Anmum Formula Baru?

*kredit to google
First time beli susu Anmum Langkah 3 masa shopping kat Econsave Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi. Itu masa cuti CNY yg lepas. Terus kami beli tin besar 1.7kg plain=RM61.90. Masa tu harga dia mahal lebih kurang 2 hengget dr kat Mydin. Tak kisahlah. Dah malas nk pegi beli tempat lain.

Alhamdulillah pertukaran susu Naurah dr Langkah 2 ke Langkah 3 diterimanya dgn baik. Takde sembelit or cherry berry. Syukur. Me & habi ingat tin besar nie boleh tahan sebulan lebih. Tapi tak sampai sebulan pon rupanya. Hari Selasa yg lepas dah pegi beli lagi kat Pasaraya Taman Seroja.

Cari punya cari tak jumpa yang tin besar. Yg ada cuma dlm kotak dgn berat 1.2kg. Harga RM56.90 kalau tak silap. Ehh, apasal mcm mahal pulak nih? Better beli yg tin besar lagi kan? Beza byk kuantitinya nih. 500 gram okeh! Sekali belek2 rupanya Anmum dah keluarkan formula baru. Formula diperbaharui la senang ckp. Tulis kat situ 'Tiada Gula Tambahan'. Hmm..belasah jelah. Dah takde pon susu yg lama tue.

Balik2 aku pon belek2 la kan. Bile bukak nampak 2 paket besar. 600gram each. Pastu ada scoop purple dia tuh. Kurang tinggi drp scoop tin besar sebelum nie. Kira mcm susu yg ini lebih padat. So no need to letak susu banyak2. Hmm, oklah kalo mcm tu kot.

Dan aku noticed lately selain tak berapa nak makan, Naurah pon kurang minum susu. Aku jeles je kalo tgk bdk2 yg baya Naurah da minum susu botol besar. Naurah masih Avent 4oz saje ok! Itu pon kdg2 ade je belen tak habisnya. Sllunya 3.5oz jer dia minum. Malam sblm2 nie dia consumed 3 time servings, now 2 times only. Habi kene bangun buat susu 2 kali jer. Mesti dia suka kan? Huk huk.

Aku tak tahulah sbb susu Anmum yg semakin padat so ia mengenyangkan Naurah lebih lama or mmg Naurah ada masalah pemakanan. Maybe sejak masok umo setahun nie ada mcm peralihan sikit pd Naurah. Entahlah. Asal dia aktif & ceria, aku malas nk pk banyak sgt. Maybe aku je yg riso x tentu hala. Biasalah kan. Emak.

Skrg keje Wan Naurah lepas amek dia kt nursery, sampai rmh kitorang, Naurah soh dia bacakan buku Noddy. Teruk Wan kena buli dengan ko kan Naurah? Hahaha. Bila aku sibuk kat dapur memasak, habi akan bwk Naurah keluar ke taman permainan belakang rumah tue. Malam lepas dinner kdg2 aku kena buli jugak dia suruh baca buku Noddy lagi. Takpon sebut nama2 binatang kt comforter dia tue. Takpon masok bilik sebut nama menatang kat sticker yg aku tampal utk ukur tinggi dia tu. 

Kdg2 aku rasa menyesal tampal sticker macam2 kt dinding rumah -__- Hehehe =P

Popular Posts