Demi Masa

Ini kerja habi. Tak boleh salahkan dia kalau banyak masa lapang. Heheh =P

Untuk mendapatkan income yang lebih atau pendapatan sampingan, kita harus melepaskan waktu senggang or masa lapang yang kita ada. Duit atau waktu lapang. Sila buat pilihan!

Aku dah buat pilihan dah. Korang dah? Hehe. Pd aku memang boleh kalau nak ada duit lebih sikit selain daripada gaji bulanan tuh. Tp utk duit lebih yang sedikit tue, aku terpaksa korbankan masa lapang aku yg selalunya di habiskan dgn melayan Naurah & habi, menampal deco sticker di ruang kosong dinding rumah, memasak dgn penuh kasih sayang serta tido dengan penuh kenikmatan.

Konsepnya sama dgn opportunity cost or kos melepas dlm melayunya. Manfaat yang terpaksa di lepaskan or di korbankan utk mendapatkan manfaat yang lain. Betul tak Ann? Aku pon dah tak ingat sgt dah. Kate je graduan ekonomi. Tp sbb bekerja dlm bidang yang takde kena mengena, harus la aku ingat2 lupa kan? Hahaha. Alasan lapuk!

Malam tadi masa tengah lepak2 dgn habi depan tv, sembang2 dgn dia. Tu yang keluar topik pasal duit lebih & kerja part time. Syukur kami berdua sependapat. Maybe sbb buat masa sekarang nie keadaan tidaklah terlalu mendesak. Kdg2 jer tersesak bile aku over shopping. Hahaha. Bukan shopping barang aku pon. Mostly barang Naurah jer. Bukan selalu pon kan Naurah? Hehe. Ini ayat defensive namanya.

Dari sejak aku single lagi, aku sgt mementingkan waktu lapang. Pd aku waktu lapang adlh sgt penting dalam hidup aku. Kalo takde waktu lapang, aku rasa mcm nak gile. Aku tak boleh hidup dlm suasana waktu adlh hanya cukup-cukup saje. Aku rasa macam nak lemas. Serabut kepala otak. Dari situ aku dah tau aku tak boleh bekerja dlm bidang yang selalu stress. Juga kerja yang tak tentu masa. Sgt tidak boleh. Nanti aku jd gile. Aku sanggup lepaskan duit yang banyak dari buat kerja yang aku tak suka. Kos lepas aku di sini adalah duit juga. Huhuhu.

Mungkin aku tak ada rezeki utk mendapat duit yang banyak setiap bulan. Sbb aku dah buat pilihan untuk mempunyai masa lapang yang banyak. Itulah kehidupan yang aku pilih utk diri aku.

As long as aku rasa bahagia, aku akan stick dengan pilihan sekarang ini. Duit bukanlah segala-galanya bagi aku. Tanpa duit yang banyak pon kita boleh rasa bahagia. Memanglah ianya satu keperluan. Thats a fact. Tp kalau tak banyak pon ok jer. Aku tak rasa boleh bahagia kalau ada duit banyak tp aku takde masa nk mandikan Naurah, suap dia makan, tidokan dia, manja-manja dengan habi, sembang-sembang gelak-gelak sama-sama, tengok tv sama-sama. Masa lapang yg ini adlh sgt penting dlm hidup aku.

For me kehidupan kena ada keseimbangan. Ada masa utk beribadat pd Allah, masa utk kerja, masa utk diluangkan dgn org2 tersayang, masa utk diri sendiri. Semuanya berkenaan dgn masa. Betapa pentingnya pembahagian masa sampai di sebut oleh Allah dalam Surah Al Asr. 

'Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian'.

Penafsiran aku tentang ayat diatas ialah peringatan Allah tentang manusia yang selalu sibuk dengan hal-hal dunia. Aku rasa selalunya tentang mencari duit utk hidup mewah. Nak beli kasut Jimmy Choo, handbag LV, kereta BMW 7 series. Bile otak asek pk tentang duit, masa lapang yg ada pon jd kurang bermakna. Kurang kenikmatannya. Bila kita tak terlalu memikirkan tentang duit, otak akan sentiasa berfikir utk kebahagiaan yg lain. Contohnya plan bercuti bersama keluarga or plan utk menunaikan umrah atau haji seluruh keluarga dsb. Ini pendapat aku jer. Kalo korang rasa salah, terpulang =)

Dan aku akur stp org ada definisi kebahagiaan masing-masing. If dia kata bahagia=duit. Let it be. Usahakanlah utk itu. Utk aku sama sekali tidak. Bahagia=campuran kpd bbrp perkara. Bukan hanya 1 benda. Ianya melibatkan keluarga, masa lapang & duit. Bahagia bahagi 3. Thats enough for me =)

Duit banyak mana pon takkan pernah cukup. Sikit kalau kita pandai manage, Insyallah akan sentiasa cukup. Dan tetap bahagia ok! =P

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat