Naurah & Skin Probs

Okeh. Hari nie aku nak share dgn korang tentang perjumpaan Naurah dgn Doc Md Noh pd Sabtu lepas. Doc Md Noh nie seorang pakar kulit (dermatologist) di sebuah klinik di Jalan TAR, KL. Aku rasa doc nie mmg super femes di kalangan org-org KL & sekitar kawasan. Terkenal dr segi kepakaran dia lahh. Dengar cerita klinik dia nie pon dah lama bertapak kat situ. Dari awal tahun 90-an lagi aku dah pernah baca tentang dia. Which means dia mmg dermatologist yg bagus lah kott kt Msia nie. Wallahualam.

Spt yg sedia maklum, anak dara aku sorang tue sangatlah sensitif kulitnya. Maklomlahh, mewarisi gen alergi belah Ayah dia. Seb baek kulit putih bersih ikot aku. Heheh. Sempat lagi nak nyelit puji diri sendiri. Akan tetapi bila di fikir berulang kali, baik kulit gelap tapi sihat walafiat. Aku rasa aku prefer mcm tue. Sbb keadaan Naurah klu di lihat skrg, sgtlah timbul rasa kasihan yg amat mendalam. Terseksa jiwa & raga aku sbg Ibu yg dok tengok hari-hari kulit yg cerah itu di tumbuhi biji-biji merah & mengelupas.

Malam-malam anak merengek bangun sambil tergaru-garu kegatalan tahap maksima. Dan aku sbg seorg Ibu tak mampu membuat apa-apa. Cuma boleh tumpang susah hati & cuba melakukan apa saja spy anak tenang & kembali lena. Sgt sedih oke! Kegatalan yg Naurah alami adlh maha hebat. Sampai luka-luka berdarah di garunya. Hati ibu bapa mana yang tak sedih tengok anak terseksa in that way. So kpd anda-anda yg merasakan kulit anak yg gelap itu satu kekurangan pd dirinya, sila fikir kembali & ubah persepsi anda. Bersyukurlah krn sekurang-kurangnya kulit anak anda sihat & mudah di jaga.

Kulit Naurah memerlukan penjagaan yg sgt rapi utk kelihatan sihat. Kalau tak sapu pelembab, kulit jadi kering & biji-biji merah akan segera memunculkan dirinya. Baik di muka waima di seluruh badan. Losyen badan & mandian bukan boleh pakai yg berharga cikai-cikai. Bayangkanlah Seba Med yg orang kata sudah cukup bagus & mahal itu pon tidak berapa sesuai dgn kulit Naurah. Kami terpaksa tukar kepada Cetaphil yg cecair mandiannya 50ml sudah hampir mencecah RM50. Begitu juga dgn harga lotion badan & mukanya. Hebat tak?

Sekali lagi, silalah bersyukur sekiranya anak anda hanya memerlukan Seba Med utk di rawat kulitnya. At least tak perlu pakai Cetaphil mcm Naurah -__- Dan kalau org lain boleh suka-suka hati pakai diapers yg agak ekonomi utk anak mereka, ia sama sekali tdk boleh di aplikasikan pd Naurah. Dia sgt rasi dgn diapers brand Pampers. Malangnya di Mydin sudah out of stock & kami tak mampu nk beli kt pasaraya besar yg harganya mencecah RM40+. Gilo. Jenama Pet Pet, rashes timbul. Jenama Drypers, masalah pelekat. Jenama Huggies, pelipat merah sbb keras. Buntu dah nak try jenama ape. Sila jgn suruh try Mami Pokok -__-

Oklah. Malas dah nak cerita kesusahan kami. Yang pentingnya skrg nie, di harap ubat-ubat yg Doc Md. Noh bekalkan utk Naurah mujarab. Masa kitorang sampai kat klinik dia around 10.30am lepas, org dah ramai menunggu giliran okeh! Kami dpt No.30. Femes tak femes lah kan Doc Md Noh nie. 2 jam menunggu, tibalah giliran Naurah. Sekali masok, Doc Md Noh nie scr amnya kita nampak mcm YB. Hahaha. Gaya dia lah. Siap bwk keluar kanta besar nak tengok keadaan kulit Naurah. Berlampu wo kanta tue. Hebattt! Kagum kejap aku & habi  Kejap je dia dah tahu apa masalahnya.

Plus dia tanya jugaklah if one of us ada masalah asma/resdung/alergi. Teros la habi mengaku. Seb baek ngaku. Kalo tak aku dah plan nak cekik dia dlm kete nanti. Hahaha. Bila doc dengar kami ckp Naurah ddk nursery, lagilah dia geleng kepala. Nak buat camne doc? Itu je pilihan yg kami ada. Bab kebersihan, secara luarannya nampak ok jer. Tp kuman kecik2 tu manalah kami nak nampak doc. Nak tuding jari pd nursery  saje pon tak elok jugak. Entah2 rumah kami yg nampak selalu bersih tu jd puncanya. Who knows?

So pedulikan sajalah dari mana datangnya kuman jahat itu, skrg kita amek langkah rawat & cegah. Skrg Naurah dlm proses rawatan. So far so good. Sudah nampak kesan pemulihan. Sudah kurang aktiviti garu-menggaru. Dan mulai hari ini, Naurah akan pakai sarung kaki semula di nursery. Baju pon banyak bagi yg menutup keseluruhan badan. Takde seksi2 dah yer Naurah. Takpelah panas sikit, yg penting kulit elok. Sihat. Ibu, Ayah, Wan & Atok semua doakan kesihatan Naurah. Cepat sembuh ye sayang...

Ubat Naurah ada macam2 jenis krim. Ada yg sapu sekali seminggu. Ada yg sapu siang & yg malam saje. Harapnya ubat2 nie rasi dgn Naurah. Kos jumpa pakar kulit adlh RM305. We try our best to give the best for you, Naurah. Takpelah berhabis duit asalkan kamu sihat walafiat & ceria spt kanak2 lain. Insyallah, amin. Kudos to my PIL yg banyak membantu dari segala segi. Untung Naurah jd cucu sulung belah habi. You are blessed with lots of nice & good peoples around you, my dear. Alhamdulillah =)

Lepas g klinik, sesi berjimba di SOGO ^__^ Ibu beli 3 helai blouse, Ayah beli 2 seluar keje & Naurah dapat 3 helai baju baru. Thanks to my PIL yg sudi belanja kami 3 beranak (yg hampir muflis) ini =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat