening kepala. Environment kerja best. So knp aku nk tamak? Bersyukur Sharena!! Akan tiba masanya Allah akan tunjukkan aku jalan utk aku mendapat rezeki yg lebih dr skrg. Insyallah =) Amin.

Itu adlh cabaran2 yg telah aku tempuhi selama 28 tahun aku hidup di dunia nie. Aku nie kire mcm dah terhantuk baru nak tengadah. Dah pernah gagal study, pastu baru nk bersungguh sket belajar. Kene ada pengajaran dulu pastu baru nk sedar & perbaiki utk kali ke-2. Tp aku tak pernah menyesal dgn jalan hidup yg aku pilih. Klu boleh ulang balik pon masa lalu, aku tetap akn ambil jalan yg sama. Sbbnya klu aku pilih jalan yg lain, aku takkan dapat kehidupan aku besh mcm skrg nie. Betol tak? Hehe =D Tak pulak jumpe habi & dpt Naurah. 2 org nielah perkara yg paling berharga dlm hidup aku skrg. Eventho hidup tak sesenang mana, sederhana jer, aku rasa aku masih banyak lagi bertuahnya. Aku mungkin tak kaya dari segi kewangan, tp aku byk dpt kasih sayang. Org2 sekeliling aku kebanyakkannya baik2. Tak byk mendatangkan masalah dlm hidup aku.

Tak semua yang kita nak kita akan dapat dlm hidup nie. Cth mcm bos aku. Duit dia banyak berkepuk-kepuk. Harta benda semua melimpah ruah. Tp dia takde rezeki mempunyai cahaya mata sndiri. Cth mcm Kak Ya. Dia berjaya dlm hidup. Kerja best. Kewangan takde masalah. Tp Allah belum pertemukan dia dgn pasangan hidup. Dlm hidup stp org pasti ada kekurangannya. Kite sllu nmpk org lain pd luarannya jer. Pakai kereta besar, rumah besar, tp kite tak tahu yg hidupnya serabut dgn masalah2 lain. Maybe Allah uji dia dgn anak yang sindrom down. Kite mane tau. Betul tak? Sbb tu bila aku sedih tak dpt apa yg aku hajati, aku ingatkan diri dgn org2 yg hidup bawah jambatan. Yg anak dah 4 tp masih takde kereta. Pergi mana2 naik motor or public transport. Lagi susah dari aku yg hidup dlm rmh teres 2 tingkat & laki bini ada 2 kereta. Bersyukur dgn apa yg kita ada. Aku yakin akan dtg lagi ujian2 dari Allah utk aku sblm nyawa aku ditarik kembali kpd-Nya. Cuma aku tak tau apa. Tp aku amat meyakini bhw Allah takkan menguji hamba-Nyadgn sstu yg hamba-Nya tidak mampu hadapi. Dia uji kita krn dia sayang pd kita. Dia nak kita balik ke jalan yg lurus. Bukankah itu yg kita mintak drp-Nya setiap hari bila kita bersolat. Dlm bacaan Al-Fatihah, kita mohon pd Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan org yang Engkau berkati bkn jalan org yg Engkau murkai. 

# Tips utk khusyuk dlm solat:- Fahami makna surah2 & lafaz yang anda baca dlm Solat. Sblm aku memperbaiki Solat aku, rasa solat nie mcm takde apa2. Dok rukuk, sujud tp tak dpt apa2 sbb tiada penghayatan. Ruginya aku selama berbelas tahun. Tahun 2008 slps dilanda peristiwa gelap, aku cari diri aku yg dh lama hilang. Aku bukak balik buku Mari Bersolat budak2 sekolah rendah. Aku hafal stp makna bacaan dlm solat. Dan aku faham makna betapa indahnya Solat. Betapa indahnya berdoa. Alhamdulillah =) Allah tarik kegembiraan aku dgn dunia & berikan aku sedikit kegembiraan utk akhirat. So, perlukah aku menyesal krn putus tunang? Tidak sama sekali =)

Moga Allah sentiasa membawa kita kembali ke jalan yg lurus. Sentiasa kembali kepada-Nya eveytime kite dah tersalah jalan. Amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat