Haihh...

Ntah hape kena dgn aku pagi tadi. Yer. Pagi tadi ketika jarum jam pendek menunjuk ke angka 2 & yg pjg menunjuk ke angka 6. Tup tup mata aku membulat takmo lena. Naurah & habi punyelah syok tido sampai tak bergerak lansong. Aku pulak yg terkebil-kebil mata mcm mata cicak tensen tak dpt tangkap kelkatu.

Guling punya guling sebelah Naurah, tammo lena jugak. Turun bawah, menyelit sebelah habi. Cilok selimut nipis dia sekali. Bajet boleh tido dgn berpelukan. Malangnya mata tammo lena jugak. Kejap peluk habi, kejap kang membelakangkan dia, kejap kang terlentang. Habi siap tepuk2 mcm gaya nak menidokan Naurah. Mule2 mcm layan khayal jugak. Sikit lagi nak terlelap, habi berhenti tepuk. Terus mata membuntang semula. -__-

Last2 naik balik atas katil. Kacau Naurah la pulak. Giler nyenyak dia tido mlm tadi. Takde ngek ngok lansong. Pelok2 Naurah pulak. Pegang2 kaki dia. Last2 dia mengeliat & merengek nak susu. Bagi susu pastu tukar diaper. Naurah tido lena semula, aku terkebil-kebil semula. Tgk jam dah 4 pagi. Haihhh...

Tak lama lepas tu aku tertido. 5.30 bangun sbb Naurah nak susu lagi. Tgh tido2 ayam, Naurah dah bangun pukul 6. Ajak main2 suda. Alarm henpon habi pon berbunyi. Semua org pon bangun. Main2 kejap dgn Naurah, habi pon turun bawah sapu rumah. Lepas kemas bilik, aku & Naurah pon turun bawah teman habi sidai baju pulak. Bersiap & the end.

Smpi opis dpt emel bos soh represent dept.pegi dgr briefing psl recycle bin 3.30 petang nnti kt big boardroom. Ok. Noted.

Popular Posts