Naurah Eating Probs

*kredit to google
Naurah dah taknak makan bubur =( Sedih pulak rasa hati aku. Semalam petang MIL pesan pengasuh kat nursery ckp Naurah nak makan nasi dah taknak makan bubur yg aku bekalkan setiap hari tue. Diorang kata everytime suap jer dia keluarkan balik bubur tue. Pastu sebok dok ngendeng2 makanan yg nursery memang sediakan utk budak2 yang lebih besar. Bile di suap makan dgn gembira. 

Aku taktau lah Naurah nie terlebih advanced ker hape. Tp rasa sedih jugak sbb tak dpt bekalkan dia dgn makanan dah. Hari nie 1st day tak payah bawak bekal utk dia. Takde suda sesi memanaskan bubur pagi2. Cuma sumbat botol susu je selit tepi beg baju dia. Emosi pulak aku rasa bila fikir2 balik =(

Tp otak aku biasa lah kan. Pantas berfikir solutionnya =) Dapat idea nak bekalkan dia finger foods cam nugget, sosej & fries. Sbnrnya mmg ini pon makanan2 yg doc Awaludin kt An Nur suggest aku & habi bagi pd Naurah. Aku akan try pelbagaikan makanan2 lain jugak. Rasa tak sedap hati betol kalau aku tak bekalkan apa2 utk dia. Maybe ibu2 yg lain dah lama perkenalkan mknn2 spt yg aku tulis td. Tp aku mcm tak terfikir pulak nak bagi. Rasa mcm Naurah kecik je lagi. Huk huk.

Apa2 pon aku try dulu bagi dia rasa. Kalau dia suka, aku bekalkan. Kalo dia reject, kenelah aku cari idea lain. Budak tu pon skrg makan asyik la main2. Kunyah2 amek jus ayam goreng, pastu di luahnya balik. Risau weh aku. Dah ler underweight. Makan mcm tu pulak. Beskot feberet dia sblm nie pon dia buat lagu tue jugak. Ape tak kene lagi ni Naurah? Nape susah sgt ko nak makan skrg hahh? T__T

Sbnrnya aku mcm tak suka sgt nk bg Naurah makan processed foods nie. Mcm tak healthy pulak. Takot dia addicted pon yer jugak. Tak pasal2 obese jadinya. So rasanya aku kena hadkan kuantitinya jelah. Maybe in a week dlm 3 kali je bagi. Hmm..entah ler. Tgk la nnti macam mane. Ann kata goreng dgn minyak zaitun. Kt rumah kitorang guna minyak soya & minyak biji bunga matahari. Aci tak Ann? Huhuh. Belasah jelah yer =P

Lagi satu aku nak cari kat kedai buku resipi2 makanan utk kanak-kanak. Hias lawa2 spy Naurah tertarik nak makan. Usaha jelah. Mana tau nnti dia suka nak makan. Memilih sungguh budak nie bab makan. Mlm td aku suap telur dia luah balik jugak. Sayur je dia agak suka. Cam carrot, brokoli tuh. Vegetarian ker ko Naurah? Adeh. Pusing kepala Ibu fikir tentang berat ko nih. Tsk tsk.

Guys, do you have any idea how to solve my problem? Silakan memberi pendapat anda. Wa sudah buntu T_T

Popular Posts