The Pursuit of Happiness


Definisi kebahagiaan kpd setiap individu kat muka bumi nie pastinya berbeza kan? Ada orang mendefinasikan harta sbg kebahagiaan pd diri dia. Duit byk, bisa joli sana sini tersangatlah seronok bg dirinya. Org yg boleh tolak duit seguni mcm sahabat Nabi pd zaman dulu masih wujud lagikahh?

Ada orang mendefinisikan anak-anak sbg kebahagiaan utama dlm hidupnya. Tanpa anak, hidupnya terasa kosong dan hambar. Ibu bapa, siblings, sepupu sepapat, mereka jugak keluarga. Tp mana sama dgn anak yg lahir dari rahim sendiri & terhasil dr perhubungan suami isteri yg suci.

Kerjaya yang menarik jgk bisa menjadi sumber kebahagiaan kpd individu. Begitu juga dengan  harta & pangkat. Pasangan hidup samada suami mahupun isteri. Ahh, senang kata mcm2 la sumber kebahagiaan bg manusia nih. Lain orang, lain punca kebahagiaannya. Of kosh la ada yg sama jugak. Tp mungkin ada tingkatannya. What I meant is org nie rate harta=80% bahagia. Org tue rate harta=40% bahagia. Makanya ada lain jugak.

Semua orang kalo boleh nak kejar apa yg dirasakan sumber kebahagiaan bg dirinya. Harta, pangkat, pasangan. Itu semua boleh diusahakan. Tp semua usaha tue pd akhirnya akan tunduk pd qada' & qadar Allah jua. Ini semua orang Islam mmg sedia maklum. Redha.

Cthnya kite usaha nak dptkan anak. Mcm2 kite usaha. Segala mcm cara dah buat. But in the end, rezeki tu tetap datang dr Allah jua. Sama jugak mcm duit. Ada org usaha & berjaya. Ada jgk yg usaha tp tak berjaya. Semuanya bergtg pd keizinan Yang Maha Esa. Dia pasti dah rancangkan sst yg terbaik utk kita samada baik atau buruk yg diterima. Itu sudah pasti. Cuma kita yg sllu salah anggap & tak bersabar. Manusia mmg mcm tue.

Ramai org yg pertikaikan ttg kerja aku. Ada kata aku boleh dpt kerja & income lebih baik. Ada kata aku tak bercita-cita tinggi & membazir masa study tinggi2. Mcm2 dah aku dgr org kata. Aku hargai mereka2 yg berani scr terang terangan mengkritik pilihan yg aku buat. Kebanyakannya org2 yg kenal agak rapat dgn aku lah. Kdg2 org takut nak berterus terang menyatakan  pendapat mereka. Takot aku kecil hati mungkin.

Tp bg yg betul2 kenal & memahami aku, diorang mesti akan bertanya juga. Diorang tau aku bkn orang yg senang melenting. Ingat senang ke nak tgk aku marah? Hehe. Sgt jarang oke. So thats y ada jg yg berani berkata-kata. Penerimaan aku terhdp komen2 diorang nie selalunya sama jer. Aku jwb seikhlas hati. Aku berikan sebab aku. Takde sorok-sorok.

And believe me, most of mereka2 yg bertanya nie, semuanya tak dpt nak terima kenyataan  ttg pemikiran aku. Or in other words, tak dapat terima & faham dgn cara aku berfikir. Thats y aku tulis ttg definisi kebahagiaan bg stp individu itu berbeza  di awal2 entry nie tadi. Spy anda2 yg membaca entry nie faham apa yg aku cuba nak sampaikan.

Aku tak boleh paksa org terima alasan & pemikiran aku. Dan org lain jg tak boleh paksa aku ikot definisi kebahagiaan pd diri diorang. If diorang rasa kerja dgn nama position yg bagus & gaji yg lumayan adlh kebahagiaan pd diri diorang, itu hak mereka. Tp utk apply pd diri aku, diorang x boleh memaksa. Krn aku tak fikir kebahagiaan diri aku terletak pd benda2 itu. Aku ade definisi aku sendiri. Aku juga ada rate aku sendiri dlm tingkat kebahagiaan hidup manusia.

Pernahkah korang berfikir apakah definisi kebahagiaan pd diri korang? Dan apakah korang sedang bahagia sekarang?

Kita mmg mempunyai bermacam-macam kehendak. Yg akal kita bagitau kalau ada benda tu, aku pasti akan bahagia. Hakikatnya hidup kt dunia, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Dan adakah bile kite tak dpt benda yg kita nak, bermakna kita tak bahagia? Belum tentu jugak. Apa yg kita ada kebanyakannya dah memberikan kebahagiaan pd diri kita. Secara sedar atau pon tidak.

We tend to forget kebahagiaan yg sememangnya kita dah ada & terkejar-kejar benda yg kita anggap memberikan kebahagiaan sedangkan sbnrnya belum pasti kita akan bahagia bile mendpt benda tue. Tiba2 aku dapat idea mungkin ianya sama mcm orang yang kita sayang kita lupa nak hargai bile dia sentiasa ada tp bile dia dah hilang, baru kita rasa menyesal tak hargai dia sepatutnya or sepenuhnya.

Lebih kurang la. Ok dah takde idea sbb ade org kaco nak pelok2 pulak. Hahaha. Aku cuma nak share dgn korang some of my thoughts. Rasa mcm agak menarik utk dikongsi bersama =) Adios amigos.

p/s: entry ini di karang pd hari Sabtu malam, 5/2/2011. di olah  semula sikit2 pd tarikh entry di publish =)

Popular Posts