1 Month B4 1 Year

Today is 18th and Naurah is officially turns to 11 months =)

Lagi sebulan jer lagi nak hilang perkataan bulan di belakang usia Naurah. Berganti dengan tahun & diikuti dengan bulan pulak. I'm so excited =) Sudah besar anak Ibu. Tiba2 teringat pulak masa dia kecik2 tak tahu ape dulu. Baek jer baring senyap-senyap sambil tangan menerawang ke udara. So sweet =)

Cube tengok sekarang. Mak aihhhh. Punyelah lasak merangkak ke sana ke mari. Panjat semua benda yg boleh di panjat. Masuk mulut semua benda yg boleh di masuk. Poneng kepale mak!

Err...selain dr dah pandai berdiri sendiri, kebolehan terbaru Naurah ialah menunjuk segala apa yg dia nak. Contoh mcm tgh dukung dia, then dia tunjuk remote control kipas. Itu bermakna dia nak main benda alah tue. Buat masa nie aku ikut jelah ape yg dia nak. Sebab dia belum pernah tunjuk pisau, gunting or yg seangkatan dgnnya lagi. Hahah.

Sama jugak kalau dia nak pergi mana-mana. Dia tunjuk aje dgn jari telunjuk comel dia tue. Aku rasa sbb aku sllu tunjuk apa-apa pon spy dia tgk. Tu yg dia pon dok ikot tunjuk2 tue. Kalau dia tunjuk jgk birds yg terbang kat atas. Aku taktau nak buat mcm mane spy Naurah boleh ikot terbang. Hehehe =B

Tentang sambutan birthday Naurah, belum ada kata putus lagi. But most likely we just celebrate among of us. Beli kek, amek gambar, bagi goodie bags kat budak2 nursery & makan2 with PIL & closest relatives. Mana-mana jelah. Yang penting ada gambar kenang-kenangan utk Naurah in future. Insyallah =)

Sekarang naik troli macam nie pulak -__-
I'm a big girl already lah Ibu....
Ok. Ibu tau dah besar. Tapi tolong Ibu jgn jd mcm org dlm tv tu k!! =B

Popular Posts