Kenduri Kendara

Weekend nie ada 3 jemputan kenduri kawen. 1st kat Melaka. My senior masa study kt matrix KPYP. Yg ini hari Sabtu. Then hari Ahad pd waktu siangnya kat Taman Ixora. Eventho kami tak kenal, tp jemputan wajib dipenuhi sekiranya tiada aral. Waktu malamnya pulak my officemate ada buat wedding dinner kat Kelab Tasik Cyberjaya. Pon harus tunjuk muka jugak. Since habi punye CP masih pd tahap teruk, yg kat Melaka tu awal2 dah kena cancel. Yg kat taman pon, nampak gaya tak dapek la nk pegi jugak. Mcm segan je aku sorang2 takpon berdua saje dgn Naurah ke majlis tue. Dahlah tak kenal siapa. Ishhkhh...tak sanggup den menebalkan muka. Huk huk. Now tinggal wedding yg mlm pulak. Yg ini dah RSVP nak pegi. Officemate lah katakan. Dahlah wedding aku dia pegi. Nie klu x pegi rasa mcm tak besh pulak. Eventho ada alasan kukuh habi kene CP, klu aku nak pergi sorang2 or bwk Naurah sekali OK jer. Boleh diusahakan. Masok Naurah dlm car seat, drive jelah pegi. Nak tinggal Naurah kt habi, rasanya habi xleh nk cope jaga Naurah dgn keadaan dia tue. Time si kenit tue nak tido lagilah haru nanti. Tak pasal2 habi call aku soh balik pulak. Huhuh. Tp tuelah. Aku masih berfikir dgn mendalam lagi tentang benda nie. Cehh..mcm masalah beso la sgt kan. Huhuh.

Kalau tak pegi, tak best jugak x dpt nk amek gambo dgn officemates lain yg pergi. Nanti diorang semua cerita2, aku malanguk je dengar. Ahh...tak bestnya. Pastu ada officemate yg tak sabar nk jumpa dgn Naurah. Bila lagi nak bg dia jumpa Naurah klu bukan time tuh? Haihh...serba salah dibuatnya aku. Huhu. Tak sempat pulak nak baik CP habi nih. Eventho dah nk masok seminggu, horror je aku tgk blisters around his body tuh. Takde tanda2 mcm nk surut ponggg. Hebat betul penangan CP pd habi nih. Sampai niat aku nak jalan-jalan pon terpaksa ditangguhkan buat bbrp ketika. Tsk tsk. Sadis.

Apa2 pon utk bulan 12 nih, aku tertunggu-tunggu akhir bulan nie. To be exact time Xmas nnti. Sbbnya my parents ada buat kenduri kesyukuran. So dah plan nk amek cuti 2 hari utk balik kampong. Bestnya. Aku tak sabo nak tgk kitchen kabinet baru Mak. Ribu riban habis buat kitchen cabinet tuh. Kopak duit Kak Ya the sponsor. Huhuh. Secara keseluruhannya, rumah kt kg. tue dah disambung lagi. Mcm rumah panjang dh aku tgk. Pdhal mula2 cuma nak buat porch utk parking kereta jer. Last2 jd sambung rumah, buat dapur, bilik air & stor simpan barang. Haihh..macam2. Anyway dapur dah lebih selesa dr yg dulu. Dah ler mak aku tu klu anak2 balik, kejenya memasak jer seharian. Dari pagi bawak ke petang. Asek tung tang kat dapor. Suka betul dia masak. Kitorang pulak jenis suka makan. Lagilah naik syeh mak aku asek nk memasak jer. Hahah. Apa2 pon asam pedas Mak mmg yg terbaekkk!!! Hari2 mkn asam pedas mak pon x pernah jemu. Kecuali my habi. Hahaha. Yelah. Dia kan tekak org Minang. Semenyih kan dekat2 dgn negori 9. Selain loghat percakapan yg spt org negori, tekak pon asek nak masak lomak kuning jelah. Aku pulak yg naik jemu. Maklumlah tekak anak Jawa. Anak Johor. Mestilah asam pedas & masak ungkep jugak yg di cari. Huhuh. Lari topik pulak. =p

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat