2nd Gathering (Sabtu) - Splash Park, The Mines

Adehh. Aku kalo dah pagi2 masok FB, mmg liat sungguh nak update blog. Tp hati wa sudah tak bleh tahan maa. Mau tgk gambo2 masa 2nd Gathering at Splash Park (SP), The Mines hari tue. Waima yg datang hari Sabtu mahupun Ahad. Dua2 aku tak sabo nak terjah.

Honestly aku terkejut sket sbb ingatkan hari Ahad lagi ramai bloggers yg datang. Rupanya ramai yg hari Sabtu lagi. Maybe sbb last minute yg kata nk datang Ahad ada urusan masing2. Nak buat mcm mane kan? Kalo tak hal kite, hal suami pulak. So kene tolak ansur la di situ. Tp takpe, Insyallah 3rd gathering akan menyusul tidak lama lagi. Yang ini kena tanya Nurul & Dayu sbb diorang ketua & penolong ketua. Dengar ceritanya nak naik Genting pulak. Yuhuhu. Syok wehhh kalo jadi =D

Ann, Jue, Nurul, Hannah, kawan Nurul, Jue No.2, Aku, Mai. Duduk depan: Chem, Raihan & Yun.





Ok bercerita ttg 2nd gath kat SP hari tue lah yer. Aku sampai kat SP pukul 4.15 petang. Orang pertama sekali aku nampak ialah Chempaka@Chem. Ye yeyy. Sgt excited aku nampak dia. Ntah nape dgn Chem nie pon aku rasa closed eventho dia jarang2 update blog. Hehe. Husband dia sama mcm dlm gambo kt blog. Tp lebih hensem di luar kot. Ahahah. Jgn marah Chem. Aku puji takde makna apa2 pon. Hahaha. Or bermakna ko adlh insan yg bertuah =D (tp aku cam serba salah sbb habi ko pandang aku cam dlm hati kata, 'ehh minah nie apasal hepi lebih2 sgt nie?mulut pot pet..ntah hape2...') Kui kui..

Afham, Naurah, Hayfa & Aishah (& Chem)
Jue, Aku & Chem. Tgk Aishah tue. Dok cak2 lak ngn mak dia. Huhuh..

Chem pulak aku ingat lebih tinggi. Tp dia rendah dari aku rupanya. Dan Aishah Umairah. Heee. Dak kecik nie mmg buat aku jeles sgt2 kat Chem. Aishah adlh sgt peramah budaknya oke! Sgt sweet & happy go lucky. Byk kali aku cubit pipi tembam dia tue. Puas hati aku. Hahaha. Tp dia mmg tak kisah pon. Asek senyum2, gelak2, cakap2. Wohh, ko sgt bertuah Chem dpt anak yg sgt mesra alam.Takyah riso2 psl yg dalam perut tue nanti. Insyallah penerimaan Aishah adlh sgt baik nnti =)

Tgh sebok2 sembang ngn Chem & adored Aishah Umairah, aku nampak si kurus nie tiba2 masok. Hahaha. Tak lain tak bukan si Ann yg nampak kelam kabut mengejar si Kaisya. Ann juga aku bayangkan lebih tinggi dr realitinya. Bab kurus jer mmg tepat. Sempat aku pandang tangan kurus Ann & nampak betapa tulangnya dia. Jgn marah Ann. Aku tulis jujur jer nie. Tak maksud apa2 yg buruk =p

Kaisya & kepala Naurah. Hahaha...
Sexy back...ahahaha...=p
Tp Kaisya mmg nampak hyper sungguh. Maksud aku aktif ke sana ke mari. Kesian aku tgk Ann ke hulu hilir kejar si anak dara. Patot la ko kurus Ann. Hehe. Nie laki ko kursus lama, lagi la pengsan. Macam2 lak aku fikir. Huhuh. Apa2 pon hepi akhirnya bersua muka dgn Ann. I like =)

Emm, pastu datanglah sorang demi sorang like my biras Mai with Hayfa, Jue with Marissa  (jiran taman kami kt Salak Tinggi rupanya huhuh) & Raihan with Afham Aku yakin Nurul yang invite Mai datang. Aku boleh lupe nk ajak dia. Habi aku je yg ada no.fon kazen dia Ijad @ habi Mai. Aku xde pon no.fon Mai. Bisa? Laki aku dah jumpe kazen dia teros lupa diri. Yo yo bawak camera DSLR tp dok wat gantung kt leher jer. Sabo jelah aku. Teros aku mintak camera dia & shoot gambo Naurah & the rest. Haihh...Ibu jugak yg best kan Naurah? =B

Jue & Marissa yg sgt cute. Jiran taman kitorang. Huhu.

Raihan & Afham mmg jadi tumpuan sbb hero tak ramai. Jue & Aliff pon sama. Afham & Aliff. Dua2 pon hero yg sweet. Mata pon masing2 tak boleh blah. Afham dgn trademark hero Hong Kong. Aliff pulak si mata kuyu, bulu mata lentik yg sgt menggoda. Aku main2 dgn dia, cubit2 pipi, dia senyum tue perghhhh...cair hati anT. Seb baek kecik lagi. Kalo tak menangis la uncle. Hahaha. Dia senyum sikit jer tapi menggoda u! I like =)

Jue & Aliff
Afham & Naurah

Hannah & Myiesha. Mett nampak exactly the same like in the pics. Nampak serius sket orangnye. Hehe. Hannah lebih rendah than I imagined. Petite & slim. She's so sweet. Sama mcm anaknya Myiesha. Suke sgt dapat kissed Myiesha & main2 rambut dia yg lembut & springy tue. Myiesha jg nampak sgt manja dgn Hannah. Geram tengok. Huhuh. Hannah atr bloggers yg aku nk sgt jumpe. Dah tercapai dah impian =D

Adorable isn't she? Myiesha & kaki Hannah =B
Myiesha tgh test air sejuk ke suam. Hehe. Naurah ntah hape keje tunjuk air yg jatuh ke bawah. Kekeke. Belasah jelah naakk...
Oo anT ketawakan baju sepsi saye yerr??? kata Naurah pd Hannah. Myiesha tengok atas, alamak mommy, dah mendung lahhh...kekeke...

Yun & Mya tiba2 masok dlm picture. Hahaha. Serius aku cam terpinga-pinga sket. Sbb masa tu cam tgh blur2 jumpe dgn ramai orang. Mya sedap jer landing dalm stroller syok hisap pacifier. Yun bukak jer penutup stroller, teros aku snap gambo dia. Heheh. So sweet. Mya adlh sgt nak melekap dgn Yun. Cam Naurah masa mula2 sampai jugak. Tak biasa dgn org tak kenal. Tp Naurah dah dpt air or bila main2 kat playground, teros lupa nak takot. Hehe. Mya sbb masih belom boleh berjalan, agak terbatas sket la pergerakan dia.

Mya Humaira

Hannah+Myiesha, My Naurah, Mya+Yun (Ann x nmpk muka hihi)
Naurah jeles tgk Yun main2 dgn Mya. Hehe.

Aku pon cam poyo sket ehh pasal bukan semua baby dah boleh berjalan mcm Kaisya & Naurah. Eventho Naurah pon masih jatuh terduduk sekali sekala bila berjalan, at least dia dah boleh berjalan jugaklah. Slow2 tak mcm Kaisya yg lebih ligat. Aku cam pelik pulak & tertanya dlm hati nape mommies taknak lepaskn anak diorang main2 nihh? Abeh dah diorang berdiri  sendiri pon x boleh, camne nk lepas? Bengong aku nih. Itu pon Hannah bagi je Myiesha duduk2, Mya anak Yun dia takot sket mommy dia nk lepas. Hihi. Tp dapat pegang tiang yg kuar air tu, dia ok sket dah. Tu yg dpt snap gambo Naurah & Mya sekali tue =) 2 anak dara sepsi. Haha.

Nurul datang agak lewat. Masa tu aku dah kebasahan dek mendukung Naurah yg dah basah. Tak bawak baju spare pon tp belasah jelah. Hehe. Habis sweater aku ada kesan air kat dada. Kui kui. Aku abaikan jer eventho habi dah tegur basah. Tak puas lagi nk berjimba dgn diorang. So off we go to foodcourt utk sesi minum2. Yang ada time nie cuma aku, Hannah, Jue, Nurul, kawan Nurul & Ann.

Raina Evaqairina =)

Masa tunggu lif nak turun level 2, lama sgt rasanya menunggu. So aku mintak diri ckp nk guna escalator jer. Pastu Hannah pon nak join sbb dia pon tak bawak stroller like the rest. So berjalan la kami lenggang kangkung menuju ke foddcourt. Hannah folo jelah kami dr belakang sbb dia pon taktau fc kat mana. Hehe. Rasa mcm kelakar sgt time tue. Nape ntah. Asek nk tergelak pusing belakang nampak muka Hannah, Myiesha & Mett. Mcm tak percaya pon ada. Ntah pape aku nie kann..haha.
Naurah dah salin baju kering =)

Dah sembang2 kt fc. Naurah pon dah di suap dgn bubur McD utk makan petangnya, aku mintak diri nak balik. Dah nak pukul 7ptg dah masa tue. So masing2 pon mintak diri. Teros menjajar carik Surau. Giler lambat aku solat Asar. Huhuh. Seb baek sempat. Pastu jalan2 sket lagi, terbeli mainan kapal terbang utk Naurah. 10 hengget jer. Tu pn sbb pk dah lama x beli dia mainan. Pastu dia pon cam suka, amek jelah. Carik selipar habi x jumpe pulak. So gerak balik ke rumah & sempat singgah uptown Salak Tggi yg x bape nk meriah sgt tue. Beli ayam goreng utk dinner Naurah & balik rumah. Suap Naurah makan sambil tgk game Man U Vs Man C. Tak nyempat2 habi nak mandi dah bukak tv dulu. Sama agenda mcm habi Hannah & Yun jugak. Keh kehh =D Bg chance aturcara utk suami pulak =)

Ohh. Memang sgt seronok gathering dgn blogger mommies nie. Rugi terlepas 1st gathering. Dah tak sabo nk jumpe lagi on 3rd gathering. Huhuhu =)

p/s : ada 3 mak buyung dlm perjumpaan nie. korang tau tak? Chem, Mai & Raihan =)

p/s 2 : baju swimming Naurah adlh saiz M. saiz S dah habis. beli kt Giant, Nilai. besar sket so tu psl asek londeh ke dada. sepsi yuu...auwww. hehe. skirtnya pulak kene pin kan. kalo x mmg londeh & jatuh melorot ke bawah. teros nampak diaper kalo itu mcm. hahaha =p

Popular Posts