Naurah New Progress & Kampong

Mmmuahhh!!
Hari nie aku happy. Bukan hanya kerana malam nie nak bertolak balik ke negeri Johor tanah tumpah darahku. Tapi juga kerana malam tadi Naurah menunjukkan progress yang memberansangkan. Dari setapak dua, malam tadi dah 4 ke 5 tapak dia berjalan. Seronok giler aku. Huhuh =D

Sayang sekali habi tak dapat tengok kebolehan terbaru Naurah. Dia tengah mandi kat tingkat atas. Hehe. So aku jerlah yg riang gumbira syok sendiri gelak-gelak pelok-pelok kiss kiss Naurah. Aku memang over sket. Kalau Naurah buat sesuatu yg bagus, mmg aku suke sorak-sorak tepuk-tepuk tangan bagai. Aku tunjuk pd Naurah yg aku happy dgn apa yg dia buat.

Pd aku itu macam satu encouragement pd Naurah. Biar dia excited & suka nak buat banyak-banyak kali. Itu mmg cara aku lah. Tapi kalau dia buat benda yang aku tak suka, mmg aku selalu keraskan suara. Kalau dia buat lagi, aku babap tangan or kaki dia pulak. Tak pon aku gigit-gigit manja tangan dia tuh. Akhir sekali kalau dia degil lagi, aku terus tak layan dia. Aku buat muka masam, pastu palingkan muka tak pandang dia. Kompem dia akan kedek-kedek datang nak pujuk aku. Hahaha.

Naurah aku nie bukan budak penangis. Seingat aku dia tak pernah menangis kalau aku marah dia. Siap lawan balik tue marah aku. ' Hehhh...' dia cakap. Garang wohh. Dia menangis kalau kita ambil benda dia tengah syok main or kita tinggalkan dia sorang-sorang. Kalau dia tgn ralit main or tgh tengok Noddy or mood happy boleh la tinggal. Selain dari tu mmg dia nangis arr nak ikot jugak. Huhuh -__-

Hari nie ramai org yg dah cuti kot. Jalan raya pon agak lengang. Cepat je sampai opis. Tak perlu nak que panjang kat traffic light. I like. Petang nie balik keje dah boleh kemas-kemas barang nak balik kampong. Ramai siblings aku yg dah ada kt sana. Diorang amek cuti panjang seminggu terus. Cuma kakak sulung aku je sekeluarga yg dgr ceritanya tak balik lansung. Ade plan g jalan-jalan kot. 

Ape-ape pon aku dah tak sabo nk balik sane. Eventho dgr cerita bandar Kota Tinggi tenggelam & bbrp bandar lain kt Johor nuu, aku tetap excited nak balik jugak. Maybe tak dapat nk pegi jalan-jalan kemana sgt. Tp duduk rumah pon dah heaven. Dapat jumpe anak-anak buah semua. Takkan pernah puas walau cuti berapa lama pon. Family always come first =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat