Lets Gathering

Ok la. Ok la. Asek gambo jer aku tepek banyak2 kan? Bahana nak update blog pastu laju-laju on wireless masok muka buku. Hahaha. Sane byk gosip panas ohh. Sane jugak tempat nak chit chat dengan pantas. Sana jugak tempat nak setkan venue & time utk detim dgn blogger mommies. Best sane mehhh...

Tapi yg tak bestnya bile masok sana, blog sedikit terabai. Jadi tak semenggah sudah. Ala kadar buat entry. Not good mehh. Kerja opis apetah lagi. Nyahaha. Makanya hari nie aku cuba utk tak melanggar sumpah setia utk menukar ke wireless hanya pd waktu tengahari. Aku cuba sedaya upaya nih. Hahah =B

Tentang 2nd gathering blogger mommies yg di plan pd hujung minggu nie, rasanya ramai yg dah tau ada yg akan datang pd hari Sabtu & ada yg hari Ahad. Ikot ke'free'an masa masing-masing. Kalo anda2 pergi petang Sabtu, maka Insyallah akan berjumpa dgn cik puan Teppei & si kudik Naurah. Wa blogger tak femes. Tapi anda pasti teruja sekiranya dpt berjumpa dgn cik puan Nurul & si comel Raina. Begitu juga dgn Ann + Kaisya, Chem + Aishah Umairah, Jue + Alif dan mungkin bbrp blogger momma yg lain.

Alangkah indahnya kalo Hannah+Myiesha dpt turun sekali. Bagitu juga dgn Yaya+A'uf, Yun+Mya, Dayu+Eisya & Xeea+Alfiy (Naurah ckp mlm td dia sedih tak dpt tunjuk bikini baru pd hero mata sepet..hahahah). Mereka2 ini kemungkinan besar akan berkunjung ke The Mines juga. Cuma hari yang membezakan samada akn bertentang mata atau tidak. Tsk tsk -___-

Aku think +ve jer. Insyallah akan ada gathering2 yg seterusnya. Ramai atau kurang ramai. Itu tak menjadi hal. Yang penting persahabatan yg terjalin melalui dunia blogging dapat di eratkan lagi dengan perjumpaan secara live. Mengeratkan lagi silaturrahim yg sedia ada. I like =)

Meh aku nak cerita sikit tentang aku masa single dulu. Masa tu aku belom kenal dunia blog. Tau tapi tak berminat. Sbbnya aku ralit layan dunia maya secara berforum. Kat sana aku jumpe bbrp org forumers yg sekepala. 3-4 orang jugalah antara kami yg selalu melepak di kedai mamak sampai 1-2 pagi. Takde komitmen keluarga, so mcm tuelah aku. Sembang2 psl dunia hot forumers.

Kat dunia yg sama aku kenal Ann. Kenal2 macam tu & x pernah berjumpa. Lps aku sign out dr dunia forum, aku beralih ke dunia blogging. Bbrp tahun terpisah dgn Ann, akhirnya jumpa semula dlm blogger. Masa tu Ann dah nak bersalinkan Kaisya & aku pon tengah pregnantkan Naurah. Kaisya keluar bulan January, Naurah bulan February. Tahun lepas je pon semua nie berlaku. So persahabatan maya atr aku & Ann terjalin semula sampai skrg. Adakah ianya akan berakhir dgn pertemuan pd Sabtu ini??? Sama2 kita nantikan...jeng jeng jenggg.....=D Thats y aku kalo joking dgn Ann selambe badak jer. Maybe sbb dah lama kenal. Eventho cuma secara maya, mesra itu sudah lama wujud =)) Kind of serasi with her. Dan jodoh persahabatan kami agak kuat isn't it? =)

Ehh..pernah aku cerita yg kakak ipar Fashya Ibu Husna adlh matrix mate aku mase study kat Ipoh? Ini lagi satu kebetulan yg menunjukkan dunia nie pi mai pi mai tang tu jugak. Hehe. Mmg sgt tak sangka. Itu pon Fashya dpt tangkap melalu muka buku. Bile dia tgk aku & Suzi friends, teros dia tanya aku kenal ke dgn sis in law dia tue? Camne bleh kenal bla bla yada yadda. Hahaha. Tu yg rasa naaaakkk sgt jumpe dgn Fashya & Husna nih. Pdhal masa amek photoshoot Naurah kat Hutan Bdr Mutiara Rini, Skudai nuu, dah dekaaaat sgt dgn Fashya. Tp sbb takde no.fon. masa tue, tak dptler nk jumpe.

Lepas nie kalo balik Johor lagi, Fashya & Husna ada kat sana, aku mesti mau terjah diorang. Hehehe. Bersiap sedialah Fashya & Husna. Cehh..macam iyo yo jer aku nie. Haha =B Kalo habi taknak drive, mati kutu jugak aku. Apa2 pon kene dpt approval dr dia jugak. Tp habi jarang hampakan permintaan aku bab nak jalan2 nie kalo takde ape2. He's the best habi I ever dream of. Ini cth ayat mengipas suami. Miahaha...


p/s: kalo kami dapat tiket tgk Konsert Maher Zain kt Stadium Melawati akhir bulan nnti, mesti Fashya jeles giler kann?? ehehhee =B Insyallah kalo ade rezeki kami anak beranak, dpt la pegi tgk. Konsert mcm nie nk bawak Naurah taklah aku rasa penuh dgn rasa bersalah. Hihi =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat