Terminum Minyak Tanah?

 
Aku lupe nak share cerita dengan korang tentang one of cleaner kat opis aku nih. Nama dia Kak Ana. Sejak aku masok keje kat sini dia mmg dah ada. Lama dah dia keje dgn hotel sebelah  opis nie. Takdelah tua mane. Dalam 30-an gitulah. Baik orangnya. Kdg2 tu ade jugak chit chat sikit2 dgn dia. So kira kenal gitu-gitu jelah. Buat ramah-ramah buat kawan =)

Satu hari tu aku noticed agak lama tak nampak Kak Ana dtg dept. aku amek sampah or vacuum carpet. So aku tanyalah pd tea lady my company nih. Dia kata Kak Ana cuti sakit. Lorrr..ye kerr? Tak tau pulak aku. Tp sakit apa tak tahu pulak si tea lady nih. So aku pon tak tanya apa2 lg dah lepas tue.

Selang bbrp hari masa aku kat Surau, aku dah habis solat. Toleh belakang je nampak la Kak Ana nih tengah nak pakai telekung. Teros lah aku cakap dgn dia ' lama tak nampak Kak Ana.dah sihat ker'. So Kak Ana pon jawablah ' akak cuti seminggu. anak sakit'. Lorr...anak yg sakit. Bukan dia yang sakit. Wrong info la tea lady tu bagi aku. Keh kehhh =p

So aku tanya lah lagi ' anak sakit ape kak?'. Kak Ana ckp ' dia terminum minyak tanah'. Aku pon 'haaaaaahhhhh????? minum minyak tanah???? camne boleh jd mcm tu pulak???'.

Kak Ana pon ceritalah yg anak dia pegi main-main dekat rumah kawan dia. Anak dia nie berusia 5 tahun, perempuan. Pastu tuan rumah sua air jemput minum. So anak Kak Ana nie pon minumlah dgn innocentnya. Lepas je minum terus muntah-muntah & lembik. Rupanya tuan rumah tak perasan air yg dia tuang nk bg minum tu minyak tanah. Bisa???

Yang aku pelik tue, takkanlah masa tuang dalam cawan tue tak bau ehhh??? Bukan ke minyak tanah tu kuat baunya?? Giler musykil aku sampai skrg. Bila aku ckp dgn Kak Ana mcm tue, dia pon tak tahu nak cakap ape. Alhamdulillah anak Kak Ana dah sihat semula. Umurnya masih panjang. Syukur. Kalo tak terjadilah 1 tragedi yg menyayat hati dlm keluarga Kak Ana. Nauzubillahi min zalik.

Mcm mane siot boleh campur botol isi minyak tanah dgn air minum biasa? Mmg keje gile betol. Bila aku tau cerita Kak Ana nih, serta merta ingatan aku terbang pd Naurah. Ya Allah, lindungilah anakku dari sebarang bencana & malapetaka. Amin ya rabbal alamin.

Popular Posts