Baby Photography

Bila tengok Dayu upload gambar yang adik Nurul, Bani nama dia kalau tak silap, dlm blog last week, rasa macam jeles giler. Best woh tgk gambar babies yang di snap by professional photographer. Kalo tak profesional pon, at least ada bakat dalam bidang fotografi. So for sure lah gambar yang di snap lebih menarik & tertarik da bomb. Heheh. Anak2 kita bukannya boleh kembali semula menjadi babies yg comel. Semuanya sgt cepat membesar bagai johan raja lawak. Sedar tak sedar, anak dah nak masok setahun jagung umurnya. Mulelah rasa cam menyesal kenapa tak amek gambar dia banyak2 masa kecik2 comel tak tau ape dulu. Feeling mcm nielah yang aku paling nak elakkan sekali. Thats y la aku rajin upload gambar Naurah kat blog nie. Boleh kata every weekend aku akan snap gambar Naurah dgn harapan moments yg dtg sekali saja dlm hidup tak terlepas. No regrets bak kata omputih.

Lagi satu ini juga berdasarkan pengalaman aku sendiri jugak. Gambar aku masa kecik2 sgtlah tak banyak. Boleh kira dengan jari tangan jer. Nak salahkan mak abah mcm tak patot la pulak sbb mengenangkan zaman dulu2 siapa ada camera dah di kira 'orang kaya'. Sedangkan mak aku cumalah seorang suri rumah & abah hanyalah seorang peneroka felda. So nak tak nak, redho jelah dgn gambar2 yg ada. Itu pon da cukup baik dari tak ada lansung kan? So aku berpendapat anak2 aku sok klu dah besar mesti suka kalau dpt tgk gambar2 diorang masa kecik. Tgk video2 keletah diorang yang menggeli hati. Kompem diorang suka punya. Dan memandangkan zaman skrg sgtlah senang nk snap gambar ribu riban keping tanpa perlu mengeluarkan kos yg banyak, takde alasan utk aku tak mengambil kesempatan yg ada utk di apply pd Naurah.

Tapi aku masih tetap tak puas hati. Aku nak Naurah ada album khas or gambar besar berbingkai yg  boleh di gantung di dinding rumah. And of course it must be taken by professional photographer. Or at least by someone yg berbakat dlm bidang fotografi. Masalahnya cuma bajet takde nak merealisasikan impian poyo aku nie. Bulan demi bulan berlalu & Naurah sudah pun berusia 10 bulan. Makin tertekan aku di buatnya. Huhuh. Pd suatu hari yang indah, aku teringat tentang sms yg di hantar pd aku bbrp bulan yg lepas by Ayares. Incik Ayares nie adalah photographer yg amek gambar kawen aku, nikah & sanding masa kt Johor. Dia adalah photographer dari Capturepix Studio. Dan aku tersangatlah berpuas hati dengan perkhidmatan & hasil kerja Ayares. Sabar melayan karenah aku & habi yg jenis 'kayu' bila bab nak ber'posing' depan kamera. Kui kui. Malu2 kucen gitu. Baru kawen la katekan. Hak hak.

Cut short the story, sms from Ayares adlh tentang ex-client yang pernah menempah perkhidmatan beliau & rakan2 photographer yg lain, sekiranya mempunyai anak, bolehlah menempah khidmat mereka utk fotografi kanak-kanak/babies secara FREE. Perghhh. Nampak jer word free, teros aku reply balik sms tu tanya lebih lanjut. After dpt confirmation dr Ayares, aku menunggu-nunggu jer masa yg sesuai utk aku balik ke Johor & menggunakan rezeki yg datang. Akhirnya last week aku dpt set venue & time utk amek gambar Naurah secara professional on this coming weekend. Hari2 aku fikir nak bawak toys Naurah yg mane, baju yang mane, & benda2 lain yg menarik utk di jadikan props masa fotografi tu nanti. Teruja giler =D

Insyallah bila dah dpt copy gambar nnti, aku upload kat blog & maybe dpt bg link gambar2 Naurah yg biasanya diorang akan upload dlm official blog Capturepix sendiri. Mungkin inilah yang di katakan rezeki anak =) Alhamdulillah.

Ada gaya profeshenel photografer snap tak? Keh kehh =B

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat