My Bos

My bos not in today. Her father passed away yesterday evening. Moga roh arwah di cucuri rahmat dr Allah & di tempatkan di kalangan org2 yg beriman. Al -Fatihah.

Yesterday before she went back early around 4.30pm, dia chit chat kejap dgn aku. Tentang kronologi kisah Ayah nya start kena strok, masok hospital, gaduh2 adik beradik, sampailah kpd ptg semalam dia terima panggilan telefon dr adik lelakinya yg mengatakan Ayah nya sudah nazak & hanya tunggu masa utk 'pergi'.

Dia cerita beriya dgn aku pon sbb spttnya today kitorang ada photoshoot gambar dept. staffs utk di muatkan dlm website company. So dia nak ckp awal2 yg kemungkinan besar dia akan EL hari nie sbb psl Ayah dia tuelah. Ekceli Ayah bos nie dah divorced dgn Mak bos. Masa bos kecik lagi. So Ayah bos kawen dgn ppn lain & ada 2 org anak. Mak bos bela anak2 masa dgn Ayah bos & tak re-married sampai skrg.

My bos pon sbnrnya tak berapa rapat dgn Ayah nya nie. Kat mana Ayah  nya & keluarga tiri duduk pon dia tak tau. Cuma every year dia hantar kad raya tanda ingatan tulus ikhlas. -__-"  Adik2 tiri pon dia tak kenal.

Sbnrnya sedih nak cerita psl kisah bos dgn Ayah & family tiri dia nih. Eventho dah tak rapat dgn Ayah lagi, dah saat2 akhir hayatnya, apalah salahnya kita sebagai anak darah daging dia luangkan masa temankan kt hospital. My bos punya alasan, dah ramai org tunggu & she cannot do anything pon if stay kt sana. Sedih tak korang dengar dia ckp mcm tu? 

Aku bukan ape. Aku asek terbayang kalau Ayah aku yg berada pd situasi tuh. Kompem dah lama aku cabot & takde maknanya nk pegi keje dah. My bos nie cuti dia masih berpuluh hari oke. Apelah salahnya guna cuti2 tu & luangkan masa utk Ayah nya buat kali yg terakhir. Sekali nie je peluang yg ada. Lps2 tu tak ada dah.

Semalam ptg, kalau tak kerana 1 of the Manager cakap personally dgn dia dlm bilik soh balik jenguk Ayah nya, kompem dia hanya akan balik 5.30 lps waktu ofis tamat. Korang nampak tak betapa 'keringnya' hati bos aku neh. Sedih oke! Aku bayangkan anak aku sok buat mcm tu kt aku. Huuuu...giler sedih wo.

Dan tentang dia cuti hari nie, my company mmg bagi compassionate leave pd pekerja yg kematian ahli keluarga terdekat. 2 days dgn syarat bagi copy sijil kematian pd HR after coming back to work. My bos ckp maybe dia hanya akan ambil EL for today, which means tolak annual leave dia. Tak ambil compassionate leave 2 hari tue kalau leceh2 sgt nk mintak copy sijil kematian pd keluarga tiri yg pastinya akan menguruskan segala proses selepas kematian Ayah nya.

So aku sbnrnya tgh tunggu panggilan drp dia tentang status bekerjanya esok. Klu dia cuti, baguslah. Klu dia datang, aku tak tau dah nak ckp ape. Surrender beb! Esok sbnrnya ada staff meeting for my dept. plus nk celebrate Dec babies. Takdelah penting sgt sebenarnya. Boleh je postpone ke tarikh yg lain. Tp mengenali my bos for 5 years already, I bet she will come to work 2moro. She's a workaholic person. Dia takde anak. So dunia luarnya cuma kerja, kerja, kerja. Aku hrp andaian aku ttg dia masuk kerja esok adalah SALAH.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat