My Parents

They are my parents =)
Petang semalam my mom called from kampong. Dia kata called saja-saja. Aku dah tau. Mesti dia tengah boring giler kat rumah tue. Hahaha. Mane tak boringnya. Tinggal berdua saje dgn abah kat rumah yg besar tue. Balik2 aku tgk muke ko, ko tgk muka aku. Pastu takde aktiviti yg menarik.

Ada stremyx bukannya diorang pandai nak guna. Cerita2 kat tv bukannya semua menepati citarasa diorang. Mak aku cuma suka tgk sinetron dr negara seberang. Abah aku pulak hantu game tenis. Org tua manalah nak layan sgt teknologi2 nih.

Senang cerita mak abah aku mmg boring tinggal berdua takde aktiviti menarik nak dibuat. Dok tunggu masa berlalu sehingga anak-anak yg mostly merantau ke negeri orang balik bercuti. Barulah riuh rendah rumah tu dgn suara anak cucu hiruk pikuk.

So smlm mak aku ceritalah yg dia berniat nak bukak perniagaan. Paling senang kedai runcit jelah aku ckp. Rumah kt kampong tu rumah bawah. Bermakna jalan raya adlh di atas. Sape yg pernah masok felda boleh imagine la kan. Masa buat tembok, tukang tu ada buat mcm 1 pelantar kt atas tue. Luas la jugak. Kononnye nk buat tempat duduk2 letak kerusi taman bagai. Tp x jd pon sbb semua org malas nk naik atas. So tempat tu kosong ajelah.

If plan nk bukak kedai runcit kecil-kecilan menjadi, boleh la renovate sikit tempat tue. Taklah boring mak aku ddk kat atas tu jaga kedai. At least ada org dtg beli brg2 boleh dia menyembang macam2. Lgpn kedai runcit sedia ada agak jauh dr kawasan rumah aku tuh. So kire orait la nk bukak kedai tue.

Spt biasa Kak Ya jadi tempat rujukan. Dia pon ada gak sembang2 ngn aku ckp nak bukak kedai stationary utk adik aku Anje manage. Tp klu mak aku pulak yg nak running business, cancel la kedai stationary adik aku tuh. Apa2 pon nk bukak kedai runcit eventho kecil2an byk jugak kerja nk buat. Susah sbb kami siblings bknnya ddk dekat2. Entah bila lah boleh commit nk bg mak abah tak boring lagi.

Sbnrya kan, masa mak abah aku dtg rumah aku 2 weeks ago, asek2 mak aku ckp nk bawak Naurah balik kampong. Entah nape suka sgt mak aku dgn Naurah tu. Dia mcm terkilan bila Naurah balik sana, dia tak dpt nk main2 sgt dgn Naurah. Sbbnya asyik sibuk kat dapur memasak & buat mcm2. End up Naurah tak bape nak sgt dgn mak aku tuh. Naurah lebih rapat dgn abah aku. Sbbnya abah aku sllu dukung dia bwk jalan-jalan kat area rumah tue. Kompem la Naurah suka.

Entah nape mak abah aku suka sgt dgn Naurah, aku pon tak tahu. Everytime jumpe Naurah, mesti ckp nk bawak ddk kampong. Poneng palo aku. Pdhal cucu2 lain ada ramai lagi. Takde pulak pernah mention nak jaga. Ini anak aku yg sorang tuelah dia nak amek jaga. Aku kesian kt mak abah yg sunyi tapi aku pon kesiankan diri aku & habi jugak. T__T Meroyan la aku klu Naurah tak ddk dgn aku. Huwaaaa!!! Nak membayangkannya pon aku tak sanggup. Tsk tsk

Apa2 pon aku hrp plan nk bukak kedai runcit utk diorang berhasil. So diorang takkan rasa sunyi & boring lagi. And paling penting tak ckk2 lagi nak bawak Naurah balik kampong. Hopefully -___-


Popular Posts