Last Nite

* kredit to google
Last night habi tidurkan Naurah early than usual. I think its around 8 o'clock. By the time aku usai mandi, solat & mengaji, Naurah sudah tergolek sebelah habi yg ralit menonton tv. Kami beralih peranan sambil aku kemas2 sikit kitchen yg bersepah. Bila aku balik semula ke sebelah Naurah, posisi tidurnya sudah bertukar. Dan spjg aku baring sebelah dia, asyik bertukar posisi. Senang kata tido mcm x lena.

Then aku teringat yg Naurah belom have her dinner. Oh my. Mesti dia tak lena tido sbb kelaparan suda. Instead of rasa bersyukur sbb terlepas tugas menidurkan Naurah, tiba2 aku rasa agak marah. Turun jer habi dr tingkat atas, aku cepat2 sendukkan nasi for his dinner. Lepas dia habis makan, aku pon tanya kenapa dia tidokan Naurah cepat? He said masa Naurah minum susu tadi, matanya sudah terpejam-pejam. So habi pon terus dodoikan macam biasa & x lama dia pon tido.

Hmm. Ok. Tak jadi marah suda aku. Tp aku mention jugaklah yg Naurah seakan tidak lena tido dari tadi. Maybe she's hungry. Habi pulak salahkan aku sbb tak bagi Naurah makan lagi. Cess cesss. Sllu aku bg Naurah makan after aku siap mandi & solat semua maa. Dh turun dia tido mcm mane pulak? Salah aku x bagi makan ke salah habi sbb tidokan Naurah awal? Lantak!

Around 9.30pm semasa kami sedang syok menonton tv, Naurah tiba2 merengek & duduk. Sah! Mesti dia lapo nieh. So aku kejutkan dia betul2, senduk nasi & sup ayam, suap. Naurah nampak bowl dia jer dah excited. Byk jugak dia makan mlm td. Mmg tepat andaian aku dia tido tak lena sbb lapo. Kesian. Kesian. Habis Naurah makan, habi pon dah start berdengkur. Ciss cisss. Nampaknya aku la yg kene layan Naurah sorang2 sampai dia sleepy balik. Pdhal masa tu mata aku pon dah kelat-kelat. Sabo jelahhh..

Syukur Naurah behave jer lepas makan. Takde nk g main2 ke hape. So aku pon picit2 channel Astro & nampak ada cerita hindi bertajuk Guzaarish kat channel 952 tayangan hebat. Hero Hrithik Roshan. Heroin Aishwarya Rai. Macam menarik. So aku pon layan la cerita tu sambil Naurah dok senyap baring di pangkuan aku mengadap tv juga. Its a good movie. Its hard to see a good hindi movie nowadays. So aku pon agak ralit melayan cerita. Lansong lupa pd Naurah yg sedang baring di pangkuan sbb dia pon senyap saje.

Sekali sekala aku terganggu bila dengar suara Naurah mengeram. Cet. Budak nie dah tiru bunyi ayah dia berdengkur pulak. Aku tak tahan nk gelak. Mata Naurah tengok tv, tp telinga mendengar juga habi berdengkur. Dia mmg pantang dgr ayah berdengkur. Mmg suka sgt ditirunya. Lepas aku ckp dgn Naurah tak baik tiru ayah berdengkur, dia pon senyap. Paham pulak budak nie. Heheh. So aku pon ralit semula layan cerita tadi & terlupa lagi tentang Naurah sbb dia dok senyap.

Tgh aku syok layan cerita, waktu tu ada scene tunjuk laut. Tiba2 Naurah berbunyi. 

" Air...."

Hahh? Ya Allah, budak nie dok tengok jugak ker cerita nie dari tadi? Aku ingat dia berkhayal or dah tido. Rupanya dia sama2 tengok tv dgn aku. Aku pandang jam & rasanya ada dalam 30 minit dia tengok cerita tu dgn aku. Aku fikir2 elok ker aku bg Naurah tengok cerita nie ehh? Rasa mcm nak tutup, tp rasanya takde adegan2 18sx or 18sg dlm cerita tue. So aku pon teruskan melayan cerita tu. 

Bila tiba scene hujan, Naurah letak tangan atas kepala. Hehe. Mmg mcm tuelah dia bila nampak hujan or panas. Automatically akan letak tangan atas kepala sama mcm aku & habi selalu buat kt dia bila keluar dari rumah time panas or gerimis. Bila tiba scene org ramai tepuk tangan, Naurah pon tepuk tangan dia jugak.  Bila ada scene burung terbang, dia pon ckp " Bird " sambil tangan tunjuk ke tv.

Sah! Mmg dia sama menonton dgn aku.

Aku agak terkejut sbnrnya Naurah boleh layan cerita tue mcm org dewasa. Mmg aku nampak mata dia dok ralit tengok tv jugak. Tp aku ingat maybe dia berangan ker kan. Bila dia respond pd bbrp scene dlm cerita tue, aku pasti dia sememangnya sdg follow cerita tue sama2 dgn aku. Sbnrnya sblm2 nie aku noticed jugak kdg2 bila kami tgk cerita CSI, Naurah pon tengok sama. Begitu jugak bila kami tgk bola sepak. Dia pon kdg2 ralit menonton.Tp bile aku sedar, cepat2 aku ckp dgn Naurah.

" Naurah, ini cerita orang besar lah. Naurah mana boleh tengok sama2. Baya2 Naurah bukan suka tengok kartun ker?"

Aku pon mention dekat habi psl benda nie. Dia kata dia pon perasan jugak kdg2 tue. Kami sama2 tak tahu nk respond mcm mana. Elok ker, tak elok ker? Entah. Kalau tengok Noddy tu aku mmg tak kisah lah kan. Ini masalahnya bukan kartun. Cerita org besar weyyyy. 

Pastu Naurah jugak ralit klu aku bukak channel Oasis slot Indahnya Iman. Zikir2 tu semua mmg menarik perhatian dia. Teros x kisah nak main toys. Dok tunjuk2 apa yg ada dlm tv tuh. Part azan lagilah dia tertarik. Ralit aje tengok sampai habis. Yg ini aku x heran sgt la sbb dr dia baby aku biasa bukak bg dia dengar. So maybe dgr2 semua zikir tu dia rasa familiar & dekat dgn hati agaknya.

After 40 minutes watching the movie with Naurah, akhirnya aku nampak dia menguap. Ok. Dah mengantuk budak nie. Aku pon goyang-goyangkan pangkuan aku & tak lama dia pon tertido. Senang. Letak dia kt atas her favourite comforter & aku pon layan cerita sampai habis. The end.

* tak tahu nak simpulkan apa tentang keadaan Naurah ttg nie...huk huk
* Guzaarish or 'Request' is a very interesting movie. I like a movie in this kind of genre. Cerita tentang  Ethan, seorg magician berjaya yg di sabotaj oleh kawan baiknya sewaktu persembahan sehingga dia lumpuh seluruh anggota badan. Dia dijaga dgn baik oleh Sofia seorg nurse selama 12 tahun & bbrp kawan rapat yg sgt mengambil berat. Ethan berjuang utk mendapatkn hak utk menamatkn hidupnya krn tidak tahan lg dgn penderitaan yg dialaminya. Dia berjuang di mahkamah utk mendapat kebenaran menamatkn hidupnya dgn di bantu rakan2nya.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat