Blogger Mommas@fb

Susah betol nak menahan nafsu pagi-pagi untuk tidak cabot intenet connection opis & tukar dgn usb internet wireless. Sgt sgt sgtttt susah oke! Apetah lagi bile teringat-ingat kemeriahan group Blogger Momma (BM) di FB tempoh hari. Cam tak sabo-sabo nk masok & join the chats or sesi berkenalan antara 1 sama lain.

Kudos to Ann Ibu Kaisya yang telah meng'create' group BM nih. Sgt pantas & tuntas dia membuatnya. Hehe. Masa mula2 masok BM nih, okay lagi lah. Ramai jugak yang kenal. Chit chat macam biasa sbb dah lama berinteraksi dlm dunia blog. Tp dah lama2 bila makin ramai blogger momma yg di invite, rasanya sudah byk yg tidak ku kenal dr yg dikenali. Aisehhh...jadi nerbes gitu. Teros cam tersipu-sipu malu. Huhuh...

Bila dah makin ramai BM yg joined, traffic FB dah mcm haram da aku tengok. Ntah bape kali aku terpaksa pangkah internet browser & masok semula gara-gara traffic comments yg tak berhenti-henti masok. Tak terkejar internet dgn kerakusan penaipan by all blogger mommas. Kekeke. Berpinar-pinar mata aku baca komen yg bersilih ganti. Pusing ooo jadinya. Sikit lg nak muntah ijo. Hahaha.

Itulah penangannya bila blogger mommas semua berkumpul dlm 1 group di FB. Mana tak havoc jadinye bile buat gathering. Dengan keletah anak masing-masing yg tgh excited meng'explore' dunia, tak sempat rasanya nak jadi penyegan & malu-malu. Belasah jelah samada dh lama kenal ke belum pernah kenal ker. Lantak pi. Yang penting kite semua happy melayan karenah anak sendiri & anak orang. 

Selain melayan buragas Naurah, aku tak sabo gak nak usik-usik anak bloggers yang lain. Aku nak tengok keletah babies yg lain pulak. Mana tahu boleh nampak perbezaan character samada anak aku nie agak 'alien' or sbnrnya babies mmg mcm tue. Miahaha. Ayat tak hengat ibu ko nie Naurah....keh kehhh =p

I'm soooo looking forward to meet all blogger mommas & the family. Aku harap Splash Park, The Mines tak runtuh on Sunday the 13th nanti. Peace ^__^

Ade lagi ke orang nak jumpe dgn kite Ibu??? Entah la Naurah.....huhuh

Popular Posts