Naurah at 10 months+


Takde motif pon letak gambo Naurah besar bagak nih. Ntah nape rasa mcm dah lama tak tepek gambo dia. Kesian anak aku. Huhuh. Agak lama jugak tak capture gambar dia by henfon. Ntah nape cam malas pulak. Tak boleh dibiarkan nih kemalasan berterusan melanda diri. Bahaya. Penyakit paling kronik. Satu benda pon tak jalan klu di layan penyakit nih.

Dah lama tak update ttg milestones Naurah. Fizikal development dia masih lebih kurang sama mcm dulu. Tak berani lagi nak berdiri without support. Berjalan apetah lagi kan. Hehe. Perkembangan otak jelah yg semakin menampakkan kebijakkan dia. Bila nampak bantal bushuk dia sllu buat tido tu, pandai dia baring atas tue. Aku tepuk2 je bantal tue, dia datang la merangkak. Pastu baring. Guling2 buat muke comel. Geram tengok. Huhuh. Bila aku cakap ' good girl' or 'clever girl', pandai pulak dia tepuk tangan dia sendiri =)

Banyak dah yg dia faham bila kita bercakap dgn dia. Cuma dia tak pandai cakap balik jer. Dok abuuu....abaaa...maakkk.....baba.....itu jelah yg dia selalu ngomel. Kdg2 tergelak-gelak dgn habi bile dia sebut ntah hape-hape. Lawak giler. Kat nursery pengasuh ajar dia buat flying kiss. Tapi dia bkn buat flying kiss. Dia dok sebut aaaaaaaaaaaa...pastu tepuk2 tgn dia byk2 kali kat mulut. Habis bersenyeh muka dia dgn air liur. Kah kahhh. Mangsa tempat mengesat air liur - Ibu jugakkk. Haihhh...

Satu aku paling suka. Naurah suka kiss pipi aku. Tak selalu. Tp klu dia buat, mmg byk kali. Kdg2 siap boleh rasa lidah dia. Geli mak! Heheh. Kdg2 aku cuak jgk sbb boleh jd dia nak gigit aku dgn gigi kapak dia tuh. Bahaya wo. Bahu aku dah bape kali jd mangsa kene geget. Tgh sedap2 dukung, digigit pulak. Bila aku ckp 'Naurah janganlah gigit Ibu....sakit tau!'. Dia menyengih tunjuk gigi sampai mata sepet. Sabo jelah.

Jumaat lepas pergi Giant Nilai kejap. Singgah kedai roti Kings kt dlm tue. Tgh tggu habi q nk membayar, aku dengar bising2 org gelak dr dlm dapur. Dapur diorang kan transparent. Boleh nampak dr luar diorang dok uli doh tu. Bila aku toleh, rupanya diorang dok gelakkan Naurah yg aku tgh dukung. Rupanya si kenit tue dok buat mulut 'uuuu..' dia tu sambil angkat2 kening pd bdk2 laki tu semua. Lepas tu buat muncung itik dia tue. Mane tak diorang semua tergelak tengok. Bila dah nak blah aku suruh Naurah lambai. Nak pulak dia buat. Bdk2 laki tu pon semua lambai dia sambil ckp 'bye'.

Tp anak aku nie jinak2 merpati. Jauh2 dia suka melayan org buat memek muka mcm2. Dekat2 nk dtg amek, dia lentok la kepala kt bahu aku tanda taknak di ambil. Mmg buat org geram jer. Huhuh.

Popular Posts