Senang Vs Susah

Dugaan Allah ada macam-macam bentuk. Ada ujian berbentuk kekurangan, kesusahan & penderitaan. Ada juga ujian yg berbentuk kesenangan spt kekayaan, kelebihan & kebahagiaan. Antara 2 ujian nie, korang rasa yang mana lebih susah or mencabar. Or dgn kata lain, paling senang utk manusia tewas?

Kalau tanya aku, jawapan aku tentunya ujian berbentuk kesenangan. Sbbnya ramai manusia yg tak tahu bhw segala kesenangan yg dia dapat sbnrnya merupakan satu ujian dari Allah utk mengukur tahap keimanan kita pada-Nya.

Bila kita senang, we tend to forget about Allah. Lupa diri, riak, sombong, semua sifat2 yg tak baik senang nak menonjolkan diri. Kita leka dgn kebahagiaan yg kita kecapi. Ralit dengan permainan dunia. Leka dgn suami, anak-anak, keluarga. Kita nak enjoy life to the fullest.

Sedangkan klu Allah uji kita dgn ujian berbentuk kesusahan. Pada siapa lagi kita nak mengadu segala penderitaan? Kepada Allah jugalah kita mengadu. Kepada Dia lah kita mohon pertolongan moga diberikan kebahagiaan. 

Tapi ada ke org yg pilih hidup susah utk sentiasa ingat pd Allah? Mana ada. Semuanya nak hidup senang. Agak-agaknya kat dunia nie org yg hidup senang ker org yg hidup susah lagi banyak? Rasanya org yg hidup senang lagi banyak kot.  

Maka sekali-sekala Allah uji org2 yg hidup senang dgn sedikit kesusahan, itu tandanya Allah suruh kita ingat pada Dia. Kita dah lupa pada-Nya sbb sllu sgt hidup senang. Itu pon masih lagi kite nak mengeluh bila di uji. Ape nak jadi lah kan. Manusia mmg mudah lupa.

Susahnya hidup kat dunia.....susahnya nak menggapai Syurga...senangnya nak terjerumus ke Neraka....haihh

Popular Posts