Naurah at 11months+

Ralit dengar azan Maghrib sambil makan baby bites perisa banana
Hampir 2 weeks jugaklah aku missed snap gambo Naurah with my henpon. Malam tadi tanpa berlengah teros amek henpon dalam handbag & snap gambo di atas. Kemalasan tidak boleh dibiarkan bermaharaja lela.

Naurah lately malas betul nak asah skill berjalan dia. Nak tengok dia berdiri sendiri pon susah. Dapat selangkah dua, teros dia jatuhkan badan. Pastu ikot mood dia pulak tu. Kalo dia taknak buat, kite nak dirikan dia pon di lembikkan badannya. Sabo jelah -__-

Kalo aku pegang tangan dia ke atas suruh dia berjalan, kejap je dia dah malas nk buat. Lembikkan badan & cepat2 merangkak dgn sepenuh kelajuan. Kalo panjat tangga rumah bukan main suke lagi. Nak berjalan nie dia malas betol. Tak best ke berjalan sendiri Naurah? Huhuh. Tp aku malas nk paksa dia buat apa yg dia taknak buat. Tiba masanya aku yakin dia akan berjalan jugak. 

Mcm kes berdiri hari tue jugak. Tiba-tiba je dia pandai buat sendiri. So biar jelah skill tu naturally datang. Ibu  & Ayah ajak prektis sikit-sikit suda. Kesian pulak nk pressure bdk kecik soh dia  buat apa yg kite nak kann? Ibu & Ayah akan selalu bg support pd Naurah. Jgn pressure yer nak! Hihi...

Skrg mulut si kecik nie bukan main becok lagi. Pastu kkdg cakap kuat giler. Satu taman boleh dengar. Hehe. Ok yg ini Ibu mmg exaggerate =B Perkataan feberet dia skrg adalah ' Ape' & 'Aben'.

Kelakar bile kite panggil nama dia ' Naurah!!' pastu dia balas ' Ape?'
Macam dah pandai cakap pulak yerr. Kekeke. Lawak la ko nie Naurah...

If dulu dia suka kiss pipi aku bila balik keje. Skrg bukan kiss tau. Skrg dia tiup sampai berbunyik kt pipi aku tuh. Pastu dia gelak. Gaya macam nak buli aku la tue. Sbbnya aku suke tiup perut dia sampai berbunyik mcm tue. Tak dapat perot aku, pipi aku di buatnye. Pandai ko yerrr.....

Kalo dia makan beskot lak, aku suke jugak mintak sikit. Nak tgk la anak aku nie kedekut ke tak kan.  Hehe. Selalunya dia akan bagi. Siap suap kat mulut aku lagi. Tp mula2 tu mesti dia sua beskot tu mcm nak bagi, kite nak amek jer, teros dia tarik balik. 2-3 kali dia akan buat mcm tue. Pastu dia sengih. Ko main-mainkan Ibu yer Naurah.....takpe....takpe....-__-

Malam tadi pukul 2 pagi Naurah buat aku tergelak. Naurah klu tido depan tv, aku alas dgn comforter comel dia tuh. Comforter tu ada gambo elephant, zebra, giraffe, butterfly & trees. Naurah selalu tunjuk satu-satu semua benda tue & aku akan ckp apa benda yg dia tunjuk tue. 

Ntah nape lepas aku bg dia menom susu, mata dia aku tgk terbuka luas. Lepas dia cabot botol susu dr mulut, tiba2 dia duduk pastu dlm gelap yg samar-samar tu boleh pulak tiba2 dia tunjuk satu persatu gambo atas comforter dia tue. Adehhh..pukul 2 pagi ko buat pe'el mcm tue Naurah?. Tergelak kejap aku. Tp aku sebut jugaklah nama menatang2 yg dia tunjuk tue. Kesian pulak kalo x layan. Huhuh =p

Skrg kalo dukung dia, asek nak kene ikot apa yg dia tunjuk aje. Semua benda dia nak tunjuk. Kalo nk jalan2 kat luar rumah, dia akn tunjuk keluar. Kalo nk pegi dapor, dia akn tunjuk dapor. Penat jugak melayan kdg2 tuh. Seb baek dia tak kisah sgt kalo kite tak ikot tunjukkan dia tue. Cuma aku jarang la nk hampakan apa yg dia nak tue. Kesian pulak rasanya. Selagi dia tak tunjuk benda yg mustahil utk aku bagi, layankan jelah.

Dan ada 1 lagi tentang Naurah yg aku suka. Bila orang tanya ' Siapa or Mana Naurah?'. Dia akan tunjuk diri dia sendiri. Tepuk-tepuk dada tunjuk yg dia lah budak yg bernama Naurah =) Ini di ajar by my MIL.

Makan sambil tengok tv best ker Naurah??
Overall aku puas hati dengan perkembangan Naurah. Eventho dia masih belom pandai berjalan, tapi otak dia menunjukkan perkembangan yg memberansangkan. Kalau kita ajar sesuatu, dia memang cepat tangkap. Kalau tak ajar pon dia belajar dari apa yg dia nampak. Contohnya dia tahu skaf rambut tu letaknya di atas kepala. Dapat je skaf aku, teros dia nak pakai mcm yg aku pakai.

Naurah pon tahu buku tu utk di baca. Maybe sbb dia selalu nampak aku membaca. So dia takdelah nak koyak-koyakkan kalo dapat buku. Dia selak-selak jelah selalunya. Cuma kdg2 dia ramas pulak Habis pulak renyuk huhu. Tp mmg tak koyak la. Cuma kertas, yesss. Dia akan koyak. Buku, tidak.

Budak2 kecik nie mmg cepat tangkap lah. Aku harap hobi membaca aku dapat di perturunkan pd Naurah jugak. Ibu bapa kan contoh utama bg anak-anak. So aku kalo boleh nak tunjukkan benda yg baik-baik jer pd Naurah. Hrp dah beso dia ikot. Biar dia tengok kami solat, baca Quran, kemas rumah, memasak, siram pokok bunga & mcm2 lagi aktiviti yg bermanfaat. 

Mmg aku suka sertakan Naurah dlm stp apa yg aku buat. Memanglah leceh sikit sbb dia selalu kacau apa kite buat kan? Tp klu dgn cara tu dia boleh jd insan yg berguna, apa salahnya kita susah sikit kan? Org kata susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Insyallah =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat