Baby Gate & Independent

I'm not afraid of the dark Ibu! See!!...teeheee =B

Meh aku nk citer sket kt korang. Hari Selasa lepas kitorang pegi Tesco Nilai nak beli baby gate utk pasang kat tangga. Honestly aku rasa dah tak perlu sgt beli gate nie sbb Naurah takdelah teruja sgt nk panjat tangga mcm mase blm boleh berjalan lagi tuh. Cuma kadang2 bile kitorang semua lepak kat 2nd floor, time kitorang solat tue Naurah selalunya berlegar-legar kt ruang solat tue. Kdg2 laju je menuju ke tangga. Pergh. Ini aku memang boleh kene heart attack. Sipi2 suda dia kt tangga tue. Aku rase dh bape kali muka aku pucat bile nampak situasi tue. 

Cut short the story, semalam petang baru habi bukak & nak pasang gate tuh. Malangnya gate tu tak muat nak pasang dekat tangga. The stairs are too wide. Tak sampai nk pasang sampai ke tepi. Tsk tsk. Rasa mcm nak pulang balik. Tp resit pembelian ntah ke mana-mana. Sudahnya habi ckp pasang ajelah dekat pintu our master bedroom. Bila salah sorang solat dekat ruang kecik tengah tue, Naurah kurung dalam bilik.

Sblm2 nie kalo tutup pintu, Naurah akan menangis. Tp semalam dok psg gate tue, dia menangis jugak tengok aku nk solat. Bile habi lepaskan dia ke arah aku, dia mesti mcm nk main cak-cak or kejar2 dgn habi. Masalahnya aku jd tempat dia menyorok. Dok pelok kaki aku ngelak2 habi nak amek dia. Mcm mane pulak aku nk ruku', nak sujud. Haihhh. Payah betol. Bile habi dpt je tangkap dia, melalak pulak. Cis ciss. Payah aku nak solat ini macam.

Naurah kalau independent, tersangatlah independent nya. Kalo time dia tak hirau aku, sampai ke kitchen yg gelap tu pon dia selamba je pegi. Ntah ngomel ape sorang2 kt dapur . Mcm mlm td dia nampak semut kot. Dok tunjuk2 semut pastu mcm marah2 kt semut tu. Hahaha. Aku nk tergelak pon ada nengoknya.Aku intai dari living room aje. Malas nk pegi amek dia. Tau pegi, tau la balik semula kan? Haha.

1 benda yg aku cuba praktikkan pd Naurah, aku taknak takut2 kan dia dengan apa2 selain Allah. Habi pon aku selalu tegur bila dia tak bg Naurah merayau mana2, dia takut2kn Naurah ckp tempat tu gelap. Takot. Tak pon klu x bg Naurah pergi keluar rumah, dia cuba takut2kan Naurah dgn pelbagai perkara. Ini aku tak suka. Sbbnya aku tengok contoh anak kakak aku. Dia dulu masa anak dia kecik suka takut2kan dgn ulat lah, lipas lah, mcm2 lagi lah. Pastu anak dia sampai skrg nampak ulat gonggok pon menjerit macam kene histeria. Menangis mcm kena dera. Pastu kakak & abang ipar aku boleh pulak nak marah2.

Bukan ke dulu diorang jgk yg takut2kan anak dgn benda2 tue. Lama2 pandai pulak nak marah bila anak takut melampau. Pd aku, jgn suka takut2kan anak dgn hantu lah, binatang lah, kegelapan lah. Layan saja anak mcm dia sudah dewasa dlm bab ini. Terangkan pada dia apa tak eloknya perbuatan dia tue. If x bagi naik tangga, ckp jelah takut jatuh. If tak bagi pergi keluar rumah, ckp jelah takot kene culik dgn orang jahat. Kenapa nak cipta rasa takot pd anak atas sebab2 yg tak munasabah?

Dan sekali sekala cubalah jangan di halang apa yg dia nak explore. If dia nak panjat tangga, kita layankan. If dia nak keluar  rumah, pakaikan dia kasut, bg dia berjalan. Jangan asyik berkata 'jangan' atau 'tidak' pd anak. Kalau boleh elakkan. Takot tak berkembang pulak minda bdk2 tue nanti. Bahaya jugak tue. Huhuh. Tiba2 rasa mcm susahnya nak mendidik anak nih. Huk huk =P

Aku suka bila Naurah relax je tak takut bila dlm keadaan gelap. Suka tengok dia berdikari sendiri. Bila nak main toys, pergi jelah kat bakul aku letak all her toys tue. Jarang aku nak bagi bila dia dok tunjuk2 tanda nak main samada dgn tangan or moncongnya tue. Hehe. Pandai-pandailah bawak diri yer nak! Kalau nak dapat sesuatu, kenalah usaha sendiri. Jgn nak harapkan org lain jer. Paham? Paham Ibu! kata Naurah dlm hati. Ehhee =p

Tp aku xdelah kejam sgt. Kalau benda2 yg mustahil utk Naurah buat sndiri, aku tolong la jugak. Cthnya mcm nak makan nasi. Pandai ker dia nk cedok nasi, amek lauk & makan sendiri? Agak-agak la kan nak mendidik anak pon. Yg kita rasa dia boleh buat sendiri, suruh dia buat. If mula2 tak pandai, ajar dulu. Buat byk2 kali. Lama2 dia pon pandai berdikari sendiri.

Ehh, bukan td aku cuma nak cerita psl baby gate je ker?? Hahahaha....

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat