Everything I do, I do It 4 U

Setelah berbulan-bulan menghantar Naurah ke dukungan pengasuh tanpa sebarang masalah, akhirnya pagi tadi dia menangis. Terkesima sebentar aku di situ. Melekat betul Naurah bile berdukung dengan aku. Mula2 dia pandang muka pengasuh mcm cuba utk mengingati wajahnya. Pastu bila pengasuh sua je tgn nk amek dia, terus dia palingkan muka & buat muka nak menangis. Bila aku bagi juga dia pd pengasuh, terus menangis sungguh2. Hancur luluh hati aku tgk dia mcm tue. Nasib baek ade sorang budak kecik ppn umur dlm 3 tahun datang tgk Naurah bile dgr ada tangisan. Aku tunjuk je bdk tu pd Naurah & ckp ' nie kawan Naurah dah datang nie', terus Naurah senyap & tengok aje budak tue. Spt biasa bile aku lambai Naurah, dia mane pernah nak lambai aku balik. Muka monyok jer kena tinggal. Sedih dibuatnye hati aku. Naurah, Ibu kena pegi keje. Klu Ibu tak keje, mcm mane nak belikan Naurah baju cantik2? Emm..

Lately semakin membesarnya Naurah, makin manja dia dengan aku. Dengan Ayah lansung taknak kdg2 tue. Nangis sungguh2 klu aku hilang kejap g solat ker, mandi ker, buang air ker. Payah sungguh. Kenapa ehh? Ibu tau lah Ibu mmg pujaan hati Naurah. Tp Naurah pon kenelah fair pd Ayah jugak. Kesian Ayah kkdg tue bila nak main dgn Naurah, Naurah taknak pulak. Pdhal Ayah punyelah jd pakcik kegemaran di kalangan anak2 sedare. Nape anak sendiri tak gemar pulak dgn Ayah yer? Best sgt ke Ibu nie sampai Naurah nak dgn Ibu jer? Pdhal Ibu selalu jugak marah2 Naurah sdgkan Ayah seingat Ibu tak pernah sekali pon tinggikan suara dgn Naurah. Ibu pon sllu jugak gigit2 & pok2 tgn Naurah bile Naurah tak dengar cakap Ibu. Still, Naurah asyik nak dgn Ibu jugak. Nape?

Dulu aku selalu takut bile fikir yg Naurah mungkin takkan rapat & sayang sgt dgn aku. Sbbnya aku tak direct breastfeed dia. Aku cuma pump & bg susu ibu. Org kata klu breastfeed, anak & Ibu akan ada bonding yg lebih. Lebih rapat & mesra. Skrg aku dah tak risau ttg tue. Walau apa pon, aku tetap Ibu Naurah. Tetap No. 1 di hati dia. Salah sangkaan aku yg dulu tu rupa2nya.  Syukur Alhamdulillah. Tp tuelah, eventho ada kepelikkan yg aku rasakan bila Naurah terlebih manja dgn aku yg garang mcm singa lapor nie, aku redha jelah. Maybe Allah nak tunjuk ganjaran-Nya pd aku atas kesungguhan memberi Naurah susu Ibu walaupun tidak scr direct.  Kasih sayang atr Ibu & anak bkn hanya terjalin melalui proses semulajadi saja. Asalkan ada kesungguhan & kemahuan, semuanya boleh jadi. 

Selain tu aku jg berkorban utk tak diet gila2 utk memastikan susu badan aku tetap ada. Walhal badan da mcm tong dram nih. Adoi. Mmg stres dibuatnya aku. Tp aku masih dpt bersabar lagi. Naluri keibuan lah yg menyebabkan aku masih gigih pumping utk bg yg terbaik pd Naurah. Yg menghalang aku meneruskn niat utk berdiet utk jd isteri yg da bomb. Kekeke. Aku cuma hrp habi faham. Itu jer. Sbb aku tau habi suka klu aku ramping mcm dulu. Ramping ker dulu? Hahaha. Ok la dr skrg nie kan. Kui kui. At least tggu Naurah umur 1 tahun. Aku akn cuba tahan kehendak hati utk tampil menawan demi anak yg tersayang. Inilah pengorbanan yg aku lakukan skrg nie. Sgt memberi tekanan pd diri. Tp demi mu anak, Ibu kene kutuk pon tahan jelah. Huk huk. Korang2 tggu la lepas Naurah setahun sok, 2-3 months after that, aku akn jd isteri yg hot ok! 2 bulan jer lagi. Insyallah. Gambate!!! - Cepatlah bulan 2011 menjelma!! Huhuh.

Popular Posts