Cerita Ceriti

I love both of them so much =)

Ade ke yang tertunggu-tunggu entry aku nih? Keh kehh. Perasan suda pagi-pagi yg dah nak masok tengahari nih. Sejuk betol kaki aku skrg nie. Kat luar gerimis. Kat dalam aircond. Of kosh la sejuk lain mcm sket kan. Sudah ler sejak petang Sabtu hujan membawa ke pagi Isnin nih. Musim hujan. Overall: SEJUK.

Jumaat lepas aku EL daaa. Thats y no entry from me. Pagi Jumaat bangun tido aku rasa badan Naurah panas. Dahi pon panas jugak. Aku kire demam baru nak menjadi nih. Sbb malam tadi ok jer dia. So teros decide EL sbb taknak demam dia melarat. Habi je yg pegi keje sbb dia ade commitment lain.

So pagi2 dah bagi Naurah ubat demam perisa oren. Tengahari & petang.  3 kali bg ubat demam, malamnya aku rasa badan dia dah normal. Syukur Alhamdulillah =) Tak sia-sia aku korbankan cuti utk menjaga anak yg sakit. Terbantut demam Naurah di sebabkan tindakan pantas aku bg dia makan ubat demam tuh. Puas hati aku walaupon ade dengar cerita2 kurang best ttg bos bile aku EL hari tue. Lantak pi. Ade aku kesah? Priority aku dari dulu, kini & selamanya adalah family. Takde sape boleh ubah pendirian itu dari aku. Huhuh =p

Pagi Sabtu, Naurah sihat macam biasa. Tengahari g Giant membawa ke Mydin Nilai seterusnya ke Mydin Kota Seriemas. Gara-gara mencari diapers brand Pampers. Eventho kt Seri Emas ada brand yg di cari, saiz M sudah kehabisan. Nak taknak beli jelah brand Huggies. Brand Drypers mmg dah kene banned oleh kami. Sudahlah bermasalah dgn pelekat, bocor pulak tue bile heavy flow. Habi tak puas hati lansong. Udah ler mahal katanya, takde kualiti pulak. Syukur Huggies dah tak keras sgt mcm dulu. So sementara Pampers masih takde stok, beralih la kami pd Huggies.

Petang Sabtu habi mintak izin nak pergi tgk bola kt Stadium Shah Alam. Selangor Vs Kelantan: Piala Sumbangsih. Spt yg korang tau, aku dgn habi nie ibarat kembar tak seiras. Hehe. Aku mmg tak suka kalo dia tak ada depan mata aku. Tolak waktu keje lah kan =p Begitulah kebergantungan aku pd habi. Semaksima yg boleh aku 'gunakan' dia. Kalo buah oren, boleh kata kering kontang airnya di perah dek aku. Satu titis pon dah tak dpt keluar lg. Miahaha.

Tp aku bukanlah kejam sgt dgn habi. Masih lg cita2 nak jd isteri solehah. So sekali sekala dia nak berjimba dgn kawan2, aku ok jer. Kesian sbb dia dah jlnkan tggjwb sbg suami dgn tip top. So sesekali nak berehat, bagi jelah. Since Naurah pon dah agak beso & senang di jaga, aku takdelah berat hati sgt nk lepaskn habi. Dah lama dia korbankan masa utk tumpu pd keluarga. Tak sampai hati nk ckp tak boleh bile dia nk kuar dgn kwn2 lama. Setahun 3-4 kali aku consider la bg dia pegi berjimba. Hahahha. Tak boleh byk2 kali. Bahaya. =B

Berdua dgn Naurah pd waktu malam, overall ok jer. Naurah behave =) Syok main2 dgn dia. Mcm tau je Ayah takde, dia tak byk karenah. Cuma bile aku called Mak kt kampong kata aku tinggal berdua je dgn Naurah, mak buat aku seram sikit. Dia tanya ' tak takot ke tinggal ber-2 je?'. Cettt. Dr aku tak rasa apa2, dah jadi seram pulak mak tanya mcm tue -__- Tp kejap jer. Dah main2 ngn Naurah, lama2 lupe pulak nak seram. Hehehe...

Semalam penat jugak. G kenduri kawen kat Kg. Pandan pastu terus ke Low Yatt. Habi jadi penasihat pd kazen nye yg nak beli notebook. Pukul 7 ptg baru sampai rumah. KL jammed. Biaselah kt area Bukit Bintang tu kan. Hujan pulak tue. Overall: PENAT. The End.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat