L.O.S.T


Jangan terlalu sayang kepada seseorang dengan sepenuh hati. 

Sayang pd sesuatu barang, kemungkinan utk mendapatkannya semula masih ada. Tp sekiranya anda kehilangan ssorg yg ditarik nyawanya oleh Allah, adakah anda boleh mendptkannya kembali?

Itulah pengajaran yang sgt bermakna pd aku pada tahun 2008. Walaupun ianya satu peristiwa yang pahit utk ditelan pd ketika itu, tetapi peristiwa itu memberikan aku 1 pengajaran yang sangat bermakna hingga ke hari ini. Walaupun ianya bukan perpisahan yg melibatkan nyawa, ianya sudah cukup memberikan aku pengajaran utk belajar menghadapi 'kehilangan'.

I'm a different person after that incident. It changed me quite a lot on how I think about life.

Aku belajar utk bersedia menghadapi kehilangan orang-orang yg aku sayang. Tolong jangan sayang seseorang 100% or more than that. Jangan terlalu sayang kerana suatu hari nanti orang itu pasti akan meninggalkan kita. Kita kena sentiasa bersedia utk menghadapi kehilangan. Samada kehilangan krn kematian or perpisahan yg tidak boleh dielakkan.

Kalau anda tidak bersedia, apb anda kehilangannya, anda pasti meminta 'mati'. Anda akan rasa dunia ini spt sudah tiada maknanya.  Hidup anda juga seakan tidak lagi bermakna. Itulah akibat terlalu sayang.

Sbb itulah aku belajar utk berbesar hati utk berpisah sekali sekala dgn Naurah. Anak yang satu itu.  Utk sekali sekala biarkan dia tidur dgn Wan & Atok. Utk sekali sekala keluar dgn habi without her. Itulah cara aku utk mengelakkan rasa terlalu sayang padanya. Krn buat waktu ini, Naurah adlh insan yang paling aku sayang di dunia nie. Makanya aku sentiasa takut utk kehilangannya. Utk itu, aku kena let go of her sekali sekala spy sayang itu tidak terlalu mendalam. 

Berfikir sahaja sekiranya 1 hari nanti aku akan kehilangannya pun sudah tidak sanggup. But I have to be be prepared because it might be happen. If Allah berkehendak, pasti ianya akan terjadi bukan?

Begitu juga sayang pd habi yg kalau tanpanya aku spt patah tangan & kaki sebelah. Suami yg sgt rajin. Sgt bertuah bg aku sbg isteri yg suka mengambil kesempatan atas kerajinan suami nih. Hehe. Terlalu manja sampai banyak kerja rumah habi yg ambil alih. Sekali sekala aku perlu latih diri utk buat semua kerja tu sbg persiapan utk menghadapi kemungkinan 'kehilangan'. Utk lebih berdikari dalam segala hal kehidupan. I have to be prepared as well.

Begitu juga dgn sayangnya aku to all my family members. My parents & siblings. For almost 29 years I know all of them. Have been lived with them, laugh & cry with them. I must learn how to 'loose' them in the future.

Kita org Islam di ajar utk menyayangi Pencipta yang agung melebihi segala-galanya. Tetapi ia bukanlah satu perasaan yg mudah diperolehi oleh semua org Islam. Bukan semua manusia diberi keistimewaan itu oleh Allah. Hanya org yg benar2 bertuah & layak dapat mencapai tahap kesayangan tertinggi itu.

Sekiranya kita akur akan itu, at least pd aku kita mencuba utk ke arah itu. Cuba mencari cara utk sampai ke tahap itu. Kita usaha dgn membuat  amal ibadat yg di suruh-Nya, mematuhi segala larangan & suruhan-Nya. Dgn harapan utk kita sayang & cinta pada-Nya melebihi segalanya yg ada di depan mata kita& utk Dia sayang pd kita sbg hamba-Nya.

Dgn itu apabila kita kehilangan seseorang di dunia, makanya kita redha pd qada' & qadar-Nya. Ianya kesedihan yg dapat kita tanggung & hadapi krn cinta utama kita sentiasa ada pada-Nya yang takkan pernah 'hilang'. Dia sentiasa ada utk kita sayang sampai bila-bila. Sampailah tiba masanya utk kita pula yang 'hilang'.

Aku juga sama mcm anda-anda yg membaca penulisan ini. Belum sampai ke tahap tertinggi sayang itu. Krn aku masih tidak berjaya menepati waktu Solat sepenuhnya pd setiap waktu. Tidak berjaya membaca Quran pd setiap hari. Tidak berjaya utk bangun malam utk mengadap-Nya selalu. Masih belum ke tahap itu sekali pun.

Maka bagaimana mungkin aku katakan aku menyayangi Allah lebih dr segala-galanya pd ketika ini?

Ini menunjukkan aku masih belum bersedia sepenuhnya utk menghadapi 'kehilangan' orang-orang yg aku sayang buat masa sekarang. Makanya aku juga sama seperti kebanyakan dr anda semua wahai para pembaca.

Cumanya mungkin atas sbb sedikit peringatan dr Allah pd tahun 2008 yg lepas, aku telah belajar sesuatu & lebih memahami hakikat suatu kehilangan. Lebih beringat & mencari jalan utk bersedia pd hakikat  akan  sesuatu kehilangan. Itu saja.

Dan aku suka utk berkongsi dgn anda semua. Utk sama-sama kita sekali sekala utk beringat akan hakikat kehidupan iaitu kehilangan. Spy kita tidak rasa seperti di sambar petir & berharap utk 'mati ' apb berhadapan dengan 'kehilangan'. Insyallah.

Ya Allah, izinkan aku bersandar pada-Mu apabila tiba masanya suatu hari nanti aku perlu menghadapi 'kehilangan' itu. 

Jangan benci pd aku, hamba-Mu yang selalu ingat pada-Mu apabila Kau berikan ujian yang mendukacitakan hati. Aku akui aku hamba-Mu yang bodoh!

Popular Posts